Cetak
Jumlah paparan: 1942

FAQ (Bidang Matematik, Sektor Pengurusan Akademik) :

 

1.      Apakah yang anda faham tentang Program WAJA 2008 dan WAJA 2009 (Sc & Matematik) dan perbezaannya ?

 

Program WAJA adalah singkatan daripada Program Wajib Jawab, Wajib Semak dan Wajib Pantau yang melibatkan 2 versi iaitu tahun 2008 dan  tahun 2009. WAJA Tahun 2008 adalah sasaran untuk murid tahun 6 (SR), murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 (SM) bagi semua mata pelajaran Sains dan Matematik SR dan SM.WAJA 2008 menekankan konsep Latih Tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan awam manakala WAJA 2009 memberi tumpuan kepada pemahaman konsep semasa P&P guru di mana soalan-soalannya digunakan dalam sesi P&P murid.    Ini bermakna WAJA 2009 merupakan sokongan kepada Modul Latih Tubi WAJA 2008 untuk pengukuhan pemahaman murid terhadap konsep dalam pembelajaran mereka.

 

    2.      Bagaimana pula dengan Program ATS 2009 (Sc & Matematik) ?

 

Program ATS 2009 adalah singkatan daripada Program Answer To Score yang telah diedarkan kepada semua SR dan SM pada Ogos tahun 2009. ATS merupakan program pengukuhan Latih Tubi dan dianggap sebagai pelengkap kepada Latih Tubi WAJA 2008 untuk murid-murid kelas peperiksaan awam.

ATS 2009 (Matematik) menekankan konsep Latih Tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan awam di mana soalan-soalan yang dikeluarkan adalah klon dan setaraf dengan soalan peperiksaan awam yang sebenar. Cuma bentuk soalan yang dikeluarkan adalah subjektif untuk mendidik murid menyelesaikan soalan secara subjektif walaupun soalan tersebut berbentuk objektif.   

Manakala ATS (Sains) pula merupakan soalan Latih Tubi yang diambil dari koleksi soalan-soalan peperiksaan awam tahun lepas yang sebenar.

 

3.                   (a)      Apakah sebenarnya Program LINUS yang sering diwar-warkan kini?

 

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk  menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

 

      (b)      Apakah Definisi Literasi dan Numerasi ?

 

Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

 

Manakala Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.

 

       (c)       Bilakah program ini akan dilaksanakan ?

 

Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan murid-murid di tahun 1 yang akan discreen melalui Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September).

 

Joomla SEF URLs by Artio
Bonus Veren Siteler Bahis Siteleri Deneme Bonusu Bedava Bonus Casino Siteleri