Proses Audit di PPD Batang Padang

19 hingga 20 Oktober 2015.

Satu Lawatan Kerja ke Pusat Kokurikulum JPN Perak telah dijalankan oleh Pusat Kokurikulum JPN Terangganu di Pangkor pada 2-3 Februari 2017.

Rombongan Pusat Kokurikulum JPN Terengganu tersebut diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Sohaimi Bin Zakaria, Ketua Unit Pusat Kokurikulum JPN Terengganu dalam kerangka untuk menjadikan Kompleks Pusat Kokurikulum Terengganu yang baru sebagai versi terbaiknya. 

Selain perkongsian ilmu dan percambahan idea, dengan melihat sendiri suasana pengurusan di negeri lain dapat membugarkan lagi idea kedua pihak bagi gerak kerja di tempat masing-masing khususnya bagi operasi pada peringkat awal pembukaan Kompleks Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu yang baru dan dijangka siap selewat-lewatnya pada bulan April 2017 ini nanti. 

Para pegawai dan kakitangan dari kedua-dua negeri juga dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi selain berbincang dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi tahap kualiti kerja dalam skop bidang tugas yang sama.  

Para tetamu dibawa melihat sendiri dokumentasi dan tapak lokasi aktiviti serta sistem pengurusan aset selain diberi penerangan dan perbincangan di lokasi berkenaan. 

Pautan ke Galeri Gambar :

http://jpnperak.moe.gov.my/galeri-portal/spk/index.php?album=Lawatan+Kerja+PKN+Terengganu+ke+PKN+Perak&p=1

http://jpnperak.moe.gov.my/galeri-portal/spk/index.php?album=Lawatan+Kerja+PKN+Terengganu+ke+PKN+Perak&p=2

Program Kursus Pemantapan Organisasi Dan Budaya Kerja Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan membuka tirai tahun 2017 Pusat Kokurikulum Negeri Perak.

Program sulung 2017 ini diadakan di Pusat Kokurikulum JPN Perak, Jalan Pasir Bogak, Pangkor pada 20-22 Januari 2017.

Para peserta dari kalangan pegawai dan kakitangan yang dipimpin oleh Tuan Haji Mat Jaafar Bin Haji Mat Zin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan yang bersama-sama turut serta dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Kursus yang berbentuk aktiviti outdoor dan team building ini dirancang bertujuan mengekal dan meningkatkan lagi momentum dan budaya kerja cemerlang di kalangan warga PPD Kinta Selatan dengan slogan “Kinta Selatan Excellent!” yang sering dilaungkan bersama sepanjang program.

            Program selama tiga hari dua malam yang bermula pada petang Jumaat dan berakhir pada pagi Ahad itu berjalan dengan lancar dan selamat. Antara aktiviti yang dilakukan seperti permainan dinamika kumpulan, keyakinan di air, ekspedisi berkayak, jelajah hutan, ikhtiar hidup, rappelling, aktiviti kerohanian, pengendalian majlis rasmi dan lain-lain lagi.

Pautan ke Galeri Gambar : http://jpnperak.moe.gov.my/galeri-portal/spk/index.php?album=Kursus+Pemantapan+Organisasi+PPDKS

            Verifikasi stok Pusat Kokurikulum JPN Perak 2017 telah dijalankan bermula 6 hingga 19 Januari 2017 di Pusat Kokurikulum Negeri Pulau Pangkor dan Pusat Kokurikulum Negeri Cawangan (PKNC) Larut Matang dan Selama serta Kerian di SK Siputeh, PKNC Kuala Kangsar di SK Trosor Lama, PKNC Perak Tengah diPusat Kegiatan Pelajar Lambor Kanan, PKNC Hulu Perak di SK Beng, PKNC Kinta Utara di Gunung Lang, PKNC Kinta Selatan di SK Seri Jaya dan PKNC Batang Padang di SK Sungai Klah.

            Kerja-kerja memeriksa kondisi setiap peralatan dan kelengkapan tersebut dilakukan oleh para pegawai dan kakitangan Unit Pusat Kokurikulum dengan kerjasama guru yang berada di sekolah-sekolah di mana peralatan PKNC ditempatkan.

            Verifikasi ini dijalankan dengan teliti dan terperinci pada setiap hujung atau awal tahun bagi memastikan setiap peralatan dan kelengkapan berada dalam kondisi yang baik dan selamat digunakan terutamanya bagi aktiviti yang berisiko tinggi. Ia juga selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia kepada setiap Pusat Kokurikulum Negeri.

Pautan ke Galeri Gambar : http://jpnperak.moe.gov.my/galeri-portal/spk/index.php?album=Verifikasi+Stok+PKN+2017&p=1

            Pusat Kokurikulum JPN Perak telah mendapat Tempat Ke-2 Anugerah Pengurusan Kejurulatihan Terbaik, Tempat Ke-4 Pengurusan Infrastruktur Terbaik dan Tempat Ke-5 Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan Terbaik dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2016 yang dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bagi menghargai pencapaian dalam bidang Pendidikan Luar.

            Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah yang berlangsung pada 3 November 2016 tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Rozainum Binti Ahmad, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia di Auditorium Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.

            Selain Anugerah Pengurusan Pusat Kokurikulum, salah seorang Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak juga iaitu Al-Marhum En. Salim Bin Saidin telah terpilih sebagai 5 orang Jurulatih Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2016.

           

            Dengan penghargaan yang diberikan seumpama ini, semangat untuk meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian bidang masing-masing akan lebih memberangsangkan.

LAWATAN TAPAK DAN PENANAMAN POKOK OLEH KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

 

Tarikh        :  9 Disember 2016

Tempat      :  Pusat Kokurikulum Cawangan Gunung Lang, Ipoh

Jam           :  9.00 pagi  

Oleh          :   Pn. Hjh. Rahimah binti Mohamed

 

WhatsApp Image 2016 12 09 at 10.12.06 AMWhatsApp Image 2016 12 09 at 10.12.06 AM2WhatsApp Image 2016 12 09 at 10.40.13 AMWhatsApp Image 2016 12 09 at 10.40.05 AMWhatsApp Image 2016 12 09 at 2.55.22 PMWhatsApp Image 2016 12 09 at 10.40.13 AM1

SESI PENANAMAN POKOK OLEH MANTAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Tarikh    : 7 Disember 2016

Tempat  : Pusat Kokurikulum Cawangan Gunung Lang, Ipoh.

Oleh      : Dato' Hj Rozi bin Puteh Ismail

WhatsApp Image 2016 12 09 at 2.52.45 PMWhatsApp Image 2016 12 09 at 2.52.47 PMWhatsApp Image 2016 12 09 at 2.52.49 PM

Dokumentasi bergambar Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2016 di Ipoh Bowl, Kinta City Shopping Center, Ipoh.

13-18 Ogos 2016.

*sila rujuk pautan berikut untuk laporan penuh: DOKUMENTASI BOLING TENPIN MSSM 2016g

 

Kedudukan Pungutan Pingat

Boling Tenpin
    emas perak gangsa  
1 MSS SELANGOR 6 8 4 18
2 MSS JOHOR 4 3 2 9
3 MSS SARAWAK 3 1 1 5
4 MSS SABAH 3 1 0 4
5 MSS TERENGGANU 3 0 2 5
6 MSS WP KUALA LUMPUR 2 4 4 10
7 MSS NEGERI SEMBILAN 2 3 3 8
8 MSS PERLIS 2 1 1 4
9 MSS PULAU PINANG 1 4 3 8
10 MSS PAHANG 1 3 1 5
11 MSS PERAK 1 2 2 5
12 MSS KEDAH 1 0 4 5
13 MSS MELAKA 1 0 2 3
14 MSS WP PUTRAJAYA 0 0 1 1
15 MSS KELANTAN 0 0 0 0
JUMLAH 30 30 30 90

Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah 1Malaysia anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum Kedah dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Perak, Perlis dan Pulau Pinang di Pusat Kokurikulum JPN Kedah Daerah Padang Terap, Kem Pedu pada 23 hingga 26 Mei 2016.

                Peserta perkhemahan seramai 160 orang terdiri dari pelajar tingkatan 4 dari pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Program Perkhemahan Pendidikan Luar seumpama ini merupakan suatu proses pembelajaran yang dapat meningkatkan potensi psikomotor, kognitif dan efektif, membina kecerdasan fizikal, daya saing, mengasah kepimpinan dan sahsiah.

Peserta Negeri Perak melapor diri untuk latihan pusat 2 hari sebelum perkhemahan iaitu pada 21 Mei 2016. Semasa latihan pusat ini, peserta didedahkan dengan beberapa kemahiran seperti memasang dan menyimpan semula khemah, cara mengendalikan rakit, penerangan peralatan-peralatan untuk ikhtiar hidup serta pengurusan diri semasa perkhemahan. Selama 4 hari program perkhemahan ini, peserta menjalani 3 aktiviti iaitu berakit menelusuri sungai pedu, aktiviti ikhtiar hidup di Teluk Mas dan orientering di sekitar kawasan tapak perkhemahan.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWWUxtMGpycUZYUDQ

Unit Pusat Kokurikulum Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak telah mengadakan Ujian Kecergasan Jurulatih Pusat Kokurikulum di Kompleks Kolam Renang Kuala Kangsar pada 12 Februari 2016 yang lalu.

Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak (PKN) merupakan tenaga dari kalangan guru-guru yang akan memastikan semua aktiviti Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Negeri dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Untuk tujuan itu, para jurulatih yang bertugas juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal selain ilmu yang berkaitan. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang perlu dijalani oleh para jurulatih yang ingin bertugas di Pusat Kokurikulum Negeri dan Cawangan.

Antara ujian yang dijalankan seperti larian sejauh 2.4km, bangkit tubi, tekan tubi, pikul beban diadakan di kawasan sekitar Bukit Chandan, Kuala Kangsar manakala ujian berenang sejauh 200m dijalankan di Kompleks Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

 

Foto oleh Mohammad Bin Pin : https://drive.google.com/folderview?id=0B9FkFywxlSiWTnFJRmRnUzR3XzQ&usp=sharing

Laman Facebook : https://www.facebook.com/pknperak/

Unit Pusat Kokurikulum Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak telah mengadakan Kursus Pengurusan Ekspedisi Berkayak Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri, JPN Perak 2016 di Sungai Perak bermula dari Pusat Rekreasi Intan Suraya ke Medan Cendol dan Laksa Lembah, Kuala Kangsar pada 12-13 Februari 2016 yang lalu.

Seramai 70 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Kursus sebegini akan menaik taraf kemahiran Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak (PKN) yang mengendalikan aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Negeri. Selain teori pengendalian, amali dan pengalaman juga perlu bagi memastikan semua aktiviti dijalankan dengan impak tinggi dan selamat.

Antara teori yang perlu diketahui seperti pengurusan ekspedisi, logistik dan peralatan, bentuk-bentuk laluan di sungai, pembentukan formasi ekspedisi dan teknik dayungan formasi selain langkah-langkah keselamatan dan Prosedur Standard Operasi atau SOP (Standard Operating Procedure) diberikan kepada peserta pada hari pertama.

Praktikal keyakinan di air dan ekspedisi berkayak pula diadakan pada keesokan harinya. Aktiviti praktikal memakan masa selama 4 jam.

Pihak Pusat Kokurikulum Perak juga merakamkan penghargaan di atas kerjasama dan bantuan peralatan tambahan dari Pusat Kokurikulum Pulau Pinang dalam menjayakan kursus ini.

Foto oleh Mohammad Bin Pin : https://drive.google.com/folderview?id=0B9FkFywxlSiWb012aXVfbWsyWm8&usp=sharing

Laman Facebook : https://www.facebook.com/pknperak/

Untuk melahirkan individu yang menghargai alam semulajadi dan menghayati kepentingan serta peranan untuk terus memeliharanya, Pusat Kokurikulum JPN Perak telah menganjurkan Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah 1Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 di Kem Tasoh Pusat Kokurikulum JPN Perlis pada 9 hingga 12 Mei 2016 lalu.

                Seramai 40 orang peserta di kalangan murid sekolah rendah seluruh Negeri Perak telah digabungkan bersama 120 orang peserta dari Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menjalani aktiviti seperti penerangan semaian benih dan canopy walk dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), permainan dinamika dan membina kolaj dari bahan terbuang atau kitar semula dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), menjelajah di Gua Kelam dan Kuiz di sekitar Galeri Gua Kelam.

                Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap ekologi alam semulajadi. Ia juga dapat meningkatkan nilai kecintaan dan penghargaan terhadap alam semulajadi di kalangan murid selain menyemai nilai kerjasama, muafakat dan perpaduan melalui aktiviti yang dijalankan bersama. Aktiviti seumpama ini juga dapat membentuk gaya kepimpinan bagi melahirkan bakal pemimpin yang akan menghargai alam sekitar pada masa akan datang.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWZkxOcjQ0RnBEZXc

Aktiviti kokurikulum yang pelbagai kini semakin diminati oleh murid-murid terutamanya aktiviti yang mampu mencabar kemampuan dan kreativiti mereka. Selari dengan sifat semula jadi seorang murid yang memang dahagakan cabaran dan pengalaman baru yang lebih unik. Aktiviti perkhemahan mampu menjana pelbagai faedah kepada mereka yang terlibat seperti menjana sifat kreatif, kerjasama dan saling membantu.

Bagi menjayakan aktiviti Pendidikan Luar Perkhemahan Unit Beruniform SK Ulu Bernam, Pusat Kokurikulum JPN Perak telah turut sama menyumbang tenaga bagi menjayakan program yang diadakan pada 29-30 Julai 2016 lalu.

                                Seramai 70 orang peserta di kalangan murid dan guru SK Ulu Bernam terlibat menjalani aktiviti seperti flying fox, rapelling dan kawad kaki.

Guru Besar SK Sungai Klah En. Abdullah Bin Mat Johari dan PK Kokurikulumnya En. Rozlisham Bin Mohd Saad telah memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan program ini.

