hatay escort
Pentadbiran - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak

 

Pentadbiran Pertubuhan

1. Kuasa yang tertinggi di dalam Pertubuhan ini terletak di atas Mesyuarat Agong

2. Ahli-ahli jawatankuasa seperti berikut adalah bertanggungjawab mentadbir Perjalanan Pertubuhan ini:       

          i: Yang Dipertua - Pengarah Pelajaran       

         ii: Timbalan Yang Dipertua - Tim. Pengarah       

         iii:  Setiausaha - Ketua Sektor K2P       

         iv: Penolong Setiausaha - Pen. Pengarah HRMIS       

          v: Bendahari - Pen. Pengarah Kewangan       

         vi: 25 orang Ahli Jawatankuasa

 

Maklumat Am

1. Seseorang ahli boleh menamakan sebagai orang yang akan menerima wang bantuan (waris) seperti suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa.

2. Ahli yang sengaja melanggar undang-undang pertubuhan ini atau berkelakuan tidak baik sehingga mencemarkan nama baik atau mendatangkan kerugian kepada pertubuhan ini boleh dipecat daripada menjadi ahli oleh mesyuarat jawatankuasa.

3. Ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan lebih dari 2 bulan akan menerima surat ingatan yang ditandatangani oleh wakil setiausaha dan hilanglah hak-hak keistemewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya yang dituntut telah dibayar.

4. Ahli yang tidak membayar yuran lebih dari 3 bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan.

5. Ahli yang hendak berhenti menjadi ahli hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.

6. Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah Jabatan Pelajaran Perak, Jalan Tun Abdul Razak, 30640 Ipoh, Perak.

7. Pertubuhan ini adalah satu Pertubuhan yang berdaftar di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966  dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia 

 

Joomla SEF URLs by Artio