Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Sekolah rendah

Negeri Perak        

 

Tuan,

PELAWAAN PERMOHONAN SEBAGAI MASTER TRAINER, MASTER ITEM WRITER DAN OBSERVER UNTUK PELAKSANAAN PROGRAM USAHA SAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN CAMBRIDGE ENGLISH (CE) BAGI MENINGKATKAN PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS DI MALAYSIA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemilihan Master Trainer, Master Item Writer dan Observer bagi pelaksanaan Program Usaha Sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dan Cambridge English (CE) yang akan bermula pada bulan April sehingga November 2017.

 

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memaklumkan kepada guru yang berminat untuk akses maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia seperti ketentuan berikut:

 

http://moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3032-pelawaan-permohonan-sebagai-master-trainer-master-item-writer-dan-observer-untuk-pelaksanaan-program-usaha-sama-kementerian-pendidikan-malaysia-kpm-dan-cambridge-english-ce-bagi-meningkatkan-pendidikan-bahasa-inggeris-di-malaysia

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah.

 

EN.MD FAISAL BIN MD YUSUF

Pen.Pengarah (Bahasa Inggeris)

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

 

b.p.: Pengarah

 

        Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Go to top