PROFIL SEKTOR

 

Sektor

Sektor Pengurusan Akademik (SPA)

Ketua Sektor

Kosong

Alamat  

Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tingkat 14, Bangunan Maybank Trust, Jalan Tun Sambanthan,30000 Ipoh

Nombor telefon  

05-2414000

Nombor faks       

05-2421834

 

PENGENALAN SEKTOR

Sektor Pengurusan Akademik (SPA) terdiri daripada tujuh unit yang bertanggungjawab menguruskan/memastikan kecemerlangan prestasi akademik di semua sekolah di Negeri Perak melalui pelaksanaan dasar kurikulum kebangsaan.

 

OBJEKTIF SEKTOR

  • Memastikan dasar kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan, amanah dan cekap di semua peringkat pengurusan pendidikan di seluruh Negeri Perak.

  • Memastikan semua program dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam.

  • Mendidik murid menjadi warganegara yang berpengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai nilai-nilai murni bagi melahirkan masyarakat yang berpotensi, berakhlak tinggi serta taat setia melalui pendidikan yang seimbang dan menyeluruh berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

FUNGSI DAN UNIT SEKTOR

 

Fungsi Sektor 

  • Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah-sekolah.

  • Membimbing dan member panduan kepada guru-guru berkaitan urusan (P&P).

  • Urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di sekolah-sekolah.

  • Merancang dan melaksanakan projek-projek/program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di peringkat negeri.

  • Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan semua mata pelajaran KBSR/KSSR dan KBSM/KSSM.

  • Merancang pelaksanaan program latih tubi untuk kelas-kelas peperiksaan peringkat negeri.

  • Menggerakkan program bersepadu Guru-Guru Cemerlang bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik negeri.

 

Unit-unit Sektor 

  • Unit Sains

  • Unit Bahasa Melayu

  • Unit Bahasa Inggeris

  • Unit Matematik

  • Unit Teknikal & Vokasional

  • Unit Kajian Kemasyarakatan

  • Unit ICT & Pengkomputeran

 

Go to top