                Pihak Pusat Kokurikulum JPN Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir dan pengurusan sekolah kerana menjemput Pusat Kokurikulum JPN Perak dan memberi kepercayaan menjalankan aktiviti tersebut.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWSU9YM0JRd1Q4M00

Pusat Kokurikulum JPN Perak telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 di Dewan Terbuka Pusat Kokurikulum Negeri JPN Perak Cawangan Batang Padang, Sungai Klah pada 31 Julai 2016 lalu. Majlis seumpama ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para Jurulatih Pusat Kokurikulum selain mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga di kalangan jurulatih.

                Seramai 120 orang yang hadir ke Majlis Jamuan Raya tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Persatuan Kebajikan Jurulatih (PEKEJU) En. Zamri Bin Abdul Rani dan Penyelaras Pusat Kokurikulum Negeri Cawangan (PKNC) Batang Padang En. Khairunnizam Bin Nuri.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWN3Rrdnd3eUlISGc

Pusat Kokurikulum JPN Perak telah mengadakan Program Kem Ihya Ramadhan Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 di Pusat Kokurikulum Negeri JPN Perak Cawangan Kuala Kangsar, Trosor, Sungai Siput pada 14 hingga 17 Jun 2016 lalu.

                Seramai 80 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah menengah dari seluruh Negeri Perak telah menjayakan program tersebut. Program seperti ini dapat mendorong para pelajar menghidupkan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan mengerjakan amal ibadat      seperti solat malam, Tadarus Al-Qur’an, hafazan bacaan Tahlil serta doanya, amali pengurusan jenazah, soal jawab hukum hakam serta kemusykilan agama selain berbuka puasa dan Solat Tarawih secara berjamaah ke arah mempertingkatkan penghayatan Sunnah Nabi.

Selain dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek, program seperti ini memberi peluang para pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWM3RGQnQ0UjJ5STg

 TAJUK : Bengkel Kerja Pemantapan Profesionalisme Guru MPV Seni Reka Tanda (SRT) Negeri Perak

TARIKH : 11 Mei 2016

TEMPAT : BENGKEL SENI REKA TANDA SMK SERI ISKANDAR

 

OBJEKTIF :

1       Menyuntik dan meningkatkan motivasi kendiri yang kental di kalangan guru Seni Reka Tanda untuk lebih profesional dalam menghadapi pelajar-pelajar yang lebih mencabar.

2       Melahirkan kuantiti dan kualiti pelajar cemerlang dengan lebih ramai lagi dalam peperiksaan Seni Reka Tanda disetiap daerah khususnya dan diperingkat negeri amnya kesan daripada profesionalisme yang tinggi guru.

3       Memberi bimbingan dan panduan yang sewajarnya kepada kumpulan guru Seni Reka Tanda untuk meningkatkan profesionalisme dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan Seni Reka Tanda.

 

KEHADIRAN:

 

BIL

NAMA

SEKOLAH

1

HJ MOHAMAD NIZAR B. MOHD ABDUL JABAR

SMK SERI ISKANDAR, 32610 SERI ISKANDAR, PERAK

2

MASLINA BINTI ADANAN

SMK BATU SEPULUH, LEKIR 32020 SETIAWAN

3

TUN ABDUL RAHMAN B ZAMIL

SMK TENGKU MENTERI

4

ZARINA BINTI MOHD KHAIRI

SMK DATO SAGOR LANGKAP 36700 LANGKAP

5

NORSUR YANTI BEGUM BINTI KAMIS

SMK PENGKALAN HULU

6

NOOR HAZLIN BINTI ABD RAHMAN

SMK AMINUDDIN BAKI, CHEMOR

7

NOORSHIDAH BT SULAIMAN

PANGLIMA BUKIT GANTANG

8

MARYAM BINTI ABBAS RAUF

SMK IDRIS SHAH, GOPENG

9

MOHD SHAHRIL B ABU  BAKAR

SMK DATO’ AHMAD

10

MAT KHAILI B MUHAMAD NOR

SMK TAJUL ARIFFIN, MANONG

11

WAN MAIZAWATI BT WAN NONG

SMK AMINUDDIN BAKI, CHEMOR

12.

AHMAD SUKRI B SAID

SMK SULTAN AHMAD

13

MOHD NAZRI B KHALID

SMK IDRIS SHAH, GOPENG

14

AHMAD HILMI B HJ SABUKI

SMK TAJUL ARIFFIN, MANONG

photo 2016 05 20 12 28 52 photo 2016 05 20 12 28 36

Klik Di sini Untuk Ke Galeri Gambar

TAJUK : Bengkel Kerja Pemantapan Profesionalisme Guru PVMA Kursus Pembuat Pakaian Wanita Negeri Perak

TARIKH : 23 April 2016

TEMPAT : BENGKEL PVMA, SMK ALANG ISKANDAR

 

OBJEKTIF :

1.Memberi pendedahan kpd guru-guru PVMA pembuat pkaian wanita prosedur membangunkan, mendokumentasi dan menyusun atur portfolio mengikut susun atur/tertib yg betul.


2.Memberi pendedahan kpd guru langkah-langkah mengisi borang-borang yg berkaitan dengan penilaian yg diperlukan.


3.Merancang takwim yg sistematik dan teratur utk guru-guru PVMA pembuat pakaian wanita.


4.Mengeratkan ukhuwah antara guru-guru PVMA pembuat pakaian negeri perak

photo 2016 05 20 10 07 54 photo 2016 05 20 10 09 02

Klik di sini untuk ke galeri gambar

ANUGERAH SKIM PINJAMAN BUKU TEKS CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

TARIKH : 4-6 SEPTEMBER 2015

TEMPAT : HOTEL FLAMINGO AMPANG, SELANGOR.

PERASMI: YB P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan

WAKIL PENGARAH JPN PERAK: TUAN HAJI WAZIR BIN MUSTAFA DAN EN SAYUTI BIN IBRAHIM

WAKIL PERAK :

1. KATEGORI SJKT - SJKT TAPAH, BATANG PADANG

2. KATEGORI SK - SK AYER TAWAR, MANJUNG

SINOPSIS : ANUGERAH PENGURUSAN SPBT CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 DISERTAI SEMUA NEGERI SELURUH NEGARA. TERDAPAT 5 KATEGORI TELAH DIPERTANDINGAN IAITU KATEGORI SK, SJKC,SJKT, SMK DAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT JAIN.

WAKIL NEGERI PERAK UNTUK PENILAIAN  PERINGKAT KEBANGSAAN IALAH SK AYER TAWAR, SJKT THONG HON, SJKT TAPAH, DAN SMK SULTAN YUSUFF, SEKOLAH-SEKOLAH INI IALAH JOHAN PERINGKAT NEGERI PERAK. 

SEKOLAH NEGERI PERAK TELAH BERJAYA DI DALAM PENILAIAN PERTAMA KE PERINGKAT AKHIR 5 TERBAIK KESELURUHAN NEGARA IALAH SJKT DAN SK.

TAHNIAH KEPADA SJKT TAPAH YANG MENJADI JOHAN KATEGORI SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN. DAN TAHNIAH KEPADA SK AYER TAWAR YANG MENDAPAT TEMPAT KE 5 KATEGORI SK PERINGKAT KEBANGSAAN.

UCAPAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DARIPADA TUAN PENGARAH DAN SUB UNIT SPBT HAL EHWAL MURID,SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN,JABATAN PENDIDIKAN PERAK

 

 

 

             

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak.
(Seperti di lampirkan)

Tuan,

Surat Jabatan Pendidikan Perak PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH KPM NEGERI PERAK MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) TAHUN 2015 (Ruj. : BTPN(PK-BEST)/8873/1 Jld.13(3) bertarikh 8 Julai 2015) adalah dirujuk.

2. Sukacita diingatkan bahawa tempoh melaksanakan penarafan secara dalam talian adalah mulai 6 Julai 2015 hingga 21 Ogos 2015.

3. Sehubungan dengan itu, mohon tindakan pihak tuan untuk pelaksanaan penarafan ini di peringkat sekolah dan memastikan selesai dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan.

4. Maklumat lanjut pihak tuan boleh menghubungi Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kelompok masing-masing.

Sekian, harap maklum.

 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Unit Pembestarian Sekolah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. 05-292 4933 (samb.115)/ 013-442 5553

KOLOKIUM GURU TINGKATAN ENAM ZON UTARA 2015

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama oleh MPM, BPSH, BPG, UPU dan OUM telah menganjurkan Kolokium Guru Tingkatan Enam Tahun 2015 bagi guru-guru Tingkatan Enam Zon Utara pada 28 Mei 2015 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping. Negeri-negeri  yang terlibat ialah Negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Perasmian penutupan disempurnakan oleh Tuan Haji  Mat Lazim bin Idris, AMP. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

Tema kolokium: " Transformasi Tingkatan Enam: Hala Tuju Dan Cabaran".

Tujuan:

1. Mengenalpasti Isu Dan Cabaran Semasa Dalam Mentransformasikan Pendidikan Tingkatan 6.

2. Meningkatkan Tahap Kesedaran warga Pendidik Tingkatan 6 Untuk Menjayakan Transformasi Tingkatan 6.

3. Membina Jaringan Dengan Warga Pendidik Tingkatan 6 Seperti Yang Dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan      Malaysia  (PPPM)

Objektif:

1. Meningkatkan keintelektualan guru Tingkatan 6 selaras Transformasi Pendidikan Negara.

2. Membantu meningkatkan peranan dan imej guru tingkatan 6 sebagai penggerak transformasi tingkatan 6.

3. Memberi imput kepada para peserta yang terdiri daripada guru tingkatan 6.

 

                                  

Hujan lebat tidak menghalang Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah untuk turun mengetuai kira-kira 2,000 peserta Kayuhan Muhibbah bersama rakyat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada malam Sabtu.

 

Baginda yang diiringi oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim memulakan kayuhan sejauh 8 kilometer tersebut di Dataran MBI dan berakhir di tempat yang sama.

 

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

 

Setiausaha MBI, Mohammad Zakuan Zakaria berkata, program tersebut mendapat sambutan mengalakkan bukan sahaja daripada wakil-wakil rakyat malah masyarakat setempat berbilang bangsa.

 

"Walaupun terpaksa meredah hujan lebat, Tuanku Sultan Nazrin tetap berkayuh tanpa henti bersama-sama dengan rakyat jelata dan berjaya menamatkan kayuhan sejauh lapan kilometer.

 

"Daripada pihak pengurusan, program ini ternyata mencapai matlamat untuk merapatkan hubungan pemimpin bersama rakyat dan diharap dapat diteruskan pada masa hadapan" katanya kepada pemberita selepas menamatkan kayuhannya di hadapan lobi MBI.

 

Menurutnya, kayuhan muhibbah itu turut diadakan bersempena dengan Hari Bandaraya Ipoh yang jatuh pada 27 Mei depan.

 

Program yang diadakan buat julung kali itu turut menganjurkan pertandingan basikal hiasan LED yang menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 bagi tempat pertama, tempat kedua RM750 dan RM500 bagi tempat ketiga.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon, Pengerusi Infrastruktur,Kemudahan Awam,Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan agensi dari sekitar negeri Perak.

Turut hadir bersama Tuan pengarah Pendidikan Perak, Haji Rozi bin Puteh Ismail dan beberapa orang staff dari Jabatan Pendidikan Perak

 phoca thumb l dsc05331phoca thumb l dsc05338                           

 phoca thumb l dsc05267phoca thumb l dsc05258

Sila klik di sini untuk melihat galeri

 

PENATARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 6
 

Kursus Orientasi Pelaksanaan DSKP bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 6 yang telah dijalankan pada 8 dan 9 April 2015 serentak diseluruh daerah di negeri Perak
 
Kerjasama semua Jurulatih Utama Kebangsaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

photo 2015 04 10 12 16 20 photo 2015 04 10 12 16 55

photo 2015 04 10 12 17 15 photo 2015 04 10 12 17 26

Klik di sini untuk ke galeri gambar

TARIKH: 16 JANUARI 2015
TEMPAT: BILIK BUNGA RAYA (KANTIN JPN PERAK)
MASA: 9.00 PAGI

PERBINCANGAN PUSPANITA JPN BERSAMA KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (SK2P) SEBAGAI PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI DI JPN PERAK

 

Kursus ini telah diadakan pada 19 hingga 24 Disember yang lalu di Pusat Kokurikulum Negeri di Selangor bagi Jurulatih-Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak.  Tahniah kepada kesemua peserta yang telah mengikuti kursus yang mencabar ini dan berjaya mendapat Sijil Penyelamat Kelemasan Sijil Pingat Gangsa (Bronze Medallion).

Sijil ini melayakkan pemegangnya berkhidmat sebagai Penyelamat Kelemasan.  Pihak sekolah yang ingin mendapatkan khidmat daripada mana-mana Jurulatih Pusat Kokurikulum yang memiliki sijil ini boleh menghubungi Pusat Kokurikulum Negeri melalui talian 05-6859100.

 

PUSPANITA Negeri Perak dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga telah mengadakan Program Bengkel Jahitan Bahan Kitar Semula di kalangan ahli yang berminat bagi meningkatkan tahap kesedaran aktiviti kitar semula pada 12 hb. Disember yang lalu di Epal Quilt Shop, Medan Ipoh Bestari, Ipoh.

Tahniah kepada kesemua Ahli-ahli PUSPANITA yang hadir dari pelbagai lokasi di Perak yang telah memberikan sokongan padu dan sambutan yang amat menggalakkan.  Kesemua peserta yang telah mengikuti program sepenuhnya dari mula hingga akhir juga membawa pulang hasil kerja tangan, sebuah beg dari banner terpakai.

* Gambar-gambar berkaitan program boleh juga di lihat DI SINI

KURSUS PENGURUSAN SPBT NEGERI PERAK 2014

TARIKH : 29 HINGGA 31 OKTOBER 2014

TEMPAT : D'HOTEL, SERI ISKANDAR, PERAK

PESERTA : 120 ORANG ( JURULATIH UTAMA PERAK DAN GURU SPBT BAHARU)

PERASMIAN PENUTUP OLEH : EN MASHUDI BIN JELANI (PENOLONG PENGARAH BBT,KPM)

OBJEKTIF KURSUS :

1.  MEMANTAPKAN PENGURUSAN SPBT DI SEKOLAH DAN DAERAH

2. MEMPERKENALKAN SISTEM BAHARU eSPBT KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS - SISTEM PESANAN DAN BEKALAN BUKU TEKS SECARA ATAS TALIAN PADA TAHUN HADAPAN DI SELURUH MALAYSIA.

