Semua Ketua Sektor

Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Semua Pengetua / Guru Besar

 

Tuan,

 

ARAHAN PEMATUHAN PENJIMATAN UTILITI BAGI DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) Bil 2 Tahun 2017 bertarikh 19 April 2017 telah membuat keputusan bahawa semua Sektor, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah adalah dikehendaki mematuhi arahan penjimatan utiliti terutamanya melalui penggunaan penghawa dingin dan air.

               (i)         Semua pegawai dan kakitangan hendaklah mula menghidupkan penghawa dingin di pejabat masing-masing selepas sejam mula waktu pejabat dan mematikannya setengah jam sebelum balik ; dan

               (ii)        Penggunaan air secara berhemah juga dititikberatkan iaitu sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran dan perlu diambil tindakan penyelenggaraan dengan segera.

3.    Sejajar dengan keputusan ini, Arahan Penjimatan Utiliti yang merujuk surat Jabatan dalam siri yang sama bertarikh 24 Mac 2017 masih digunapakai.

4.    Semua pegawai dan kakitangan hendaklah mematuhi arahan ini dan pematuhan penjimatan utiliti adalah berkuatkuasa serta merta. Segala perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Pengarah Pendidikan Negeri Perak



 

Go to top