1.Sebagaimana YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, transformasi pendidikan memerlukan barisan kepimpinan pada peringkat JPN dan PPD berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya untuk memimpin dan mengurus sumber dengan baik ke arah peningkatan prestasi sekolah seperti yang dihasratkan dalam Anjakan 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan.

2.Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpul maklumat untuk membangunkan satu pangkalan data bagi kumpulan kepimpinan pada pelbagai peringkat Kementerian di seluruh negara.

3.Tujuan utama inisiatif ini ialah untuk membolehkan Kementerian mengenal pasti tahap keupayaan dan kecekapan pegawai bagi kumpulan kepimpinan. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk menyediakan profil kepimpinan dan pembangunan kerjaya pegawai di JPN dan PPD pada masa hadapan.

4.Untuk itu, Kementerian akan menjalankan proses mengenal pasti Profil Kepimpinan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan kumpulan kepimpinan.

5.Sila rujuk lampiran berikut untuk lebih maklumat (sila lihat di ruangan muat turun di bawah):

  • Surat Siaran
  • FAQ
  • Kompetensi Fungsian

6.Lengkapkan borang secara atas talian pada link berikut

Untuk maklumat mengenai Kumpulan 1 and Kumpulan 2, sila rujuk Surat Siaran dan FAQ.

7.Sila muat turun borang di ruangan muat turun di bawah (hanya untuk Kumpulan 2)

8.Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia

No. Telefon: 03-88847930 / 03-88721417

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Access this URL (http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003176.pdf)Surat Siaran[ ]282 kB
Access this URL (http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003177.pdf)FAQ[ ]207 kB
Access this URL (http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003178.pdf)Kompetensi Fungsian[ ]102 kB
Access this URL (http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003179.pdf)Borang[ ]34 kB
Joomla SEF URLs by Artio