Semua Pengetua/ Guru Besar dan  Guru Data Negeri Perak,

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM sedang melaksanaan ujian Pengesahan Data Sekolah dalam Modul Pengurusan Sekolah (MPS/ EMISOnline) secara atas talian mulai sekarang. Sehubungan dengan itu, semua Pengetua/ Guru Besar (PGB) dan Guru Data adalah digalakkan untuk turut serta menguji kemudahan ini. Caranya :

1. Login MPS/ EMISOnline - Klik Menu Pengesahan Sekolah - klik Pengesahan.

2. Semak setiap Sub Menu ( Profil, Kedudukan sehingga Bilik ) dan semak semua data dipaparkan.

3. Klik Pengesahan - sila pastikan Nama dan Nombor KP Guru Data adalah betul. (Jika salah kemaskini JAWATAN sebagai GDM atau TUGAS KHAS dalam eOperasi).

Catatan : PGB hendaklah login menggunakan LoginID = PGBKODSEKOLAH

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

 

Go to top