Semua
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pengetua dan Guru Besar
Negeri Perak.

Tuan,

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS 2017

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis 2017 untuk kegunaan sekolah. Buku tersebut penting bagi membantu sekolah dalam pengurusan pusat peperiksaan awam mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Buku tersebut boleh dimuat turun daripada Portal Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my

3.     Sehubungan dengan itu, tuan diminta memuat turun dan mencetak buku tersebut untuk rujukan dan persediaan sekolah dalam pengendalian peperiksaan awam pada tahun ini. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Kamarul Baharin bin Haji Idris di talian 05-5015174 / 019-7308819

Kerjasama tuan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan

Go to top