Pusat Kokurikulum JPN Perak telah mendapat Tempat Ke-2 Anugerah Pengurusan Kejurulatihan Terbaik, Tempat Ke-4 Pengurusan Infrastruktur Terbaik dan Tempat Ke-5 Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan Terbaik dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2016 yang dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bagi menghargai pencapaian dalam bidang Pendidikan Luar.

            Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah yang berlangsung pada 3 November 2016 tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Rozainum Binti Ahmad, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia di Auditorium Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.

            Selain Anugerah Pengurusan Pusat Kokurikulum, salah seorang Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak juga iaitu Al-Marhum En. Salim Bin Saidin telah terpilih sebagai 5 orang Jurulatih Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2016.

           

            Dengan penghargaan yang diberikan seumpama ini, semangat untuk meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian bidang masing-masing akan lebih memberangsangkan.

Go to top