Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Negeri Perak

 

Tuan,

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM BAHASA TAMIL SMK PERINGKAT NEGERI PERAK 2017

Sukacitanya saya merujuk perkara di atas

2.      Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Guru-guru Bahasa Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak akan mengadakan mesyuarat bagi menyelaras program tersebut.

 3.      Sehubungan dengan itu, mohon muat turun surat panggilan sebagai rujukan dan tindakan tuan.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

EN.MD FAISAL BIN MD YUSUF

Pen.Pengarah (Bahasa Inggeris)

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

 

b.p Pengarah

      Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Go to top