GAMBAR KENANGAN

 

03 MEI 2014

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor

Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,

Semua Guru Besar Sekolah Rendah,

Negeri Perak.

 

PROGRAM PEMULIHAN 3M (ProTiM) BAGI KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA TAHUN 4 SESI 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pemulihan 3M (ProTiM) merupakan program yang dirancang bagi menangani masalah membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah pada Tahap II. Dalam program ini, Ujian PraProTiM akan dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan 3M murid.

2.   Seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), sedikit penambahbaikan telah dibuat terhadap ProTiM. Bagi tahun 2014, Ujian PraProTiM akan dijalankan bagi murid Tahun 4 sahaja yang telah dikenal pasti oleh guru mengikut kriteria yang ditetapkan. Murid-murid yang telah melepasi Saringan 2 (LINUS) juga boleh diuji dalam Ujian PraProTiM ini. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 10 minggu, sebelum diuji semula dalam Ujian PascaProTiM.

3.   Pelaksanaan Ujian PraProTiM Tahun 4:

      Tarikh Ujian PraProTiM - 13 hingga 18 April 2014                                                                Tarikh sekolah menghantar laporan ke PPD - 20 hingga 25 April 2014

4.   Bahan berkaitan dengan arahan pelaksanaan dan tarikh penting ujian tersebut boleh dimuat turun di bahagian "Attachment" di bawah.

5.   Mohon kerjasama semua pihak agar dapat mematuhi panduan dan tarikh-tarikh penting pelaksanaan program tersebut.

Sekian, dimaklumkan. 

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

31 Mac 2014
Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga 31 Mac 2014.

(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

 

Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor

Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Muat turun senarai nama di ruangan attachments di bawah.

 

Sekian, terima kasih.

b/p: Bahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,

Perkara: : Ken Pendidikan Luar Siri 2/14

Tarikh: 14 hg 16 Mac 2014

Tempat: Pusat Kokurikulum Negeri, 32300 PANGKOR

Sekolah-sekolah yang terlibat:

1. SMK Buyong Adil, Tapah

2. SMK Ave Maria Convent, Ipoh

3. SMK Wira Jaya, Ipoh

4. SMK Raja Lope Nor Rashid, Piandang.

5. SK Kg Nasib, Kuala Kangsar

10 Mac 2014
Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia.

(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

Sila hubungi :

Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor
Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

ARAHAN PENGGUNAAN E-EMEL 1BESTARINET SEBAGAI E-MEL RASMI SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK

Sukacita merujuk perkara di atas, surat arahan berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
Jabatan Pendidikan Perak

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,

Semua Pengetua Sekolah Menengah,

Negeri Perak.

 

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK TAHUN 2014

Perkara di atas dirujuk.

2.   Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun bahan yang berkaitan dengan Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia bagi Sekolah Menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk kegunaan tahun 2014. 

Sekian, dimaklumkan.

b.p.: Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,

Semua Pengetua,

Sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan,

SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL.8 TAHUN 2013 - PENTAKSIRAN PUSAT DALAM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI PERINGKAT MENENGAH RENDAH MULAI TAHUN 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Bersama ini dilampirkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil.8 Tahun 2013 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Penilaian Dan Peperiksaan,

Jabatan Pendidikan Perak

 


Pegawai Kontrak,
Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE)

Melalui dan salinan:

Semua Ketua Sektor,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Perak

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Perak

Tuan/Puan,

 

Berita gembira buat pegawai kontrak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE). Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan pegawai kontrak yang telah dilantik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Kedua berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

Pegawai kontrak yang terlibat dikehendaki bertugas seperti biasa. Surat tawaran akan disusuli kepada tuan/puan sedikit masa lagi.

 

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua / Guru Besar
Semua Guru Pendidikan Islam

Assalamualaikum WBT,

Tuan/Puan,

BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN - MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN TAHUN 2014M/1435H

Bahan rujukan tambahan MTQSS 2014M/1435H boleh dimuat turun melalui portal rasmi Bahagian Pendidikan Islam KPM.

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam 

Semua Pengetua/ Guru Besar

Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Tuan,

PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009 DI KANTIN SEKOLAH DAN DAPUR ASRAMA

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini disertakan surat dan risalah peraturan untuk tindakan tuan.

sekian dimaklumkan, terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pengetua dan Guru Besar Negeri Perak.

Tuan,

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perak akan memproses permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA34 (KUP) Secara Time-Based untuk mengisi kekosongan jawatan Guru Besar Gred DGA34 secara hakiki bagi tempoh sehingga 30 Jun 2014 tanpa syarat lulus NPQEL atau NPQH.

Permohonan bagi urusan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma yang masih berada di Gred DGA34 (KUP) sahaja serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pegawai-pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menggunakan LAMPIRAN A [DGA34(KUP) berserta dokumen sokongan seperti di LAMPIRAN B kepada Penyelia Sekolah Rendah di daerah masing-masing pada atau sebelum 10 Januari 2014.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Naik Pangkat (05-5015059 / 5060 / 5061)

Sila muat turun surat pada attachement di bawah.

Sekian, terima kasih.

Semua Pemohon Ambilan 1 Yang Berjaya Ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Negeri Perak 2014

Tuan/Puan,

Senarai Keperluan/Dokumen Bagi Kemasukan Ambilan 1 ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Negeri Perak 2014

Merujuk kepada perkara di atas, dokumen(Buku Tawaran Kemasukan Murid) dan senarai keperluan tersebut boleh dimuat turun di ruangan attachments di bawah.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, sila hubungi Encik Muhammad bin Hassan, Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Perak di talian 019-565 4251

Sekian, terima kasih.

Unit Menengah,
Sektor Pengurusan Sekolah

Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak

Tuan,

Sekolah SKM Yang Memerlukan Bimbingan

Sukacita merujuk perkara di atas. Fail berkaitan boleh dimuat turun di ruangan Attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

Sektor Jaminan Kualiti

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,

Semua Guru Besar, Sekolah Rendah,

Negeri Perak.

 

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 2 TAHUN 2013:

PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP II SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014 untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, dimaklumkan.

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

Semua,

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan

Negeri Perak.

 

Tuan,

KOD SPBT BUKU PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4 SK

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk tindakan tuan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

 

Rentetan daripada berita yang disiarkan pada 11/12/2013 mengenai Imbuhan Tahunan & Bayaran Prestasi tahun 2013, timbul beberapa isu dalam penyediaan laporan perubahan (kew.8).

Pihak Jabatan telah menghubungi pihak JPA mengenai perkara ini. Berikut jawapan yang diterima. Setakat ini jawapan adalah mengenai isu pengiraan imbuhan tahunan bagi Guru Interim yang dilantik ke PPPS DG41 dalam tahun yang sama.

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

Tarikh Akhir Kemasukan Maklumat ePrestasiPerak Bagi Sekolah

Sukacita dimaklumkan, tarikh akhir kemasukan maklumat ePrestasiPerak bagi peringkat sekolah adalah pada 22 Disember 2013 (Ahad). Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menyiapkan kemasukan data tersebut pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan dan akses pada sekolah akan mula ditutup pada 23 Disember 2013 (Isnin) bagi memberikan akses kemasukan data di peringkat PPD dan JPN dimulakan.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan.

Tuan/Puan,

Semakan Ambilan 1 Ke Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)  dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)

Semakan keputusan Permohonan Tingkatan 1 Ke Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)  Ambilan 1 di pautan berikut :

http://pendidikanperak.gov.my/semakanrk/

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pendidikan Perak

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua / Guru Besar
Semua Guru Pendidikan Islam

Assalamualaikum WBT,

Tuan/Puan,

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN TAHUN 2014M/1435H

Sukacita dimaklumkan dengan ini disertakan Lampiran Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2014M/1435H dan senarai Ayat Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah Al-Quran untuk tahun 2014.

2. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Perak mencadangkan agar aktiviti tersebut dapat dilaksanakan di peringkat sekolah, kelompok, zon dan daerah berdasarkan takwim yang disertakan. Kerjasama tuan adalah diharapkan bagi memastikan penglibatan lebih ramai murid-murid dalam aktiviti tersebut.

3. Bahan rujukan MTQSS 2014M/1435H boleh dimuat turun pada pautan di bawah.

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam 

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak.
(Semua sekolah yang menerima Chromebook)

1.Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama YTL Communications Sdn. Bhd. akan mengadakan Bengkel Pengurusan Makmal Mudah Alih Chromebook seperti ketetapan berikut:

(Ambilan 1)

  • Tarikh : 17 - 18 Disember 2013 (Selasa dan Rabu)
  • Tempat : Hotel Syuen, Ipoh
  • Pendaftaran : 17 Disember 2013 (1.00 petang - 2.30 petang)
  • Sasaran       : 194 sekolah yang menerima Chromebook seperti dalam lampiran Surat Panggilan 17 & 18 Dis 2013 

      (Ambilan 2)

  • Tarikh         : 18 - 19 Disember 2013 (Rabu dan Khamis)
  • Tempat       : Hotel Syuen, Ipoh
  • Pendaftaran : 18 Disember 2013 (1.00 petang - 2.30 petang)
  • Sasaran      : 73 sekolah yang menerima Chromebook seperti dalam lampiran Surat Panggilan 18 dan 19 Dis 2013

2.Bersama-sama ini disertakan surat panggilan untuk menghadiri bengkel yang jelas maksudnya. Pastikan tuan menghadiri bengkel tersebut dengan membawa keperluan seperti dinyatakan.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menurut perintah,

NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Unit Perkhidmatan ICT,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
(No. Telefon Bimbit : 013-4425553)

Semua Pengetua

Semua Guru Besar
Negeri Perak

 

INSTRUMEN PEMANTAUAN PERSEDIAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014.

 

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa instrumen pemeriksaan persediaan sekolah akhir tahun untuk tindakan pihak tuan sebelum pemantauan oleh pegawai PPD, JPN dan KPM mulai 16hb hingga 27 Disember 2013.

3.         Sehubungan itu,  tuan/puan diminta melengkapkan borang yang dilampirkan dan diserah kepada pemantau semasa proses pemantauan dilaksanakan di sekolah tuan/puan. Kerjasama tuan/puan sangat diperlukan supaya perjalanan sesi penggal persekolahan 2014 berjalan dengan lancar dan tiada isu berbangkit pada hari pertama persekolahan.

4.        Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di bahagian 'Attachment' di bawah.

 

 Sekian terima kasih.

 

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

b/p Pengarah Pendidikan Perak

Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak

Tuan/Puan,

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN JAWATAN PENGETUA/GURU BESAR SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH NEGERI PERAK TAHUN 2014

Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan boleh dimuat turun di ruangan attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Negeri Perak.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 37 Tahun 2013 adalah berkaitan. Pekeliling ini mengenai imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahun 2013.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk mengemukakan 3 salinan penyata perubahan (kew.8) ini kepada Pihak Berkuasa Melulus dan bagi Sekolah Menengah Harian, ia hendaklah dikemukakan ke Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Perak pada atau sebelum 23 Disember 2013. Bagi penyediaan penyata perubahan (kew.8) tersebut, ruangan tarikh disediakan hendaklah dikosongkan.

Muat turun pekeliling dan panduan penyediaan di bawah.

 

TAHNIAH

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua Ketua Sektor,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak.

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah


Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan 
penukaran logo Kementerian Pendidikan Malaysia kepada logo baharu. Logo ini perlu digunakan mengikut ukuran sebenar dan sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan. Berikut dilampirkan rasional dan panduan identiti logo.

 

Semua,

Pengetua Sekolah Vokasional

Pengetua Kolej Vokasional

Negeri Perak

Tuan,

DATA BUKU TEKS DI SEKOLAH VOKASIONAL DAN KOLEJ VOKASIONAL

Sukacita merujuk perkara di atas.

Bersama ini dilampirkan surat dan borang maklumat buku teks yang tidak gunakan di sekolah tuan.

Sekian dimaklumkan,terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

 

Semua,

Pengetua Sekolah Menengah,

Guru Besar Sekolah Rendah

Negeri Perak.

 

Tuan,

PERSEDIAAN AWAL SEKOLAH BERKAITAN SKIM PINJAMAN BUKU TESK (SPBT)

Sukacita merujuk perkara di atas.

Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk tindakan tuan.

sekian dimaklumkan dan terima kasih.


UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Anggota Kumpulan Pelaksana/Staf yang terlibat,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
Pejabat Pendidikan Negeri Perak,
Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Perak.

Berikutan dari penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian kini sedang meneliti opsyen terbaik bagi penetapan Pihak Berkuasa Melantik dan Ketua Perkhidmatan bagi AKP di bawah Sektor Pelajaran.

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan awal berkenaan perkara ini.


Jawatan yang terlibat adalah dari skim berikut:

1) Pembantu Tadbir (P/O)

2) Pembantu Tadbir (Kewangan)

3) Pembantu Tadbir Rendah (KUP)

4) Pembantu Pengurusan Murid

5) Pegawai Khidmat Pelanggan

6) Penyelia Asrama

7) Pembantu Makmal

 

Justeru, tuan/puan yang berkenaan adalah sangat digalakkan menjawab soal selidik ini.

Soal Selidik

 

Pengisian Skor PKS-SKPM

 MAKLUMAN TERKINI

1. Merujuk Surat Siaran Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) bertarikh 22 November 2013, semua sekolah diminta untuk mengisi skor PKS-SKPM 2003 di Portal NKRA (http://nkra.moe.gov.my) mulai 9 Disember 2013. Surat siaran boleh di muat turun dalam portal eNazir (www.moe.gov.my/enazir).

2. Pengisian skor PKS-SKPM ke dalam portal adalah mengikut tarikh seperti berikut;

 

SEKOLAH

SKPM 2010

SKPM 2003

SEKOLAH RENDAH

1 November 2013 - 27 Disember 2013

9 Disember 2013 - 27 Disember 2013

SEKOLAH MENENGAH

1 Februari 2014 - 11 April 2014

1 Februari 2014 - 11 April 2014

 
   
 
   
 

Punca Maklumat adalah daripada: Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK)

Sekian, terima kasih.

