Cetak
Jumlah paparan: 720

SEMUA KETUA SEKTOR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
NEGERI PERAK

 

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI THE 4TH INNOVATION AND ANALYTICS CONFERENCE & EXHIBITION (IACE 2019) SEBAGAI PEMBENTANG POSTER/PESERTA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia akan menganjurkan The 4th Innovation and Analytics Conference & Exhibition (IACE 2019) pada 25 hingga 28 Mac 2019 bertempat di UUM Sintok, Kedah.

Sehubungan dengan itu, pihak UUM menjemput semua warga di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang berminat untuk turut serta ke persidangan tersebut sebagai peserta atau pembentang poster. Bersama-sama ini dilampirkan laman sesawang IACE 2019 http://sqs.uum.edu.my/iace2019 untuk rujukan dan perhatian tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, tuan boleh menghubungi pihak penganjur melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau telefon 04-9286301. Bersama-sama ini disertakan surat tawaran dari pihak penganjur pada ruangan attachment.

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh,

Moderator,
Unit Latihan dan Kemajuan Staf
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

 

 

 

Attachments:
Download this file (UUM 2019.pdf)UUM 2019.pdf[ ]79 kB
Joomla SEF URLs by Artio