PROFIL SEKTOR

SEKTOR

Sektor Jaminan Kualiti (SJK)

KETUA SEKTOR

 

PENGENALAN

Sektor Jaminan Kualiti diwujudkan di setiap  Jabatan Pelajaran Negeri mulai 01.06.2007  dan diketuai oleh seorang Ketua Sektor Gred DG52 dan seorang penolong Gred DG41.  Walau bagaimana pun dalam penstrukturan baru JPN mulai tahun 2009, perjawatan baharu telah ditambah dengan mengwujudkan jawatan Ketua Penolong Pengarah DG48.  Unit yang wujud di Sektor Jaminan Kualiti ialah Unit Kepimpinan  yang menguruskan Coaching & Mentoring kepimpinan sekolah dan Unit Kualiti yang menguruskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 JPN, PPD dan sekolah.

Sektor Jaminan Kualiti seterusnya telah menukar Unit Kualiti kepada Unit Inovasi berdasarkan punca kuasa seperti berikut :

a)    Mesyuarat Persidangan Pengurus Sumber Manusia Peringkat Kebangsaan Bilangan 1 tahun 2010

b)    Surat Arahan Pertukaran Nama / Pewujudan Unit Inovasi di KPM, no. rujukan : JPA.BPO(S)253/2/11-6 Jld 31 s.k. 3 (4) bertarikh 21 Jun 2010

c)    Surat Arahan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia, no. rujukan : KP(PP)0022/189/9 Jilid 26 (14) bertarikh 29 Jun 2010

Tujuan Unit Inovasi diwujudkan ialah bagi membolehkan program-program peningkatan inovasi dan kreativiti dilaksanalan secara terancang dan sistematik dalam usaha meningkatkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan.

 

OBJEKTIF SEKTOR

  1. Melaksanakan penjaminan kualiti dalam pengurusan dan pentadbiran.
  2. Memastikan 100% pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 mematuhi keperluan yang ditetapkan.
  3. Memastikan 100%  peningkatan kualiti kepimpinan sekolah
  4. Memastikan 100% bimbingan diberikan kepada JPN dan PPD berhubung pelaksanaan Penilaian Penarafan Bintang (SSR).
  5. Memastikan 100% bimbingan Pelaksanaan Amalan 5S diberikan kepada JPN dan PPD.
  6. Memastikan 100 % bimbingan dan latihan diberikan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPN dan PPD.
  7. Memastikan penyediaan, penilaian dan kajian semula ke atas Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mematuhi peraturan/ dasar  yang ditetapkan.
  8. Memastikan penyediaan, penilaian dan semakan semula Perancangan Stretegik JPN dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.
  9. Melaksanakan sekurang-kurang 1 kajian pengurusan dan pentadbiran.
  10. Memastikan 100% Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dilaksanakan mengikut PKPA Bilangan 2/1991.
  11. Memastikan 100% tindak susul dilakukan terhadap laporan JNJK.

FUNGSI SEKTOR DAN UNIT

UNIT SEKTOR JAMINAN KUALITI

  1. Unit Kepimpinan
  2. Unit Inovasi

FUNGSI UTAMA SEKTOR

  1. Penjaminan Kualiti Dalam Pengurusan dan Pentadbiran
  2. Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
  3. Peningkatan Kualiti Kepimpinan Sekolah
  4. Pelaksanaan Penilaian Penarafan Bintang (SSR)
  5. Pelaksanaan Amalan Persekitaran 5S
  6. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
  7. Pengurusan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
  8. Perancangan Strategik JPN
  9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
  10. Kajian Pengurusan Tertinggi
  11. Tindak Susul Terhadap Laporan JNJK
Go to top