 

Sektor Jaminan Kualiti,
Jabatan Pendidikan Perak


 

Melalui,
 
Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar
 
Tuan/Puan,
 
TEMUDUGA SEBAGAI CALON SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS PLUS (SIPartners+) DANSCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+) KOHORT 2
 
Dengan hotmatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak selaku urus setia Program Transfromasi Pejabat Pendidikan Daerah (GTP 2.0) mengucapkan tahniah kerana nama tuan/puan telah disenaraipendek untuk menghadiri temuduga sebagai calon SISC+ atau SIPartners+ Kohort 2. Senarai calon yang terpilih boleh dirujuk pada LAMPIRAN di bawah beserta tarikh, tempat dan sesi temuduga.
 
Tuan/Puan dimohon untuk hadir ke sesi temuduga tersebut seperti pada ketetapan berikut :
 
Tarikh
Masa/Sesi
Tempat
 
10 – 12 Disember 2013
 
8.15 Pagi dan 2.15 Petang
 
SMK Klian Pauh, Taiping
 
 
3.    Untuk makluman tuan/puan, temuduga ini bertujuan untuk memberi gambaran akan kesediaan tuan/puan kepada tugas dan tanggungjawab sebagai SISC+ dan SIPartner. Temuduga ini akan diadakan dalam 2 mod iaitu secara berkumpulan dan secara individu. Bagi tujuan temuduga, tuan/puan dimohon untuk membawa bersama-sama dokumen seperti dinyatakan dalam Lampiran 1.
 
4.         Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi En. Mahbud b. Abd. Fatahdi talian 05-2414000sambungan 112. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sila muat turun Lampiran 1 dan Senarai calon di bawah.
 
Sekian Terima Kasih.
 
 
Jabatan Pendidikan Perak
Jalan Tun Abdul Razak,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Semua Warga Pendidikan Perak (Pengguna Webmail KPM Lama)

Tuan/Puan,

MAKLUMAN : PENUTUPAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DAN PENERIMAAN INFRASTRUKTUR E-MEL KPM YANG LAMA

Sila rujuk pautan berikut -> Pengesahan ID emel 1GovUC untuk mendapatkan emel baharu.

Sekian, terima kasih.

Unit Perkhidmatan Teknikal,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Semua Pengetua
Semua Guru Besar
Negeri Perak

 

INSTRUMEN PEMANTAUAN PERSEDIAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014.

 

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa instrumen pemeriksaan persediaan sekolah akhir tahun untuk tindakan pihak tuan sebelum pemantauan oleh pegawai PPD, JPN dan KPM mulai 16hb hingga 27 Disember 2013.

3.         Sehubungan itu,  tuan/puan diminta melengkapkan borang yang dilampirkan dan diserah kepada pemantau semasa proses pemantauan dilaksanakan di sekolah tuan/puan. Kerjasama tuan/puan sangat diperlukan supaya perjalanan sesi penggal persekolahan 2014 berjalan dengan lancar dan tiada isu berbangkit pada hari pertama persekolahan.

4.        Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di bahagian 'Attachment' di bawah.

 

 Sekian terima kasih.

 

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

b/p Pengarah Pendidikan Perak

Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak

Tuan/Puan,

URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (KUMPULAN PELAKSANA) TAHUN 2013 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Semua Ketua Sektor,
Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak,

Tuan,

PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA34 (KUP) SECARA TIME BASED UNTUK MENGISI JAWATAN GURU BESAR TAHUN 2014 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Merujuk kepada perkara di atas, surat siaran berkenaan boleh dimuat turun di ruangan Attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

YBhg.Dato’/Tuan/Puan,

KURSUS GURU PEMULIHAN KHAS (GPM) LINUS 2.0 NKRA TAHUN 2013 (ZON TENGAH 2)

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan kursus untuk pemantapan dan peningkatan profesionalisme guru-guru pemulihan khas (GPML) mengikut zon/negeri seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana LINUS 2.0. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak yang berkenaan untuk hadir ke kursus tersebut seperti ketetapan yang berikut :

 

Tarikh

Tempat

Waktu Pendaftaraan

 

7 Hingga 10 Disember 2013 ( Sabtu – Selasa )

 

Hotel Putra Kuala Lumpur

Lot 149, Seksyen 87

Jalan Tun Razak

50050 Kuala Lumpur

 

 

12.30-2.00 petang (sabtu)

Slot pertama – 2.30 petang

 

 Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Saharim bin Shafie di talian 03-8884 1200 / 013-2651287

Untuk maklumat lanjut, senarai sekolah yang terlibat dan jadual kursus sila muat turun di bahagian 'attachments'

 

 

Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Sukacita merujuk perkara di atas, buku berkenaan boleh dimuat turun di pautan berikut :

BUKU MMI

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Akademik

Semua Pegawai ICT PPD

Semua Pengetua/Guru Besar

 

Tuan,

 

CAPAIAN SEMENTARA E-PRESTASIPERAK

Adalah dimaklumkan server aplikasi di Kementerian Pendidikan Malaysia sedang diselenggara. Sehubungan itu aplikasi e-PrestasiPerak boleh diakses di URL

http://apps2.moe.gov.my/eprestasi

 

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Jabatan Pendidikan Perak

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,

Semua Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC & SJKT),

Negeri Perak.

 

BAHAN RUJUKAN PELAKSANAAN  KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA (KPBM) TAHUN 4-6 DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJKC & SJKT) TAHUN 2014

Bahan-bahan Rujukan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (KPBM) Tahun 4-6 Di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) boleh dimuat turun di ruangan "Attachments".

Sekian, dimaklumkan.

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

 

Pengetua dan Guru Besar

Program Integrasi Pendidikan Khas

( seperti lampiran )

 

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM “ISLAMIC CARE” KEPADA IBU-BAPA, PENJAGA SERTA PEMBIMBING OKU DAN PENDIDIKAN KHAS

Dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak akan mengadakan Program “Islamic Care” kepada Ibu Bapa, Penjaga serta Pembimbing OKU dan Pendidikan Khas bagi tujuan untuk percambahan ilmu berkaitan dengan penjagaan dan kaedah ibadah kepada golongan-golongan istimewa seperti butiran berikut :

 

TARIKH

 

MASA

 

TEMPAT

 

30 NOVEMBER 2013 ( SABTU )

 

8.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

 

RTC GOPENG

DEWAN BANKUET, BANGUNAN PENGURUSAN TEMAN

KM16, KAWASAN PERINDUSTRIAN GOPENG 2

31600 GOPENG

 

 

Kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk membenarkan dua orang guru Pendidikan Khas dari setiap sekolah ke program tersebut

Segala tuntutan perbelanjaan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Makanan disediakan oleh pihak penganjur. Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Mohd Fauzi bin Mohd Ramli (016-549 6680 / 05-500 5191)

Untuk maklumat lanjut dan senarai sekolah yang terlibat sila muat turun di bahagian ‘attachments’

 

 

Calon-calon yang telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Sesi 2 Tahun 2013 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menyemak keputusan mereka selewat-lewatnya  disini pada 27 November 2013.

Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah


Tuan,

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU MAKMAL GRED C22 KE GRED C26 BAGI NEGERI PERAK, SELANGOR, KEDAH, KELANTAN DAN SARAWAK TAHUN 2013 DAN 2014 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah

Tuan,

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17 KE GRED C22 BAGI NEGERI PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PAHANG, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN, SARAWAK DAN SABAH TAHUN 2013 DAN 2014 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Merujuk kepada perkara di atas, surat siaran berkenaan boleh dimuat turun di ruangan Attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri Perak,

Penolong Pengarah Unit Perjawatan & Perkhidmatan,

Pegawai Eksekutif Tinggi Unit Perjawatan & Perkhidmatan,

Pegawai Eksekutif Kanan Unit Perjawatan & Perkhidmatan,

Pegawai Eksekutif Unit Perjawatan & Perkhidmatan

 

Tuan,

 

LAPORAN PERATUSAN PENGISIAN REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN BAGI JABATAN PENDIDIKAN PERAK, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH-SEKOLAH MENGIKUT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAGI BULAN SEPTEMBER 2013

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.                                                                                           

 

2.         Bersama-sama ini disertakan perkara berikut untuk perhatian dan tindakan  tuan selanjutnya.

2.1       Status data pengisian Rekod Peribadi di JPN, PPD & Sekolah sehingga 30 SEPTEMBER 2013;

2.2       Status data pengisian Profil Perkhidmatan di JPN, PPD & Sekolah sehingga 30 SEPTEMBER 2013;

2.3       Status data pengisian Rekod Peribadi di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mengikut PPD sehingga 30 SEPTEMBER 2013; dan

2.4       Status data pengisian Profil Perkhidmatan di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mengikut PPD sehingga 30 SEPTEMBER 2013.

 

3.         Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama  tuan untuk meningkatkan lagi peratus pengisian Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan untuk mencapai sasaran KPI 100 peratus bagi setiap elemen.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit HRMIS,

Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan,

Jabatan Pelajaran Perak

Semua
Pengetua Sekolah Menengah
Negeri Perak

PERMOHONAN PERTUKARAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH TERKAWAL JABATAN PENDIDIKAN PERAK 2014 

Maklumat mengenai Permohonan Pertukaran Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Terkawal Jabatan Pendidikan Perak 2014 boleh di muat turun di ruangan "Attachment" di bawah.

 

Sekian, dimaklumkan.

Penyelia (Pengurusan Murid) Sekolah Menengah

Unit Sekolah Menengah

Sektor Pengurusan Sekolah

 

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah Negeri Perak.
(Seperti dalam lampiran)

1. Semua urusan pembayaran perkhidmatan internet interim dan projek 1BestariNet bagi tahun 2013 akan diuruskan oleh pihak BTP dan rangkaian sebagaimana termaktub dalam Arahan Pegawai Pengawal 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

2. Sehubungan dengan itu, BTN Perak mengedarkan bil perkhidmatan internet dalam tempoh interim bagi bulan Oktober 2013 (bertarikh 1 November 2013) ke semua sekolah yang masih melanggan internet interim mulai hari ini secara pos.

3. Bagi sekolah yang aktif melanggan internet interim dan belum menerima perkhidmatan internet 1Bestarinet sila sahkan bil dan hantar semula ke BTPN Perak SERTA MERTA.

4. Bagi sekolah dalam proses penamatan internet interim, sila sahkan bil dan hantar semula ke BTPN Perak SERTA MERTA. Pastikan sekolah tidak lagi menerima bil internet interim selepas November 2013.

5. Bagi sekolah yang masih aktif melanggan internet interim dan telah menerima perkhidmatan internet 1Bestarinet sila sahkan bil dan hantar semula ke BTPN Perak SERTA MERTA. Pihak tuan diminta mengemukakan penamatan internet interim kepada pihak Internet Service Provider (ISP). Sekiranya pihak sekolah telah membuat penamatan, sila hubungi ISP supaya menamatkan perkhidmatan internet interim sekolah tuan.

6.  BTPN Perak akan menjelaskan semua bil pada 10 Disember 2013. Bil yang tidak diterima pada tarikh berkenaan tidak akan dibayar dan menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk menjelaskannya.

Sekian, harap maklum. 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH

Unit Perkhidmatan ICT,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. : 05 - 292 4933 sambungan 115

Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Seluruh Negeri Perak

 

PENGHANTARAAN SALINAN SLIP KEPUTUSAN UPSR TAHUN 2013

Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak memohon semua Program Pendidikan Khas Integrasi dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas yang mempunyai calon UPSR agar menghantar satu salinan keputusan peperiksaan berkenaan kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak.

Salinan slip berkenaan perlu dihantar pada atau sebelum 09 DISEMBER 2013. Maklumat ini penting untuk tujuan pengumpulan data dan analisa keputusan peperiksaan awam Pendidikan Khas negeri Perak.

Untuk maklumat lanjut sila klik di bahagian ‘attachments’

Semua PPD, Pengetua dan Guru Besar Negeri Perak

 

Semua PPP dan PPK diminta sentiasa merujuk pengumuman yang dipaparkan melalui portal ePrestasiPerak dari masa ke semasa. Sila muat turun dan cetak manual pengguna ePrestasiPerak 2013 untuk makluman dan rujukan tuan  di ruangan Attachments di bawah.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

KURSUS ASAS PELAKSANAAN INTERVENSI LINUS PENDIDIKAN KHAS GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH BIL 1/2013

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru akan mengadakan kursus untuk pemantapan dan peningkatan profesionalisme guru-guru pendidikan khas mengikut zon/negeri seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana LINUS NKRA. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama daripada phak yang berkenaan membenarkan guru-guru yang telah dikenal pasti (seperti dalam lampiran) untuk hadir ke kursus tersebut seperti tarikh dan ketetapan yang berikut :

 

TARIKH

 

TEMPAT

 

WAKTU PENDAFTARAAN

 

 

27 HINGGA 30 NOVEMBER 2013 ( RABU - SABTU )

 

SWISS-INN GARDEN

SUNGAI PETANI, KEDAH

NO.1 JALAN 0800

SUNGAI PETANI, KEDAH

 

 

12.00 TENGAH HARI – 2.30 PETANG ( RABU )

SLOT PERTAMA – 3.00 PETANG

 

(TIADA MAKAN TENGAH HARI SEMASA PENDAFTARAAN)

 

 

Semua peserta wajib membawa komputer riba serta peralatan kursus yang lain seperti lampiran. Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Saharim bin Shafie di talian 03-8884 1200 /HP-013-2651287

 

Untuk maklumat lanjut, senarai guru yang terlibat dan jadual kursus sila muat turun di bahagian ‘attachments’

 

 

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN NOVEMBER 2013 JABATAN PENDIDIKAN PERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan bagi bulan November 2013 Jabatan Pendidikan Perak akan dikelolakan oleh Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas seperti ketetapan berikut :

BIL

TARIKH

MASA

TEMPAT

TEMA

 

 

1

 

 

22 NOVEMBER 2013 ( JUMAAT )

 

8.00 PAGI

 

ATRIUM GEMILANG,

JABATAN PENDIDIKAN PERAK

 

 

PAKAIAN KEBANGSAAN

 

Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke majlis perhimpunan tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Untuk surat siaran, sila muat turun di bahagian ‘attachments’

* Hebahan ini turut dihantar melalui e-mel 1BestariNet sekolah.   
 
