Semua Guru Besar,

Sekolah Rendah Negeri Perak.

 

Tuan,

SOAL SELIDIK KEBERKESANAN  LATIHAN  DALAM  PERKHIDMATAN  KURSUS AMALI SAINS SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.     Sukacita dimaklumkan  Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah  melaksanakan kursus Amali Sains kepada Jurulatih Utama  pada 27 April 2017 dan peluasan sedang dijalankan di semua daerah.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memastikan guru yang telah menghadiri kursus tersebut melengkapkan soal selidik secara online di pautan https://tinyurl.com/amalisainsekren seminggu selepas mengikuti kursus ini.

4.     Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Kamariah bt Zainnul Abiddin di talian 05- 2414000. Disertakan juga surat berkaitan untuk dimuat turun di ruangan attachment di bawah. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

b.p Sektor Pengurusan Akademik

Go to top