Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

Pelaksanaan Aplikasi ePrestasiPerak bagi Tahun 2013

Sukacita saya merujuk perkara di atas, Aplikasi ePrestasiPerak bagi pengisian markah Nilaian Prestasi semua pegawai/staf di JPN/PPD/Sekolah negeri Perak kini boleh diakses mulai 15 November 2013.

1) Aplikasi ePrestasi kini dikenali sebagai ePrestasiPerak bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dengan sistem ePrestasi yang dibangunkan oleh KPM.

2) Pihak tuan boleh mengakses aplikasi melalui URL berikut :

http://jpn.moe.gov.my/perak/eprestasi/

3) Taklimat akan dilaksanakan oleh pegawai ICT PPD masing-masing mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. ID Pengguna dan kata laluan bagi setiap sekolah akan dibekalkan semasa taklimat tersebut dijalankan.

4) Sebarang masalah berkaitan aplikasi ePrestasiPerak mohon hubungi pegawai ICT PPD masing-masing atau Unit Naik Pangkat, Jabatan Pendidikan Perak.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pendidikan Perak

Joomla SEF URLs by Artio