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak
(Penerima Perkakasan VDI Thin Client)
 
PROJEK PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER DENGAN PENYELESAIAN VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT – PENAMBAHBAIKAN MUTU KERJA PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN (PM) #1
NO. KONTRAK: KPM/36/2013/06/0005
 
Sukacita merujuk perkara di atas adalah berkenaan Skop Kerja PM #1 dan senarai ketua juruteknik yang akan mengelolakan kerja-kerja PM di sekolah tuan.
 
Surat siaran dan dokumen tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.
 
Sekian, terima kasih.
 
* Hebahan ini turut dihantar melalui e-mel 1BestariNet sekolah.   

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
Jabatan Pendidikan Perak
 

Mohon semua sekolah yang mempunyai Skim Tuisyen Felda (STF) dapat mengisi borang analisis markah UPSR yang disediakan.Sila hantar semula kepada saya di email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  .Terima kasih

Semua Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Negeri Perak.

 

Tuan,

PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1 MALAYSIA

Sukacita dipanjangkan dan dimaklumkan maklumat Permohonan Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia untuk pelajar miskin seluruh negara (Rujuk pada ruangan 'Attachment').

2.     Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang telah tamat persekolahan. Pihak sekolah diminta memaklumkan kepada pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran disebabkan masalah kewangan. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan ini hendaklah berhubung di talian 019-9152334 atau 012-9281085.

3.     Pihak urusetia memerlukan 480 orang permohonan lagi. Permohonan ini dilanjutkan sehingga 30 November 2013

Sekian, terima kasih.

 

Unit Hal Ehwal Murid,

Jabatan Pendidikan Perak

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak,

Tuan,

PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH MENGGUNAKAN INSTRUMEN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan boleh dimuat turun di ruangan Attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

Sektor Jaminan Kualiti,
Jabatan Pendidikan Perak

Semua Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Perak,
Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,
Semua Pengguna Emel Rasmi KPM

Tuan,

Pelaksanaan Migrasi Webmail KPM ke 1Govuc di bawah MAMPU

Merujuk perkara di atas KPM telah melaksanakan migrasi infrastruktur emel Kementerian sediaada  ke infrastruktur baru iaitu perkhidmatan 1GovUC bermula pada 11 November 2013. Perkhidmatan 1GovUC ini boleh dikategorikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu:  

·        Perkhidmatan Emel – iaitu Email/Calendar/Contact (Directory)  

·        Perkhidmatan UC – meliputi IM, Presence, Audio, Video, Web Conferencing serta Khidmat Suara & Telefoni

·        Perkhidmatan Telepresence – yang bersifat imersif dan kualiti Audio Video berdefinisi tinggi

Bagi perkhidmatan Emel KPM, semua pengguna diminta membuat semakan id baharu mengikut langkah berikut :

A)     Akses ke Portal  Pengguna IPMS –  https://ipms.1govuc.gov.my/user dan pilih butang SEMAK LOGIN ID 1GovUC ANDA..

B) Paparan seperti di bawah akan terpapar.


C)     Masukkan alamat emel sediada (contoh : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau no Kad Pengenalan dan masukkan kod yang tertera di atas butang dapatkan login ID . Kemudian klik butang Dapatkan Login ID .



D)     Login ID 1GovUC akan dipaparkan.


Jika id masih belum wujud, sila isikan maklumat di template yang disediakan di ruangan attachment di bawah dan emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Bagi yang berjaya mendapatkan id anda, boleh layari link berikut untuk mengakses webmail 1GovUC https://webmail.1govuc.gov.my/owa .

Masukkan ID baharu tadi di ruangan "Domain\user name:" dan masukkan Password: (Default Password boleh didapati di Unit ICT masing-masing) . Kemudian tekan Sign In.

Ciri-ciri webmail 1GovUC adalah sama seperti webmail KPM sebelum ini. Pihak tuan masih boleh mengakses webmail KPM yang lama (@moe.gov.my) bagi merujuk emel-emel lama. Walaubagaimanapun proses penghantaran dan penerimaan emel bagi emel lama telah dihentikan.

Format emel baharu :

Emel lama   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Emel baharu : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  (Masih KEKAL dengan emel lama. Hanya login id yang berbeza)

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perkhidmatan 1GovUC, tuan boleh layari portal www.1govuc.gov.my .

Sebarang pertanyaan berkenaan webmail, mohon emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  .

Unit Perkhidmatan Teknikal,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah
Menengah dan  Rendah  Negeri Perak

Tuan,

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN JAWATAN PENGETUA/GURU BESAR SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH NEGERI PERAK TAHUN 2014

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Mohon muat turun surat berkaitan di ruangan attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak
(Penerima Perkakasan Chromebook)
 
PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER SECARA KONSEP MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH MENGGUNAKAN PERKAKASAN NOTEBOOK DENGAN SISTEM OPERASI CHROMEBOOK 
NO. KONTRAK: KPM/36/2013/06/0003
 
Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.
 
** SILA AMBIL PERHATIAN SURAT INI ADALAH MAKLUMAN SYARIKAT YTLC PERLU TURUN KE SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK MENDAPATKAN SEMULA TANDATANGAN SAP DAN SPP DENGAN TAJUK DAN NOMBOR KONTRAK YANG BETUL (MESTI SELESAI SEBELUM 27 NOVEMBER 2013)
 
Sekian, terima kasih.
 
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
Jabatan Pendidikan Perak
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak
(Penerima Perkakasan VDI Thin Client)
 
PROJEK PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER DENGAN PENYELESAIAN VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT – PENAMBAHBAIKAN MUTU KERJA PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN (PM)#1 
NO. KONTRAK:KPM/36/2013/06/0003
 
Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.
 
** SILA AMBIL PERHATIAN SURAT INI ADALAH MAKLUMAN KEBENARAN KEPADA SYARIKAT BITARA INDUK SDN BHD MEMASUKI PREMIS SEKOLAH UNTUK MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN MUTU KERJA PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN (PM)
 
Sekian, terima kasih.
 
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
Jabatan Pendidikan Perak

Semua,

Pengetua Sekolah Menengah,

Guru Besar Sekolah Rendah,

Negeri Perak.

 

Tuan,

PEMBEKALAN BUKU TEKS TERBITAN BAHARU KEGUNAAN TAHUN 2014

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian,terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

GURU BESAR

(seperti lampiran)

 

Tuan,

PEMBEKALAN BUKU TEKS BAHASA SEMAI TAHUN 4 KEGUNAAN 2014

Sukacita merujuk perkara di atas. Surat dan lampiran untuk makluman dan tindakan tuan.

sekian,terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Pengetua/ Guru Besar Negeri Perak,

Jabatan Pendidikan Perak telah mula menerima aduan menerusi panggilan telefon dari pentadbir sekolah/ Guru/ Juruteknik berkaitan surat arahan penggunaan e-mel 1BestariNet sebagai e-mel rasmi sekolah mulai Januari 2014. Berikut beberapa isu yang dibangkitkan;

1. Isu Alasan Ketiadaan Talian Internet 1BestariNet:

Untuk makluman, e-mel 1BestarNet boleh diakses dengan menggunakan apa sahaja kemudahan akses internet sama ada talian 1BestariNet, SchoolBroadband, Streamyx, Broadband (Maxis, Celcom, Digi, dll) atau apa-apa talian dari Internet Service Provider (ISP) lain. Jadi tidak timbul masalah e-mel 1BestariNet tidak boleh diakses hanya kerana tiada talian 1BestariNet. Selagi ada akses talian internet dimana-mana, e-mel 1BestariNet ini boleh diakses di mana jua termasuklah di luar negara.

2. Isu Sekolah Tiada Akaun E-mel 1Bestari:

Sekolah mengadu tiada akaun e-mel 1Bestari. Untuk makluman semua pentadbir, semasa taklimat kali pertama berkaitan pelaksanaan 1BestariNet dan VLE kepada semua sekolah oleh JPN/PPD sejak 2012, semua sekolah telah dimaklumkan akaun e-mel 1BestariNet ini. Bagi sekolah yang TERLUPA katalaluan e-mel ini, sila HUBUNGI Penolong PPD Pengurusan Akademik, PPD masing-masing untuk dapatkan Nama Pengguna (ID) dan Katalaluan.

3. Isu Guru Data/ Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT atau Juruteknik Telah DIARAH semak e-mel:

Kepada semua Pengetua/ Guru Besar, mohon kerjasama agar e-mel rasmi sekolah disemak  oleh Pembantu Tadbir (yang berada dalam pejabat) mulai jam 8.00 pagi dan jam 2.00 petang setiap hari bekerja. Elak dari memberi arahan kepada guru/juruteknik menyemak e-mel rasmi sekolah kerana e-mel adalah berkaitan pengurusan Pekhidmatan dan Pentadbiran (PdT) sekolah. Perlu dijelaskan ada ketika e-mel bersifat RAHSIA/ SULIT/ TERHAD.

Untuk elak kekeliruan, dimaklumankan semula 1BestariNet mengandungi 2 komponen utama (yang dibayar oleh kerajaan Malaysia setiap bulan) iaitu;

    3.1. Kemudahan Talian Internet 4G dan E-mel 1BestariNet kepada semua sekolah (PdT).
    3.2 Pembelajaran maya (Frog VLE) untuk semua Guru, Murid dan IbuBapa/ Penjaga (PdP).

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

Pelaksanaan Aplikasi ePrestasiPerak bagi Tahun 2013

Sukacita saya merujuk perkara di atas, Aplikasi ePrestasiPerak bagi pengisian markah Nilaian Prestasi semua pegawai/staf di JPN/PPD/Sekolah negeri Perak kini boleh diakses mulai 15 November 2013.

1) Aplikasi ePrestasi kini dikenali sebagai ePrestasiPerak bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dengan sistem ePrestasi yang dibangunkan oleh KPM.

2) Pihak tuan boleh mengakses aplikasi melalui URL berikut :

http://jpn.moe.gov.my/perak/eprestasi/

3) Taklimat akan dilaksanakan oleh pegawai ICT PPD masing-masing mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. ID Pengguna dan kata laluan bagi setiap sekolah akan dibekalkan semasa taklimat tersebut dijalankan.

4) Sebarang masalah berkaitan aplikasi ePrestasiPerak mohon hubungi pegawai ICT PPD masing-masing atau Unit Naik Pangkat, Jabatan Pendidikan Perak.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pendidikan Perak

Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,

Tuan

MAKLUMAT PERKHIDMATAN BAGI URUSAN PERTIMBANGAN PEMANGKUAN JURUTEKNIK KOMPUTER (JTK) GRED FT17 KE GRED FT22 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN

Merujuk perkara di atas, surat siaran boleh dimuat turun di ruangan attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

1.Sebagaimana YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, transformasi pendidikan memerlukan barisan kepimpinan pada peringkat JPN dan PPD berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya untuk memimpin dan mengurus sumber dengan baik ke arah peningkatan prestasi sekolah seperti yang dihasratkan dalam Anjakan 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan.

2.Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpul maklumat untuk membangunkan satu pangkalan data bagi kumpulan kepimpinan pada pelbagai peringkat Kementerian di seluruh negara.

3.Tujuan utama inisiatif ini ialah untuk membolehkan Kementerian mengenal pasti tahap keupayaan dan kecekapan pegawai bagi kumpulan kepimpinan. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk menyediakan profil kepimpinan dan pembangunan kerjaya pegawai di JPN dan PPD pada masa hadapan.

4.Untuk itu, Kementerian akan menjalankan proses mengenal pasti Profil Kepimpinan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan kumpulan kepimpinan.

5.Sila rujuk lampiran berikut untuk lebih maklumat (sila lihat di ruangan muat turun di bawah):

  • Surat Siaran
  • FAQ
  • Kompetensi Fungsian

6.Lengkapkan borang secara atas talian pada link berikut

Untuk maklumat mengenai Kumpulan 1 and Kumpulan 2, sila rujuk Surat Siaran dan FAQ.

7.Sila muat turun borang di ruangan muat turun di bawah (hanya untuk Kumpulan 2)

8.Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia

No. Telefon: 03-88847930 / 03-88721417

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

Semua Pegawai Pendidikan Daerah, 
Negeri Perak.

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Negeri Perak.

Surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KP(PP)0053/7 Jld.14(30) bertarikh 1 November 2013 adalah berkaitan. Surat ini memaklumkan mengenai pemberhentian BISP yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Muat turun untuk berita selanjutnya.

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA TARIKH PENYERAHAN DAN PENGUMPULAN DATA SEGAK DILANJUTKAN BAGI MEMUDAHKAN GURU-GURU YANG BERKAITAN MELALUI PIHAK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH SELURUH NEGERI PERAK MENGHANTAR DATA SEGAK SEKOLAH .

DATA SEGAK HENDAKLAH DIHANTAR SECARA 'soft copy'  DAN 'hard copy'  KEPADA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MASING-MASING PADA ATAU SEBELUM 15 NOVEMBER 2013.

DATA YANG DIPOHON  : SEKOLAH RENDAH         ( TAHUN 4 , 5 dan 6 )

                                 : SEKOLAH MENENGAH     ( TINGKATAN 3 , 4 dan 5 )


PENGHANTARAN DATA MELALUI DAERAH:

BATANG PADANG      : EN.KHAMDAN BIN ISKANDAR  ( Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin-top:0in; mso-para-margin-right:0in; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin;} Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
MANJUNG                   : EN.MOHD FADZIL BIN ISMAIL (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

KINTA UTARA             : EN.FAZUL BIN YUSOF (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

KINTA SELATAN     : EN.AHMAD ZAFIAN RIDZUAN BIN ZAKARIA (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

KERIAN                    : EN.HASSAN BIN IBRAHIM (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

KUALA KANGSAR : EN.AZHAN BIN SHUKRI (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

HILIR PERAK           : EN.NOR AZAM BIN MAT ISA (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

LMS                           : EN.REDZUAN BIN MOHAMED (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

HULU PERAK           : EN.ABD AZIZ BIN ARSHAD (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

PERAK TENGAH     : EN.IZAMUDIN BIN ISMAIL (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

LAYARI LAMAN SESAWANG BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU BAGI PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS SECARA ONLINE  http://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2013  ATAU 'walk in' SECARA MENDAFTAR TERUS DI PUSAT LATIHAN GURU DALAM PERKHIDMATAN SUNGAI BULOH,HUTAN MELINTANG.

