Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

2.         Untuk makluman,Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan pertandingan Digital StoryTelling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.

3.         Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.

4.         Setiap negeri dimohon memilih dan menghantar satu (1) klip animasi terbaik dari kategori Sekolah Rendah dan Menengah. Pemilihan animasi terbaik akan ditadbir urus oleh BTPN masing-masing. Sekiranya terpilih, kumpulan yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput ke majlis Anugerah Pembestarian Sekolah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2017. Tarikh tutup penyertaan diperingkat negeri adalah sebelum/pada 1 Ogos 2017.

5.         Bersama-sama ini dilampirkan syarat pertandingan, borang penyertaan serta bahan sokongan untuk makluman dan tindakan sewajarnya. Dokumen-dokumen tersebut juga boleh dimuat turun menerusi portal BTP,KPM di pautan berikut: http://btp.moe.gov.my/btp/index.php/home/activity/17 atau di portal KPM (www.moe.gov.my) di ruangan pemberitahuan.

6.         Kerjasama daripada pihak YBhg. Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang perkara ini, YBhg. Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd Fisha Hafiz bin Abidin, di talian 03-2081 7666 atau menerusi emel, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Makluman berkaitan juga boleh diperolehi dari En. Sharuddin Bin Yusof , Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak di talian 05-2924933-116/019-5596906

Keprihatinan dan makluman pihak YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

b.p. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Go to top