Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan/Puan,

KEMASKINI EMEL PENGETUA / GURU BESAR DALAM APLIKASI IPMS 1GovUC

Merujuk perkara di atas, pentadbiran ini sedang melaksanakan semakan emel pentadbir sekolah bagi menambahbaik sistem penyampaian maklumat melalui emel rasmi 1GovUC dan meningkatkan tahap penggunaan emel tersebut.

Sehubungan itu, pihak tuan/puan diminta memastikan emel tuan/puan dikemaskini dalam aplikasi IPMS 1GovUC oleh Admin UC sekolah bagi memastikan maklumat dapat disampaikan terus kepada tuan/puan daripada pihak Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Admin UC diminta mengemaskini ruangan "Job Title" dengan memasukkan 'PENGETUA' bagi akaun emel Pengetua dan 'GURU BESAR' bagi akaun emel Guru Besar sekolah masing-masing seperti gambarajah di bawah.

Job Title

Mohon maklumat ini dikemaskini dengan SEGERA selewat-lewatnya sebelum 25 April 2017 bagi memastikan penyampaian maklumat terus kepada pentadbir dapat dibuat dengan segera.

* Maklumat ini hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat pertukaran pentadbir sekolah.

Sekian, terima kasih.

Unit Perkhidmatan Teknikal,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Go to top