KURSUS BERMULA 11 NOVEMBER 2013

Semua PPD,
Semua SMK Harian,

 

 

PROSES PENGEMASKINIAN DAN VERIFIKASI MAKLUMAT DI SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL E-OPERASI

 

1

Data berakhirpada 31 Oktober2013

1.    Sekolah : Mulai 8 Nov 2013 hingga 15 Nov 2013

 

1.1   Pihak sekolah perlu memastikan semua guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) menyemak, mengemaskini dan mengesahkan maklumat masing-masing menggunakan     "IDpengguna” dan “katalaluan” masing-masing. Guru dan AKP berkenaan perlu berhubung dengan PK1 bagi mengemaskini maklumat terkawal jika terdapat perubahan atau pindaan.

1.2   Penolong Kanan 1 dan PembantuTadbir (Pengurus Data) perlu mengemaskini maklumat kelas, enrolmen, penawaran subjek elektif yang terkini. Semakan dan mengemaskini maklumat guru.

1.3   Pengetua/Guru Besar perlu membuat pengesahan maklumat pada atau sebelum 15 Nov 2013.

1.4   Pihak sekolah perlu mencetak dan menghantar BSKG berserta surat iringan ke PPD pada atau sebelum 18 Nov 2013

2.    PPD : Mulai 15 November hingga 24 November 2013

 

2.1   Pihak PPD perlu membuat verifikasi maklumat guru, enrolmen, kelas dan penawaran subjek.

2.2   Memastikan semua medan dilengkapkan oleh pihak sekolah.

2.3   Memastikan sekolah membetulkan maklumat di modul jika terdapat sebarang ralat.

2.4   Membuatpengesahan di modul.

3.    JPN : Mulai 15 November hingga 24 November 2013

 

3.1   Memastikan tiada ralat dan semua medan dikemaskini oleh PPD/Sekolah.

3.2   Memastikan PPD/Sekolah membetulkan dan mengemaskini maklumat jika terdapat maklumat yang tidak tepat atau tidak diisi.

3.3   Menyemak pengisian perjawatan mematuhi waran perjawatan.

3.4   Pelaporan pengisian tepat seperti kedudukan sebenar di sekolah dan PPD.

3.5   Melaksana verifikasi maklumat peringkat PPD.

3.6   Membuat pengesahan di modul

4.    KPM (BPSH & BPSM) : Mulai 25 November hingga 28 November 2013

4.1   Melaksana semakan, verifikasi dan kelulusan.

4.2   Menyemak pelaporan dan ralat jika ada.

4.3   Pelaporan menepati kelulusan waran perjawatan

4.4   Stamp data

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekian, terima kasih.

Penyelia Sekolah Menengah (Data & ABM)

Unit Sekolah Menengah

Sektor Pengurusan Sekolah

 

 

 

 

 

 

 

 

PPD,

BAHAN TAKLIMAT SYARAT BAHARU PENGETUA DAN GURU BESAR (PGB) SERTA PELAKSANAAN MODUL PENGGANTIAN PEMIMPIN SEKOLAH

 
Merujuk kepada TAKLIMAT SYARAT BAHARU PGB SERTA PERLAKSANAAN MODUL PENGGANTIAN PEMIMPIN SEKOLAH pada 11 November 2013 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPN Perak, tuan /puan boleh memuat turun bahan pembentangan berikut di sini.
 

 

 
Terima Kasih
 
Penolong Pengarah (Pengurusan Data & ABM)
 
Unit Sekolah Menengah
 
Sektor Pengurusan Sekolah

 

Semua Warga Pendidik Negeri Perak

Tuan / Puan,

Hebahan Sektor Psikologi dan Kaunseling : KEBIJAKSANAAN BERHEMAT

Hebahan berkenaan boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Sektor Psikologi dan Kaunseling.

 

Semua Pegawai Pendidikan Daerah 
 
Semua Pengetua/Guru Besar 
Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak
 
Tuan/Puan,
 

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SEMUA ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (KUMPULAN PELAKSANA) DALAM SISTEM KENAIKAN PANGKAT (EPANGKAT), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan,
Jabatan Pendidikan Perak

 

Mohon rujuk pengumuman dalam Portal EMIS online.

"Semua Guru Data atau Penyelaras Integrasi dimohon untuk membuat pengemaskinian murid inklusif dalam modul Murid Berkeperluan Khas (jika ada) mengikut manual yang disediakan. Muat turun manual. Data ini amat penting bagi Inisiatif PPPM - Meningkatkan Enrolmen Inklusif yang dikendalikan oleh BPKhas."

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak.

Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,
Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak,

Tuan,

PROGRAM PROJEK INOVASI DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH MENENGAH

Merujuk perkara di atas, surat siaran beserta Garis Panduan berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Kokurikulum,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan.

Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,
Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak,

Tuan,

WARAN PERUNTUKAN KECIL (OS42000) UNTUK PROGRAM PENGENALAN KHIDMAT MASYARAKAT SEBAGAI SYARAT GRADUAT PENDIDIKAN MENENGAH

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Surat siaran beserta garis panduan pelaksanaan program berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Kokurikulum,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan.

Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,

Tuan,

PINDAAN SURAT PERWAKILAN KUASA PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI BAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP11)

Merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan perkara tersebut boleh dimuat turun di ruangan attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pendidikan Perak.

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah Negeri Perak.
(Seperti dalam lampiran)

1. BTPN Perak mendapati bahawa pihak sekolah telah menandatangani User Acceptance Test (UAT) perkhidmatan internet di bawah Projek 1BestariNet seperti tarikh dinyatakan dalam Lampiran 1.

2.Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk menamatkan perkhidmatan internet interim dalam tempoh 30 hari selepas UAT ditandatangani.

3.Adalah menjadi tanggungjawab pihak tuan untuk menjelaskan pembayaran perkhidmatan tersebut sekiranya pihak tuan enggan membuat penamatan. 

Sekian, harap maklum. 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH

Unit Perkhidmatan ICT,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. : 05 - 292 4933 sambungan 115

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Tuan/puan

MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH ASRAMA SELURUH NEGERI PERAK

Untuk makluman, pihak sekolah tidak perlu membuat pemulangan BMA seperti mana surat makluman pelarasan 2013 yang telah diedarkan ke sekolah. Pihak sekolah diminta untuk menyemak semula baki peruntukan 20% serta pelarasan BMA tahun 2013 yang telah dimasukkan ke akaun sekolah masing-masing dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak

Tuan,

Aplikasi SPS adalah satu pangkalan data yang akan menjadi primary data source di sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan pembangunan aplikasi yang dibangunkan pada masa akan datang oleh mana-mana pihak perlu berintegrasi dengan pangkalan data ini bagi mengelakkan kemasukan data yang sama berulang kali.

Oleh itu, pihak tuan perlu memastikan penggunaan 6 modul SPS dilaksanakan sepenuhnya pada atau sebelum 30 November 2013.

Muat turun surat siaran : PENGUMPULAN DATA DAN PENGISIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Pengetua /  Guru Besar

(Seperti lampiran )

 

JEMPUTAN LATIHAN PENGENALAN PROGRAM KESENIAN “ ARTS FOR SKILL “ DAN “ PLAY TO TREAT “ KEPADA GURU-GURU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

 

Dengan ini dimaklumkan bahawa Rehada Consultancy akan menganjurkan latihan seni seramik (teknologi dari Jepun) kepada dua orang guru dari setiap Program Pendidikan Khas Integrasi seperti ketetapan berikut :

Tarikh

Masa

Tempat

12 November 2013 ( Selasa )

2.00 Petang

Dewan Terbuka SK Pendidikan Khas, Ipoh

 

Kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk membenarkan guru dari sekolah tuan untuk hadir ke program di atas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Ramli b Hj Abu Itam ( Pen Pengarah Kokurikulum Kesenian )

di talian 05-501 5150 / 019 – 577 4207

 

Untuk maklumat lanjut dan lampiran sila klik di bahagian ‘attachments’

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Perak,

Tuan,

HARI PROFESIONALISME NEGERI PERAK:PEMBELAJARAN ALAF BARU MELALUI 1BESTARINET VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (FROG VLE) NEGERI PERAK 2013

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk dan pihak tuan boleh memuat turun surat serta dokumen berkaitan di ruangan Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Perak

Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data,

Sukacita dimaklumkan, BPPDP, KPM telah melaksanakan penambahbaikan terhadap maklumat Bilik dalam EMIS Online. Setiap bilik hendaklah dinyatakan keadaan FIZIKAL dan PENDAWAIAN masa kini.

Sebagai contoh, jika sesebuah sekolah itu mempunyai 12 buah bilik darjah, sila nyatakan berapa buah dalam keadaan Baik, Sedehana, Rosak Sedikit atau Rosak Teruk. Jika semua keadaan FIZIKAL Baik, maka nyatakan BILANGAN BILIK seperti berikut;

Baik = 12

Sederhana = 0

Rosak Sedikit  = 0

Rosak Teruk = 0

Jika salah sebuah bilik ini keadaaan PENDAWAIAN pula Rosak Teruk maka kunci masuk BILANGAN BILIK seperti berikut;

Baik = 11

Sederhana = 0

Rosak Sedikit  = 0

Rosak Teruk = 1

Lihat HASIL seperti contoh gambarajah di bawah:

AuditFizikalEMIS

 

PERINGATAN :

1. JANGAN masukkan kod keadaan. Masukkan BILANGAN BILIK.

2. JANGAN biarkan ruang tidak berisi. Sila isi Angka 0 (Kosong) pada ruang tidak berkenaan seperti gambarajah di atas..

Untuk kemaskini maklumat ini, sila klik Menu Bilik - Klik Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/ Bangunan Khusus - Klik Kemaskini (Ikon Pensil) - kunci masuk bilangan bilik mengikut tahap FIZIKAL dan PENDAWAIAN diakhiri dengan klik butang SIMPAN. Maklumat yang sah dan terkini sangat diperlukan untuk tujuan audit data keadaan Fizikal dan Pendawaian semua sekolah. Sila kemaskini untuk semua jenis bilik PADA ATAU SEBELUM 6 NOVEMBER 2013.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Semua Penolong Kanan Kokurikulum /

Guru Kanan Kokurikulum,

Sekolah-sekolah Rendah Negeri Perak

Tuan,

TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) KEPADA GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM / GURU KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan taklimat di atas seperti ketatapan berikut:-

 

Tarikh

Tempat

Masa

Daerah Terlibat

2.1.

07/11/2013

(Khamis)

DEWAN MAKAN ASRAMA, SMK GERIK, GERIK

8.00 pagi –

1.00 petang

HULU PERAK

2.2.

07/11/2013

(Khamis)

AKADEMIK PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA, BATU GAJAH

8.00 pagi –

1.00 petang

PERAK TENGAH

MANJUNG

2.3.

08/11/2013

(Jumaat)

AUDITORIUM KOMLEKS PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH KAMPAR, JALAN ISKANDAR, KAMPAR

8.00 pagi –

1.00 petang

KINTA UTARA

KINTA SELATAN

2.4.

08/11/2013

(Jumaat)

AUDITORIUM KOLEJ ISLAM SULTAN AZLAN SHAH, KUALA KANGSAR

8.00 pagi –

1.00 petang

KUALA KANGSAR

LARUT MATANG DAN SELAMA

KERIAN

2.4.

08/11/2013

(Jumaat)

SMK SERI PERAK, TELUK INTAN

8.00 pagi –

1.00 petang

HILIR PERAK

BATANG PADANG

 

Semua Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Kanan Kokurikulum sekolah-sekolah rendah negeri Perak dijemput hadir ke program tersebut. Kehadiran Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Kanan Kokurikulum / wakil adalah wajib.

 

Surat siaran dan jadual kursus yang berkenaan boleh dimuat turun di ruangan Attachments.

 

Sekian, terima kasih.

 

Sektor Pengurusan Penilaian Dan Peperiksaan

Jabatan Pendidikan Perak

Semua Pengetua/Guru Besar

Sekolah Negeri Perak

 

Tuan,

BAHAN KURSUS PENGURUSAN SPBT BIL 2/2013

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan bahan kursus untuk Penyelaras SPBT Sekolah.

Sekian,terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Semua Penolong Akauntan Daerah

 

MAKLUMAT STATUS PERLUASAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)

2.      Adalah dimaklumkan Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Program Perluasan Sistem eSPKWS kepada sekolah-sekolah di bawah KPM dan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab untuk memastikan sistem tersebut digunapakai sepenuhnya oleh semua sekolah di bawah seliaan masing-masing mulai tahun 2014.

3.     Sehubungan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah dipohon untuk memberi maklumat status terkini bagi Pelaksanaan Perluasan Sistem eSPKWS di sekolah-sekolah dan kesediaan sekolah-sekolah menggunakan sistem ini pada tahun 2014 dengan melengkapkan borang seperti di Lampiran A.

4.      Bersama-sama ini disertakan surat dari Bahagian Akaun KPM dan surat siaran dari Unit Akaun JPN Perak untuk tindakan Tuan/Puan.

Semua Pengetua/ Guru Besar, Guru Data dan Pembantu Tadbir,

Salah satu punca BILANGAN ralat EMIS Online berbeza antara sekolah, PPD dan JPN ialah terdapat kes penggunaan nombor Fail Peribadi (FP), Gaji dan KWSP berulang (Duplicate) iaitu satu nombor digunapakai lebih seorang di sekolah yang sama atau berbeza.

