Cetak
Jumlah paparan: 1612

Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah

Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Tuan/Puan,

PEMATUHAN KEPADA SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/1998 DAN BIL.3/2001 BERKAITAN KOHORT UMUR BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN / BANTUAN KERAJAAN DAN SEKOLAH SWASTA BAGI MURID YANG LAHIR PADA 1 JANUARI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menerima beberapa isu berkaitan murid yang lahir 1 Januari tetapi tidak berada di kelas yang sepatutnya mengikut kohort umur sebenar persekolahan mereka bermula di sekolah rendah.

3. Sehubungan dengan itu. pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak memohon kerjasama pihak tuan agar dapat memaklumkan kepada semua Guru Besar dan Pengetua di bawah pentadbiran tuan untuk mengambil tindakan berikut:
     3.1 Merujuk dan meneliti Surat Pekeliling lkhtisas Bil.10/1998 bertarikh 7 Mei 1998 dan Surat Pekeliling lkhtisas Bil.3/2001 bertarikh 22 Mac 2001 .
     3.2 Mematuhi kohort umur yang ditetapkan seperti di Lampiran A dalam menguruskan dan menyelaraskan penempatan murid-murid di sekolah.

4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan kepada perkara berkaitan diucapkan ribuan

terima kasih.


Sekian.

Pengurusan Murid

Sektor Pengurusan Sekolah

Attachments:
Download this file (SURAT SIARAN.pdf)SURAT SIARAN.pdf[ ]797 kB
Joomla SEF URLs by Artio