Cetak
Jumlah paparan: 6770

INISIATIF SWASTA

Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf peranan agensi luar dalam membantu sektor pendidikan khususnya dalam bidang ICT sejak tahun 2000. Ia bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam usaha melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT. Usaha KPM mewujudkan makmal-makmal komputer di seluruh negara, memperkenalkan subjek ICT dan memperkenalkan Aplikasi Sekolah Bestari pada tahun yang sama turut mendorong minat sektor lain membantu kementerian. Penglibatan syarikat swasta dalam sektor pendidikan khususnya semakin serius apabila kerajaan sendiri menggalakkan perkongsian bersama khsususnya bidang-bidang yang mempunyai kepakaran tinggi.

Jumlah sumbangan syarikat swasta dalam membantu sektor pendidikan mencecah ratusan juta ringgit sejak ia mula diperkenalkan. Sumbangan dan bantuan yang diberikan dilihat sebagai sesuatu yang sangat berharga dan perlu dimanfaatkan untuk kebaikan sektor pendidikan. Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk berkaitan dengan perkakasan, perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan penyelesaian sistem pengurusan. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan Negara dan menjadikannya ia sebagai kerjasama pintar (smart partnership) dalam pendidikan.

FAEDAH

Pelaksanaan perkongsian pintar boleh menghasilkan faedah-faedah berikut:

GARIS PANDUAN

Garis panduan untuk melaksanakan program perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia:

  1. Permohonan kepada kementerian untuk melaksanakan program secara rasmi hendaklah dihantar terus ke Kementerian Pelajaran Malaysia(Sektor Operasi Pendidikan)
  2. Kertas cadangan yang lengkap perlu menyatakan:
    • Tujuan dan objektif program
    • Latarbelakang projek atau program yang dicadangkan
    • Huraian mengenai program
    • Skop program
    • Kumpulan sasaran
    • Kaedah pelaksanaan
    • Kos dan perbelanjaan
    • Tempoh pelaksanaan
    • Peranan dan Fungsi setiap agensi yang terlibat sama ada di peringkat Kementerian, Jabatan, Sekolah atau agensi pencadang
    • Harapan dan lain-lain yang berkaitan
    • Penutup
  3. Permohonan akan disemak dan dibincangkan di peringkat kementerian berdasarkan kertas cadangan:
    • KPM akan meneliti kesesuaian cadangan program dengan mengambil kira pandangan semua bahagian terlibat
    • Perbincangan awal dengan pihak penganjur
    • Persembahan kepada pihak kementerian
    • Makluman ke Mesyuarat Profesionalisme atau Pengurusan atau Mesyurat JPICT jika berkaitan
    • Penambahbaikan selepas perbincangan
  4. Kertas cadangan yang lengkap diangkat ke Pengurusan KPM untuk pengesahan kementerian.
  5. Persetujuan terma rujukan atau memorandum persefahaman jika berkaitan
  6. Surat kuasa melaksana
  7. Arahan pelaksanaan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah semua proses dan prosedur dipatuhi
  8. Format terma rujukan bagi melaksanakan program dengan pihak sekolah
    • Tajuk Program
    • Definisi istilah
    • Tujuan
    • Fungsi dan Peranan agensi terlibat
    • Peruntukan-Peruntukan Di Bawah Program Kementerian Pelajaran Malaysia
    • Kumpulan Sasaran
    • Peruntukan Khas
    • Peralatan/Kelengkapan yang dibekalkan untuk setiap sekolah yang terpilih
    • Nilai Sumbangan
    • Tempoh Pelaksanaan
    • Peruntukan Lain
    • Implikasi-Implikasi Berkaitan
    • Operasi
    • Peruntukan Am
    • Kerahsiaan
    • Waad Bersaling
    • Pengiktirafan
    • Terma-terma khas

SENARAI PROJEK

Di antara projek perkongsian pintar adalah seperti berikut:

Joomla SEF URLs by Artio