Sehubungan itu, mohon semua Pembantu Tadbir dan Guru Data yang terlibat menyemak dan membetulkan kembali nombor ini dalam EMIS Online. Antara tindakan:

1. Kes Nombor FP "Duplicate" : Hubungi Unit Fail di JPN untuk pengesahan. Sila pastikan hanya 1 nombor digunapakai oleh seorang Guru/Staf. KOSONGKAN data jika masih belum terima,

2. Kes Nombor Gaji "Duplicate : Hubungi Unit Kewangan (5015096), JPN Perak.

Unit Pengurusan Maklumat berharap masalah ini dapat diselesaikan dan dikemaskini dalam EMIS Online pada kadar segera.

Nombor FP betul akan digunapakai untuk cetakan Surat Pergerakan Gaji 2014 nanti. Muat turun fail dimaksudkan untuk rujukan dan tindakan tuan.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat, JPN Perak

Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Negeri Perak

 

LAPORAN LADAP KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENDIDIKAN KHAS TAHUN 4 NEGERI PERAK

Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak memohon semua Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran dan Bermasalah Pendengaran) yang terlibat dengan kursus berkenaan agar dapat menjalankan kursus dalaman di peringkat sekolah.

Laporan lengkap kursus berkenaan perlu dihantar pada atau sebelum 30 November 2013 kepada Penolong PPD Pendidikan Khas di daerah masing-masing seperti format yang dilampirkan.

( Sila rujuk Lampiran A )

Untuk maklumat lanjut sila muat turun di bahagian attachments

Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data

Memandangkan hari ini adalah HARI TERAKHIR kerja-kerja semakan ralat data EMIS Online, pemantauan yang dilakukan ke atas data semasa mendapati masih terdapat sekolah YANG BELUM SIAP SEMAKAN RALAT. Berikut adalah senarai sekolah tertinggi bilangan ralat. 

Bilangan Ralat Ikut Sekolah

Sumber: EMIS Online 31 Oktober 2013 jam 8.00 pagi

 

BIL KodSekolah NamaSekolah BilRalat
1 AFT4005 MADRASAH   IDRISIAH - BARU BEROPERASI OKTOBER 2013 1207
2 AHA4002 SM   VOKASIONAL KUALA KANGSAR 364
3 AEA2064 SMK   SENTOSA 336
4 AEE2072 SMK   DATO' BENDAHARA C M YUSUF 311
5 AKE6159 SM   TEKNIK TAIPING 308
6 ABA2030 SK   TOH INDERA WANGSA AHMAD 269
7 ABA0120 SK   SERI BESOUT 257
8 AEA2065 SMK   RAPAT SETIA 254
9 AEB3044 SMK   BAGAN SERAI 253
10 AFT6004 MAAHAD   AL TARBIAH AL ISLAMIAH 249
11 AEA2302 SMK   ULU KINTA 217
12 AFT4004 MAAHAD   AL YAHYAWIAH 209
13 ABA6009 SK   TAIPING 203
14 ABC3055 SJK(C)   TONG WAH 196
15 AFT4001 SM AGAMA AD-DINIAH AL-ISLAMIAH 194
16 ABC5085 SJK(C)   SAN MIN 1 192
17 AEA0043 SM   SAINS TAPAH 186
18 AEB2065 SMK   YUK KWAN 177
19 ABD1073 SJK(T)   MAHA GANESA VIDDYASALAI 175
20 AEE8701 SMK   ISKANDAR SHAH 174
21 AEA6159 SMK KAMPONG PERAK - BARU BEROPERASI OKTOBER 2013 173
22 ABC2100 SJK(C)   YUK CHOY 172
23 ABA3025 SK   TANAH KEBUN 167
24 ABA3040 SK   BARU PARIT BUNTAR 164
25 ABA6054 SK   AYER PUTEH 161
26 AEE3045 SMK   MUDZAFFAR SHAH 158
27 ABA8221 SK   LAYANG-LAYANG KANAN 147
28 ABB2095 SK   METHODIST (ACS) 145
29 ABA0013 SK   BATU TUJUH 141
30 ABA4035 SK   RKT LASAH 137
31 ABA2004 SK   TAMBUN 137

Pemantauan juga mendapati masih terdapat ralat yang sebenarnya boleh diperbetulkan. Kepada yang belum siap, sila teruskan kerja kemaskini data.

Sila muat turun bilangan ralat ikut sekolah pada pautan di bawah. Disertakan juga Laporan Aktiviti Login EMIS oleh Guru Data sepanjang 10 bulan 2013 untuk makluman semua.

Kepada semua pihak yang menjayakan kutipan data EMIS Online Oktober 2013 diucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Pengetua / Guru Besar yang terlibat,
 
Tuan / Puan,
 
Rintis Tinjauan Audit Infrasturktur Sekolah untuk Perlaksanaan Inisiatif Menaik Taraf Semua Sekolah bagi Mencapai Standard Garis Asas Infrastruktur dan Inisiatif Menukar Sekolah Padat Menjadi Sekolah Satu Sesi.
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Pendidikan (BPPDP) akan melaksanakan Rintis Tinjauan Audit Infrasturktur Sekolah untuk Perlaksanaan Inisiatif Menaik Taraf Semua Sekolah bagi Mencapai Standard Garis Asas Infrastruktur dan Inisiatif Menukar Sekolah Padat Menjadi Sekolah Satu Sesi di sekolah-sekolah terpilih (seperti di bawah) mulai 28 Oktober 2013 hingga 8 November 2013.
 
3.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu bersedia dengan menyediakan guru-guru dan murid-murid bagi membantu pasukan pemantau menjalankan tinjauan, iaitu:
             i.  Guru dan untuk semakan data EMIS;
             ii.  dua orang pentadbir, lima orang guru dan lima orang murid (Tahun     
                 6/Tingkatan 4) untuk menjawab soal selidik.
 
4.   Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Makheran binti Asaron di talian 03-8884 6332 / 013-6704424 atau YBhg Datin Hiriyati binti Abd. Ghalib di talian 03-8884 6329 / 019-3804477.
 
5.   Kerjasama dan komitmen pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Senarai Sekolah yang Terlibat:
 
1.       SMK Temenggong (AEA4083)
2.       SMK Clifford (AEE4070)
3.       SMK Sultan Muzafar Shah 1 (AEA8002)
4.       SMK Tasek Damai, Ipoh (AEA2054)
5.       SK Lintang (ABA4042)
6.       SK Laksamana, Kuala Sepetang (ABA6003)
7.       SK Parit (ABA8216)
8.       SK Sungai Rokam, Ipoh (ABA2003)
 
 
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Sektor Pengurusan Sekolah
 

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM

Merujuk kepada perkara di atas, ucapan tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Perhubungan & Pendaftaran,
Sektor Pengurusan Sekolah

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

Ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali Daripada Pengarah Pendidikan Perak

Merujuk kepada perkara di atas, ucapan tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Perhubungan & Pendaftaran,
Sektor Pengurusan Sekolah

Kepada semua Guru Data Negeri Perak.

1. Sila teruskan kerja kemaskini data EMIS Online sehingga 31 Oktober 2013. Hantar semua cetakan yang dimaksudkan ke PPD pada atau sebelum 31 Oktober 2013.

2. Sila pindahkan data Guru/Staf yang berpindah ke sekolah baharu September dan Oktober 2013.

3. Sila terima masuk data Guru/Staf berpindah dan kemaskini data tersebut.

Bagi Guru Data yang hadapi masalah "DEBUG" semasa proses semakan, serta Ralat Matapelajaran Elektif, dinasihatkan MUAT TURUN dan INSTALL semula Utiliti Semak Ralat EMIS versi 5.2.4 mulai sekarang. Utiliti telah dikemaskini berdasarkan aduan yang diterima.

Muat turun Utiliti   Di Sini

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan MAklumat (ICT), JPN Perak

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPA Bil. 21 Tahun 2013 Pada 2 Oktober 2013 Memutuskan Supaya Diadakan Pengujian HRMIS User Stress Test Yang Terakhir. Sehubungan Dengan Itu, Kerjasama Tuan/ Puan Adalah Dipohon Untuk Sekali Lagi Membantu Dan Melipatgandakan Usaha Menyebarkan Dan Melaksanakan Aktiviti Ini Pada Tarikh Dan Masa Seperti Berikut:

Tarikh : 29 Oktober 2013 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang Hingga 5.30 Petang

Tindakan Pemilik Kompetensi:
i. Mengisi LNPT-Bahagian II Kegiatan dan Sumbangan di luar tugas rasmi/ Latihan
ii. Mengemaskini Modul Pengurusan Rekod Peribadi iaitu di SubModul Rekod Peribadi
masing-masing
iii. Membuat sebarang transaksi di dalam modul lain dalam tempoh masa tersebut (Cth: permohonan cuti, tuntutan, dll.)

Tindakan Pentadbir HRMIS:
Memastikan pengisian maklumat kegiatan, sumbangan dan latihan di dalam LNPT,
aktiviti tambahan iaitu pengemaskinian maklumat rekod peribadi dan urusan transaksi
lain dibuat semasa tempoh 3 jam tersebut.

 

Untuk makluman tuan/puan juga, butang HANTAR dalam submodul LNPT akan dinyahaktifkan (Disable) pada hari tersebut.

Kerjasama tuan/puan dalam memastikan kejayaan aktiviti pengujian HRMIS User Stress Test ini amatlah dihargai.

 

* Yang terlibat hanya peringkat JPN dan PPD sahaja.

29 Oktober 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor

Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Muat Turun Senarai Nama Peminjam Tegar di ruangan Attachment

Sekian, terima kasih.

 
Diterbitkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan

emua Pengetua,
Sekolah Menengah, Negeri Perak.

LATIHAN PENGUKUHAN 7 & 8 BAHASA MALAYSIA BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Task Force mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013, Jabatan Pelajaran Perak telah menyediakan bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru Bahasa Malaysia di semua sekolah menengah.

Arahan: Latihan Pengukuhan ini boleh dibincangkan di dalam kelas atau sebagai kerja rumah murid.

2.    Sila muat turun di ruangan "Attachments".

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik.

Semua,

Pengetua dan Guru Besar

Negeri Perak

(seperti lampiran)

 

Tuan,

KURSUS PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)  BIL 2/2013

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat, senarai guru sekolah yang terlibat dan jadual pergerakan bas untuk tindakan  pihak tuan.

ralat tarikh bagi daerah Kuala Kangsar - 29 HINGGA 31 OKTOBER 2013

sekian untuk makluman dan terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

REKOD PENCAPAIAN KESELURUHAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF PENDIDIKAN KHAS

Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana telah berjaya melaksanakan Program j-QAF Pendidikan Khas bagi murid berkeperluan khas.

Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak Y.Bhg Datuk/ Dato’ / Tuan agar dapat memanjangkan maklumat di atas kepada pihak sekolah yang terlibat dengan Program j-QAF Pendidikan Khas untuk menghantar Rekod Pencapaian Keseluruhan Pelaksanaan Program j-QAF bagi Bulan OKTOBER 2013. Untuk makluman borang laporan Pelaksanaan j-QAF Pendidikan Khas boleh dilayari di laman web Bahagian Pendidikan Khas Kementarian Pelajaran Malaysia iaitu

http://www.moe.gov.my/bpkhas/v2

dan muat turun borang laporan j-QAF 2013 untuk dikemaskini dan dikembalikan melalui e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 NOVEMBER 2013.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Ahmad Shuhaimi bin Md Isa di talian 012-2474 151 / 03-888 49194 atau En Suyuti b Mohamad di talian 019 – 2541 840 / 03-888 49149

 

Untuk maklumat lanjut dan lampiran sila muat turun di bahagian attachments

 

Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran,

 

Dengan hormatnya surat JPN berkaitan kemaskini data EMIS Online [J.Pel.Pk(ICT)4668/11/3/1 Jld.3(42) bertarikh 3 Oktober 2013] adalah dirujuk. Melalui surat ini adalah jelas dimohon semua sekolah mengemaskini data EMIS Online sebelum atau pada 25 Oktober 2013. Data bulan Oktober amat penting bagi tujuan analisis Maklumat Asas Pendidikan (MAP) di KPM, JPN dan PPD serta untuk data Aplikasi ePrestasi 2013.

Memandangkan berlaku masalah teknikal berkaitan pengisian PERJAWATAN (telah pun selesai mulai 23 Oktober), tarikh akhir dilanjutkan hingga 31 Oktober 2013. Namun, pemantauan data EMIS Online pada 25 Oktober 2013 menunjukkan masih terdapat banyak ralat yang sebenarnya boleh diperbaiki sejak awal bulan Ogos dibiarkan begitu sahaja. Malah terdapat sekolah jelas masih BELUM MULA KEMASKINI kerana begitu banyak ralat. Mohon kerjasama Pengetua/ Guru Besar dan PK Pentadbiran merujuk CETAKAN UTILITI SEMAKAN RALAT EMIS VERSI 5.2.4 semasa agar masalah ralat ini dapat diselesaikan pada tarikh ditetapkan iaitu sebelum atau pada 31 Oktober 2013.

