UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM 1 TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 ini bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2017. Ujian saringan UKM1 ini merupakan saringan pertama untuk mencari pelajar pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut :

Bil Kriteria Umur

Program

 

1 Pelajar beragama Islam berusia 8 tahun ( darjah 2 pada tahun 2017 )

Program Perkhemahan Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia 2017.

 

2 Pelajar beragama Islam berusia 11 tahun ( darjah 5 pada tahun 2017 )

Program Perkhemahan Khas Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia 2018 untuk kemasukan ke kolej PERMATA Insan pada tahun 2019.

 

 3 Pelajar pelbagai bangsa berusia 9 - 15 tahun

Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM-JHU 2017-2018 di Pusat PERMATA pintar Negara

 

 4 Pelajar berusia 11 - 15 tahun

Untuk kemasukan ke Kolej PERMATA pintar UKM pada tahun 2018.

 

 Ujian ini boleh diambil di mana-mana sama ada di sekolah,rumah,kafe siber dan lain-lain tempat yang mempunyai capaian rangkaian internet. Ujian ini adalah terbuka dan pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat. Ibu bapa dan guru hanya boleh membantu pelajar dari segi mengisi maklumat dengan jujur dan bertanggungjawab.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En.Khairi bin Bahari di talian 03 - 8884 9126 / 013 - 749 572

Untuk maklumat lanjut sila muat turun di bahagian attachments

 

Go to top