Cetak
Jumlah paparan: 11103

SEMUA KETUA SEKTOR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

SEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI PERAK

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK


TUAN,

PENGEMASKINIAN FAIL PELAJAR BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-10, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.  Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada semua guru yang telah tamat/bergraduat mengikuti Program Pensiswazahan Guru Rancangan Malaysia ke-10 supaya menghantar satu Salinan dokumen seperti berikut :

        1. Salinan Ijazah Sarjana Muda
        2. Salinan Transkrip Peperiksaan ; dan

3.  Tuan/puan juga dipohon untuk memaklumkan kepada guru tersebut supaya melengkapkan borang seperti pada Lampiran 1 dan menghantar borang serta Salinan melalui Ketua Jabatan ke alamat seperti di bawah :

                Bahagian Pendidikan Guru
                Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E,
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
                62604 Putrajaya
                (U.P : Puan Rossheta binti Abd. Rahman)

4.  Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Muhammad bin Hassan di talian 05-5015114 atau 012-4438747.

 

Sekian, terima kasih.

UNIT SEKOLAH MENENGAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Attachments:
Download this file (20190107074723188.pdf)SURAT MAKLUMAN[ ]189 kB
Joomla SEF URLs by Artio