Unit Pusat Kokurikulum Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak telah mengadakan Ujian Kecergasan Jurulatih Pusat Kokurikulum di Kompleks Kolam Renang Kuala Kangsar pada 12 Februari 2016 yang lalu.

Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak (PKN) merupakan tenaga dari kalangan guru-guru yang akan memastikan semua aktiviti Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Negeri dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Untuk tujuan itu, para jurulatih yang bertugas juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal selain ilmu yang berkaitan. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang perlu dijalani oleh para jurulatih yang ingin bertugas di Pusat Kokurikulum Negeri dan Cawangan.

Antara ujian yang dijalankan seperti larian sejauh 2.4km, bangkit tubi, tekan tubi, pikul beban diadakan di kawasan sekitar Bukit Chandan, Kuala Kangsar manakala ujian berenang sejauh 200m dijalankan di Kompleks Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

 

Foto oleh Mohammad Bin Pin : https://drive.google.com/folderview?id=0B9FkFywxlSiWTnFJRmRnUzR3XzQ&usp=sharing

Laman Facebook : https://www.facebook.com/pknperak/

Go to top