Semua Pengetua/ Guru Besar Negeri Perak,

Jabatan Pendidikan Perak telah mula menerima aduan menerusi panggilan telefon dari pentadbir sekolah/ Guru/ Juruteknik berkaitan surat arahan penggunaan e-mel 1BestariNet sebagai e-mel rasmi sekolah mulai Januari 2014. Berikut beberapa isu yang dibangkitkan;

1. Isu Alasan Ketiadaan Talian Internet 1BestariNet:

Untuk makluman, e-mel 1BestarNet boleh diakses dengan menggunakan apa sahaja kemudahan akses internet sama ada talian 1BestariNet, SchoolBroadband, Streamyx, Broadband (Maxis, Celcom, Digi, dll) atau apa-apa talian dari Internet Service Provider (ISP) lain. Jadi tidak timbul masalah e-mel 1BestariNet tidak boleh diakses hanya kerana tiada talian 1BestariNet. Selagi ada akses talian internet dimana-mana, e-mel 1BestariNet ini boleh diakses di mana jua termasuklah di luar negara.

2. Isu Sekolah Tiada Akaun E-mel 1Bestari:

Sekolah mengadu tiada akaun e-mel 1Bestari. Untuk makluman semua pentadbir, semasa taklimat kali pertama berkaitan pelaksanaan 1BestariNet dan VLE kepada semua sekolah oleh JPN/PPD sejak 2012, semua sekolah telah dimaklumkan akaun e-mel 1BestariNet ini. Bagi sekolah yang TERLUPA katalaluan e-mel ini, sila HUBUNGI Penolong PPD Pengurusan Akademik, PPD masing-masing untuk dapatkan Nama Pengguna (ID) dan Katalaluan.

3. Isu Guru Data/ Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT atau Juruteknik Telah DIARAH semak e-mel:

Kepada semua Pengetua/ Guru Besar, mohon kerjasama agar e-mel rasmi sekolah disemak  oleh Pembantu Tadbir (yang berada dalam pejabat) mulai jam 8.00 pagi dan jam 2.00 petang setiap hari bekerja. Elak dari memberi arahan kepada guru/juruteknik menyemak e-mel rasmi sekolah kerana e-mel adalah berkaitan pengurusan Pekhidmatan dan Pentadbiran (PdT) sekolah. Perlu dijelaskan ada ketika e-mel bersifat RAHSIA/ SULIT/ TERHAD.

Untuk elak kekeliruan, dimaklumankan semula 1BestariNet mengandungi 2 komponen utama (yang dibayar oleh kerajaan Malaysia setiap bulan) iaitu;

    3.1. Kemudahan Talian Internet 4G dan E-mel 1BestariNet kepada semua sekolah (PdT).
    3.2 Pembelajaran maya (Frog VLE) untuk semua Guru, Murid dan IbuBapa/ Penjaga (PdP).

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio