PROFIL SEKTOR

Sektor

Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)

Ketua Sektor

Encik Azmi Bin Dahali

PENGENALAN / OBJEKTIF

Objektif Sektor 

  •     Meningkatkan prestasi pengurusan sekolah negeri Perak ke tahap cemerlang disamping memberikan khidmat bimbingan serta nasihat ke arah peningkatan kepimpinan yang lebih bermutu di sekolah.

  • Memastikan semua sekolah dan warga pendidikan di negeri Perak mematuhi segala peraturan dan  melaksanakan segala tugas serta tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan    Malaysia dan menjayakan dasar-dasar kerajaan.

  • Memastikan semua kanak-kanak di negeri Perak mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat tempat  belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab,  progresif dan berdisiplin.

  •  Memastikan bekalan guru ke semua sekolah kerajaan di negeri Perak mencukupi dan penggunaan  tenaga manusia yang efisien.

  •    Memastikan semua murid di negeri Perak mencapai tahap yang memuaskan dalam mata pelajaran serta  meningkatkan mutu akademik murid-murid tersebut melalui pendekatan pengurusan yang berkualiti.

FUNGSI DAN UNIT SEKTOR

 Fungsi Sektor 

  • Menguruskan pendaftaran kemasukan, penempatan, pertukaran, tukar aliran serta permohonan kemasukan semula murid-murid bagi sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.

  • Menguruskan penempatan dan pertukaran guru terlatih antara daerah/negeri bagi  sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.

  • Menguruskan cadangan pengisian jawatan dan penempatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran bagi sekolah menengah dan rendah.

  • Menyediakan waran perjawatan guru sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.

  • Menyediakan maklumat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi perjawatan dan kewangan untuk aktiviti-aktiviti sekolah menengah, rendah dan prasekolah.

  • Mengurus kelulusan menambah atau mengurangkan bilangan kelas bagi sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.

  • Menguruskan Prasekolah di sekolah-sekolah yang terlibat dalam negeri Perak.

  • Menjalankan tugas-tugas penyeliaan/pemantauan pengurusan sekolah menengah, rendah dan prasekolah.

  • Menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Negeri / Sekolah Kawalan.

  • Mengendalikan kursus-kursus dalam perkhidmatan/ peningkatan profesionalisme keguruan.

  • Menguruskan pembukaan kelas POL Bahasa Cina, Tamil dan Telegu.

  • Menguruskan perluasan kelas BC dan BT di Sekolah Kebangsaan.

  • Mengurus, memproses dan menganalisis data guru dan murid sekolah menengah, rendah dan prasekolah untuk tujuan pengurusan pendidikan.

  • Melaksanakan MS ISO 9001:2000 bagi pertukaran dan penempatan guru serta  kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh.

  • Menyelaras pengurusan sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan.

  • Menguruskan permohonan permit mengajar, permohonan pendaftaran Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, dan permohonan pendaftaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

  • Menguruskan permohonan cuti peristiwa sekolah dan permohonan penukaran nama sekolah.

  • Menguruskan permohonan lawatan murid sekolah menengah, rendah dan prasekolah.

  • Menguruskan permohonan Bayaran-bayaran Lain (SUWA, asrama dan PIBG) dan kutipan derma.

  • Menguruskan permohonan memberi ceramah, pameran, pementasan dan penggambaran.

  • Menguruskan jemputan dan undangan orang kenamaan serta majlis rasmi sekolah.

  • Menguruskan permohonan menjalankan penyelidikan di sekolah.

  • Menyemak berita akhbar berkaitan pendidikan dan mengambil tindakan.

  • Menguruskan kemudahan kepada Menteri dan orang kenamaan semasa lawatan rasmi ke negeri Perak.

  • Menguruskan permohonan kemasukan murid bukan warga negara ke Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

  • Menguruskan pencalonan penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri.

  • Menguruskan khidmat nasihat kemasukan murid ke Sekolah Menengah Teknik.

Unit-unit Sektor 

  • Unit Sekolah Menengah
  • Unit Sekolah Rendah
  • Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah
  • Unit Perhubungan Dan Pendaftaran

 

 

 

Go to top