Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berjanji Akan Memastikan:-

  • Kesemua kanak-kanak mengikut kohot umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai hari pertama sesi persekolahan.
  • Semua sekolah mempunyai bekalan kerusi, meja dan buku teks yang mencukupi dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Semua sekolah menerima keputusan peperiksaan awam pada masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan.
  • Kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar diisi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas menerima senarai calon perakuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Penempatan guru-guru ke sekolah diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah menerima senarai guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Surat jawapan hasil siasatan akan dikeluarkan kepada pihak pengadu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh disahkan.
  • Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari penerimaan dokumen yang lengkap.
  • Pelanggan menerima layanan mesra di Kaunter Khidmat Pelanggan dalam tempoh lima (5) minit.

 

* Nota :

Go to top