Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak
(Pegawai seperti lampiran)

Tuan,

BENGKEL KERJA PEMURNIAN MODUL CEMERLANG DAN MODUL POTENSI CEMERLANG AMANJAYA GEMILANG SPM NEGERI PERAK BIL.2/2017

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2.     Dengan ini dimaklumkan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan bengkel kerja seperti ketentuan berikut:

        Tarikh                 : 25 hingga 27 April 2017
        Masa pendaftaran : 2.00 – 2.30 petang (25 April 2017)
        Masa taklimat       : 2.30 petang (25 April 2017)
        Tempat              : Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
                                   32610 Bandar Seri Iskandar, Perak.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan pegawai tuan seperti di lampiran hadir ke bengkel kerja tersebut. Senarai nama pegawai yang terlibat boleh dimuat turun dalam ruangan ‘Attachment’ di bawah.

4.     Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zahran bin Zamzuri di talian 05-2414000 sambungan 122 atau 012-5255450.

Sekian. Terima kasih.

En. Zahran bin Zamzuri
Penolong Pengarah Matematik (Menengah)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan PendidikaN Negeri Perak

Go to top