Cetak
Jumlah paparan: 4866

Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,

Semua Pengetua

Sekolah Menengah Negeri Perak

(u/p : SMK/SM Agama/SABK/SM Model Khas/SM Sains/SM Berasrama Penuh)

Tuan,

KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH (SM) NEGERI PERAK 2013                                                                                                                                                      

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas. Surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nombor rujukan KP(BPG)9131/600/32/(60)  bertarikh 28 Julai 2013 adalah berkaitan. Kursus berkenaan kepada kumpulan sasaran Jurulatih Utama KBAT Matematik Negeri/Daerah telah selesai dilaksanakan pada 23 Sept – 11 Okt 2013 di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang.

2.         Dimaklumkan bahawa BPG dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melaksanakan tindakan susulan iaitu pelaksanaan Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Matematik secara on-site dan schoolbased yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru. Ini bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang bertekad untuk meningkatkan pencapaian murid selari dengan Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia.

3.         Sehubungan dengan  itu, mohon jasa baik tuan membenarkan seorang Ketua Panitia Matematik sekolah tuan untuk hadir ke pusat kursus seperti maklumat terperinci yang terkandung dalam attachment di bawah. Surat rasmi kepada sekolah menengah yang berkaitan telah difakskan kepada PPD (u/p : Pen. PPD Sains & Matematik) setiap daerah untuk dipanjangkan kepada pihak sekolah.  Attachment yang dilampirkan merujuk kepada surat dan maklumat jadual pelaksanaan kursus tersebut . Guru tuan diminta membawa bersama bahan keperluan/peralatan seperti komputer riba, wayar penyambung (extension-wire), Huraian Sukatan Pelajaran Peringkat Menengah Rendah, Buku Teks Matematik Peringkat Menengah Rendah, salinan surat panggilan kursus, salinan muka hadapan buku bank (yang tertulis no. Akaun Bank) dan bahan rujukan Matematik yang berkaitan.

4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Penolong PPD Sains dan Matematik) atau pegawai Matematik di Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak (u/p: En. Nor Hisham Bin Fahmi) di talian 05-2414000 sambungan 122.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

 

 

Joomla SEF URLs by Artio
Bonus Veren Siteler Bahis Siteleri Deneme Bonusu Bedava Bonus Casino Siteleri