hatay escort
Dasar Satu Murid Satu Sukan - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak
Cetak
Jumlah paparan: 1577

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah,
kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fzikal yang memberi satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cintakan negara.

Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri
dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan
dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang
berdaya saing tinggi.

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;

4.1    Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;

4.2    Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;

4.3    Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:

5.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 Rujuk LAMPIRAN 1).

5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

5.3 Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.

5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.

5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid.

5.6 Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.

5.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

5.8 Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur dan langkahlangkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:

6.1 Meningkatkan kecergasan jasmani;

6.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;

6.3 Memupuk perpaduan di antara kaum;

6.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid;

6.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;

6.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan

6.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

 

Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, tafsiran istilah-istilah adalah seperti berikut:

murid ertinya seseorang dari peringkat Pra Sekolah hingga ke Tingkatan 6, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;

“murid berkeperluan khas” ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah kurang upaya fizikal;

“sukan” ditafsirkan sebagai aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran dan pertandingan yang melibatkan komitmen serta semangat kesukanan. Sukan pada amnya adalah berdasarkan peraturan-peraturan tertentu;

“guru penasihat sukan” ertinya mana-mana guru yang dilantik atau ditugaskan oleh pihak sekolah untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan dan permainan;

“jurulatih sukan sekolah” ertinya mana-mana orang berpengalaman, minat dan memiliki sijil kejurulatihan dalam sukan spesifik yang dilantik atau dibenar oleh pihak sekolah atau pihak yang berkaitan untuk melatih dan menyediakan pasukan sukan sekolah.

Sila rujuk “Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan” yang diterbitkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia cetakan tahun 2011.

http://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/1murid1sukan/articlefile_file_001793.pdf

Attachments:
Download this file (BUKU PANDUAN 1M1S.pdf)BUKU PANDUAN 1M1S.pdf[ ]1173 kB
Joomla SEF URLs by Artio
Bonus Veren Siteler Bahis Siteleri Deneme Bonusu Bedava Bonus Casino Siteleri