Pengetua,

Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perak

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2017)

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.     Merujuk lampiran surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP (BTP-PENT) 8800/41/20 Jld. 11 (22) bertarikh 5 April 2017. Pada tahun ini Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan  PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2017) seperti yang dimulakan sejak tahun 2013.

3.     Sebagaimana YBhg. Dato’/datin/Tuan/Puan, sedia maklum program ini adalah sebahagian daripada aktiviti program CyberSAFE In Schools yang berperanan meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan keselamatan siber dan keselamatan maklumat peribadi dalam kalangan murid.

4.     NICTSeD 2017 yang melibatkan 16 buah sekolah mewakili negeri masing-masing akan bertanding dari peringkat awal hingga separuh akhir seperti butiran berikut:

Tarikh              :   4 Hingga 9 Ogos 2017
Tempat            :   Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Kedah,
    Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 51000 Alor Setar, Kedah

5.     Pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan dijalankan pada 10 Oktober 2017 bersempena dengan CyberSecurity Malaysia – Awards, Conference and Exhibition 2016 (CSM-ACE 2017) di MITC Melaka.

6.     Pihak penganjur akan menaja perbelanjaan makan minum dan perjalanan ke tempat pertandingan. Makan, minum serta guru pengiring semasa di BTPN Kedah disediakan oleh penganjur.

7.     Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan mohon rujuk En. Sharuddin Bin Yusof, Penolong Pengarah (Ketua Unit Pembestarian Sekolah) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak di talian 05-2924933-116/019-5596906 dan boleh diakses melalui   http://www.cybersafe.my/en/nictsed/index.html serta download lampiran yang disertakan.

Kerjasama pihak YBhg. Dato’/datin/Tuan/Puan, menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Go to top