Cetak
Jumlah paparan: 3360
Melalui,
 
Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar
 
Tuan/Puan,
 
TEMUDUGA SEBAGAI CALON SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS PLUS (SIPartners+) DANSCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+) KOHORT 2
 
Dengan hotmatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak selaku urus setia Program Transfromasi Pejabat Pendidikan Daerah (GTP 2.0) mengucapkan tahniah kerana nama tuan/puan telah disenaraipendek untuk menghadiri temuduga sebagai calon SISC+ atau SIPartners+ Kohort 2. Senarai calon yang terpilih boleh dirujuk pada LAMPIRAN di bawah beserta tarikh, tempat dan sesi temuduga.
 
Tuan/Puan dimohon untuk hadir ke sesi temuduga tersebut seperti pada ketetapan berikut :
 
Tarikh
Masa/Sesi
Tempat
 
10 – 12 Disember 2013
 
8.15 Pagi dan 2.15 Petang
 
SMK Klian Pauh, Taiping
 
 
3.    Untuk makluman tuan/puan, temuduga ini bertujuan untuk memberi gambaran akan kesediaan tuan/puan kepada tugas dan tanggungjawab sebagai SISC+ dan SIPartner. Temuduga ini akan diadakan dalam 2 mod iaitu secara berkumpulan dan secara individu. Bagi tujuan temuduga, tuan/puan dimohon untuk membawa bersama-sama dokumen seperti dinyatakan dalam Lampiran 1.
 
4.         Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi En. Mahbud b. Abd. Fatahdi talian 05-2414000sambungan 112. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sila muat turun Lampiran 1 dan Senarai calon di bawah.
 
Sekian Terima Kasih.
 
 
Jabatan Pendidikan Perak
Jalan Tun Abdul Razak,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Attachments:
Download this file (Attachments_2013128.zip)Attachments_2013128.zip[ ]304 kB
Joomla SEF URLs by Artio