Contoh Bilangan Ralat Data EMIS Ikut sekolah

Sumber : EMIS Online 25 Oktober 2013 jam 8.30 pagi

BIL KodPPD PPD KodSekolah NamaSekolah BilRalat
1 A100 PPD   KINTA UTARA ABC2100 SJK(C) YUK CHOY 616
2 A100 PPD   KINTA UTARA AEA2302 SMK   ULU KINTA 548
3 A100 PPD   KINTA UTARA AEB2043 SMK   ANDERSON 504
4 A020 PPD   MANJUNG ABA1028 SK   SERI MANJUNG 503
5 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEE6058 SMK   DATO KAMARUDDIN 450
6 A010 PPD   BATANG PADANG AEE0041 SMK   DATO' ZULKIFLI MUHAMMAD 449
7 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEA6056 SMK   BUKIT JANA 425
8 A020 PPD   MANJUNG AEE1036 SMK   AMBROSE 402
9 A100 PPD   KINTA UTARA AEA2065 SMK   RAPAT SETIA 390
10 A020 PPD   MANJUNG AEE1026 SMK   METHODIST (ACS) 380
11 A100 PPD   KINTA UTARA AEA2041 SMK   RAJA CHULAN 370
12 A050 PPD   KUALA KANGSAR AHA4002 SM   VOKASIONAL KUALA KANGSAR 364
13 A040 PPD   KRIAN AEB3044 SMK   BAGAN SERAI 361
14 A010 PPD   BATANG PADANG ABA0120 SK   SERI BESOUT 347
15 A110 PPD   KINTA SELATAN AEB2068 SMK   PEI YUAN 341
16 A050 PPD   KUALA KANGSAR AEB4072 SMK   RAJA MUDA MUSA 337
17 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEE6050 SM   KING EDWARD VII 336
18 A110 PPD   KINTA SELATAN AEA2064 SMK   SENTOSA 335
19 A090 PPD   PERAK TENGAH AEE8701 SMK   ISKANDAR SHAH 328
20 A040 PPD   KRIAN AEE3045 SMK   MUDZAFFAR SHAH 323
21 A110 PPD   KINTA SELATAN AEE2072 SMK   DATO' BENDAHARA C M YUSUF 311
22 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AFT6004 MAAHAD   AL TARBIAH AL ISLAMIAH 308
23 A100 PPD   KINTA UTARA ABA2004 SK   TAMBUN 304
24 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEA6061 SMK   MATANG 304
25 A100 PPD   KINTA UTARA ABA2046 SK   DATO' AHMAD SAID TAMBAHAN 303
26 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AKE6159 SM   TEKNIK TAIPING 302
27 A090 PPD   PERAK TENGAH AEA8003 SMK   SULTAN ABDUL JALIL SHAH 288
28 A100 PPD   KINTA UTARA ABA2052 SK   SERI KELEBANG 282
29 A100 PPD   KINTA UTARA AEA2045 SMK   RAJA PERMAISURI BAINUN 282
30 A050 PPD   KUALA KANGSAR AEB4074 KOLEJ   MELAYU KUALA KANGSAR 277

 

Berikut disertakan bilangan ralat mengikut sekolah. Muat turun fail di bawah. Kepada semua Pengetua/ Guru Besar, PK Pentadbiran dan Guru Data yang telah selesai kemaskini data diucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH.

Sekian, terima kasih,

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Dimaklumkan bahawa dilampirkan panduan dan surat daripada Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

SEGERA
 
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak
 
MAKLUMAT PENERIMAAN CHROME BOOK DAN VDI THIN CLIENT DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK MELALUI VAME ICTS –SISTEM PENGURUSAN INISIATIF  ICT SEKOLAH
 
Bahagian Audit Dalam(BAD) KPM mohon kerjasama semua sekolah yang telah menerima Chrome Book dan VDI Thin Client supaya mengisi maklumat pada aplikasi ICTS.
 
Akses ke aplikasi ICTS perlu menggunakan ’Internet Explorer’ dan alamat URL adalah http://www.moe.gov.my/bad/icts.  Manual Pengguna ada disediakan. Pihak tuan dimohon mengisi maklumat tersebut bawah tajuk Makmal Komputer bagi Pengesahan Chrome Book dan Pengesahan Thin Client.
 
Untuk Login, Guru Penyelars ICT / Juruteknik sekolah boleh masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan seperti berikut:
 
  ID PENGGUNA
  KOD SEKOLAH
  KATA LALUAN
  Sila hubungi Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN
  untuk mendapatkan kata laluan di talian berikut :
  05-5015204  Pn. Syamsimar/Pn. Wan Syatirah
  05-5015199  Pn. Suhana
 
  atau e-mel kepada :
  Pn. Wan Syatirah - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat hendaklah diisi pada atau sebelum 25 Oktober 2013.
 

 

Sebarang pertanyaan berkenaan aplikasi ini sila hubungi Puan Rafeah Hashim di Bahagian Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Perak (05-249 1969)

 

 
* Nota : Mohon kerjasama semua sekolah terlibat mengisi semua ruangan yang diperlukan terutama Nama dan Jawatan Pegawai yang membuat pengesahan.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
(RAFEAH BINTI HASHIM)
b.p. Setiausaha Bahagian Audit Dalam
      Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)
 

 

 

                                                                                    

Pengetua

SMK / SBP / SABK

MRSM / Swasta / Agama

Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Tuan/Puan,

 

SOAL SELIDIK PELAKSANAAN SEJARAH KERTAS 3 (1249/3)
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2013

Dengan  hormatnya saya diarah merujuk surat Lembaga Peperiksaan KP.LP.003.07.14 (59) bertarikh 21 Oktober 2013 berhubung perkara di atas.

2.     Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan sedang menjalankan soal selidik bagi mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan Sejarah Kertas 3 di semua sekolah seluruh Malaysia. Pihak sekolah dikehendaki melengkapkan soal selidik sebelum atau pada 23 Oktober 2013 melalui sistem soal selidik atas talian. Soal selidik tersebut boleh dicapai melalui Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp

3.     Bersama-sama ini disertakan surat arahan rasmi daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Kerjasama tuan/puan untuk memberi perhatian berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

b.p. Ketua Sektor
        Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan
        Jabatan Pendidikan Perak.

 

 

 

 

 

Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah

Seluruh Negeri Perak

 

PEMANTAUAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI CEMERLANG

Dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan pemantauan di atas seperti butiran berikut : -

Bil

Tarikh

Masa

Tempat

1

28 hingga 30 Oktober 2013

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sila rujuk lampiran

 

Penginapan dan makanan adalah di atas tanggungan sendiri. Semua tuntutan boleh dibuat melalui Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak dengan menggunakan kod B41 211 230 100 090114 21000.

Untuk maklumat lanjut sila muat turun di bahagian attachment

Semua Guru Data Negeri Perak,

Mohon kerjasama kepada Guru Data yang menggunakan Office 2007 agar dapat muat turun fail 2007 Microsoft Office Suite Service Pack 3 (SP3) dari portal Microsoft seperti URL di bawah:

http://www.microsoft.com/en-my/download/details.aspx?id=27838  (Untuk SP3)

Fail ini adalah percuma dan akan kemaskini (update) Office 2007 anda. Ia juga bertujuan melicinkan kerja-kerja instalasi dan semakan data Aplikasi Utiliti Semak Ralat EMis versi 5.2.4. yang menggunakan flatform Office 2007.

Juga boleh muat turun fail SP1 atau SP2 di URL di bawah bagi mereka yang belum pernah "updated" Office 2007.

http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyID=9ec51594-992c-4165-a997-25da01f388f5&DisplayLang=en  (SP1)

http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyId=B444BF18-79EA-46C6-8A81-9DB49B4AB6E5&displaylang=en  (SP2)

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan Pendidikan Perak sahaja.

Tuan,

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP JABATAN PENDIDIKAN PERAK

Sukacita merujuk kepada perkara di atas yang terbuka HANYA untuk Pegawai dan Kakitangan Jabatan Pendidikan Perak SAHAJA. Surat makluman dan borang boleh dimuat turun di ruangan attachment di bawah.

 

Sekian, terima kasih.

Kelab Badminton,
Jabatan Pendidikan Perak.

TENTATIF PROGRAM JALINAN KASIH PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK BERSAMA PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR ( RTC ) GOPENG 2013

Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan menganjurkan Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas Negeri Perak bersama RTC Gopeng pada 08 hingga 09 November 2013.

Untuk tentatif program sila muat turun di bahagian attachment

BAHAN INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KHAS INTEGRASI

 

 Berikut adalah bahan Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi yand diadakan pada

 03 hingga 04 Oktober 2013 di Hotel Swiss-Inn Sungai Petani, Kedah

 Sila klik di bahagian 'attachment' untuk muat turun bahan tersebut

Semua Ketua  Sektor
Semua Pegawai  Pelajaran  Daerah
Semua Pengetua Sekolah  Menengah
Semua  Guru Besar  Sekolah  Rendah

Tuan,

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 KE GRED N22 BAGI NEGERI PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JOHOR, PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN, SARAWAK DAN SABAH TAHUN 2013 DAN 2014 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Sila muat turun Surat Siaran beserta dokumen berkaitan di ruangan attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

 

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

SENARAI TADIKA SWASTA YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDIDIKAN PERAK 2013

MENGIKUT DAERAH.

Pengetua / Guru Besar

Sekolah -  Sekolah Berkenaan

( Seperti lampiran )

 

PERLANTIKAN JAWATANKUASA PROGRAM JALINAN KASIH PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK BERSAMA RTC GOPENG 2013

Dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak akan menganjurkan Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas Negeri Perak bersama RTC Gopeng pada 08 hingga 09 November 2013.

kerjasama dari pihak tuan adalah dipohon untuk memastikan perjalanan majlis berkenaan berjalan lancar mengikut tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.

Untuk maklumat lanjut sila muat turun surat siaran dan lampiran di bahagian attachment

Pengetua

Program Pendidikan Khas Integrasi

( Seperti lampiran )

 

PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2013

Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak akan menyertai Program Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Kebangsaan 2013. Unit merakamkan ucapan  tahniah kepada pegawai dan murid dari sekolah tuan yang telah terpilih untuk mewakili Negeri Perak dalam program tersebut.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk memberikan kebenaran kepada pegawai dan murid-murid yang terlibat (rujuk lampiran) hadir ke program berkenaan seperti butiran berikut :

Bil

Tarikh

Tempat

Pergerakan Van

1

27 Hingga 30 Oktober 2013

Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu

 

27 Oktober 2013

 

9.00 Pagi – Van 1

( Sk Pendidikan Khas Ipoh )

 

11.00 Pagi – Van 2

( SMK Gerik )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut sila muat turun surat siaran dan lampiran di bahagian attachment

 

 

Surat rasmi jemputan dan jadual latihan boleh dimuat turun melalui ruangan attachment dibawah.

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak
(Seperti dalam Lampiran A)

Tuan,

LATIHAN CHROMEBOOK UNTUK MAKMAL MUDAH ALIH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2013

Satu latihan teknikal dan penggunaan Chromebook akan diadakan oleh pihak YTL Communications Sdn Bhd dengan kerjasama dari pihak KPM dan JPN Perak.  Pentadbiran ini dengan sukacita menjemput dua (2) orang peserta iaitu Guru Penyelaras ICT, Guru Penyelaras VLE atau wakil iaitu Guru/Juruteknik Komputer untuk menghadiri latihan yang akan diadakan seperti ketetapan di Lampiran B.

Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung latihan tersebut boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab mengikut Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing seperti di lampiran tersebut.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Surat rasmi jemputan dan jadual latihan boleh dimuat turun melalui ruangan attachment dibawah.

Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Guru data Negeri Perak,

Sukacita dimaklumkan, Aplikasi EMIS Online sedang dalam proses dinaik taraf oleh BPPDP, KPM dan mengalami beberapa penambahbaikan. Akibatnya, beberapa masalah teknikal telah berlaku menyebabkan kerja kemaskinidata terganggu dan kehilangan data. Antara gangguan yang dikesan ialah masalah pengisian jawatan dalam dan luar norma (Guru Kaunseling dan Pemulihan LINUS).

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Guru Data bersabar dan teruskan kerja kemaskini data sehingga 31 Oktober 2013. Sila pastikan SEMUA JAWATAN telah diisi sebelum hantar cetakan ralat ke PPD. Sila baca pengumuman EMIS Online, Portal JPN dan Portal PPD dari masa ke semasa.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Perhatian kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Kementerian Pendidikan Malaysia

 

TAWARAN MENJADI TENAGA PENGAJAR  PROGRAM DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE

Makluman. Unit Program Diploma International Baccalaureate adalah dalam rangka kerja menambah bilangan tenaga pengajar dalam bidang-bidang berikut :

 

 

    a.  Malay Language

    b.  English Language

    c.  Mathematics (High Level)

    d.  Mathematics (Standard Level)

    e.  Physics

    f.   Chemistry 

    g.  Biology

    h.  Theory of Knowledge

 

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Kementerian Pendidikan Malaysia yang berminat dengan cara menghantar 'resume' lengkap bergambar dan disertakan dengan sijil-sijil akademik yang berkaitan secara 'hard copy' dan 'soft copy' kepada :

 

                Pengetua
                The Malay College Kuala Kangsar
                Jalan Tun Razak
                33000 Kuala Kangsar
                Perak.

                (u.p.  Penyelaras Program Diploma IB)

                E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Segala pertanyaan berkenaan perkara di atas boleh di e-mail kepada e-mail yang tertera.
Tarikh tutup permohonan ialah pada Isnin 11 November 2013.

Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,

Semua Pengetua

Sekolah Menengah Negeri Perak

(u/p : SMK/SM Agama/SABK/SM Model Khas/SM Sains/SM Berasrama Penuh)

Tuan,

KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH (SM) NEGERI PERAK 2013                                                                                                                                                      

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas. Surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nombor rujukan KP(BPG)9131/600/32/(60)  bertarikh 28 Julai 2013 adalah berkaitan. Kursus berkenaan kepada kumpulan sasaran Jurulatih Utama KBAT Matematik Negeri/Daerah telah selesai dilaksanakan pada 23 Sept – 11 Okt 2013 di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang.

2.         Dimaklumkan bahawa BPG dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melaksanakan tindakan susulan iaitu pelaksanaan Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Matematik secara on-site dan schoolbased yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru. Ini bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang bertekad untuk meningkatkan pencapaian murid selari dengan Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia.

3.         Sehubungan dengan  itu, mohon jasa baik tuan membenarkan seorang Ketua Panitia Matematik sekolah tuan untuk hadir ke pusat kursus seperti maklumat terperinci yang terkandung dalam attachment di bawah. Surat rasmi kepada sekolah menengah yang berkaitan telah difakskan kepada PPD (u/p : Pen. PPD Sains & Matematik) setiap daerah untuk dipanjangkan kepada pihak sekolah.  Attachment yang dilampirkan merujuk kepada surat dan maklumat jadual pelaksanaan kursus tersebut . Guru tuan diminta membawa bersama bahan keperluan/peralatan seperti komputer riba, wayar penyambung (extension-wire), Huraian Sukatan Pelajaran Peringkat Menengah Rendah, Buku Teks Matematik Peringkat Menengah Rendah, salinan surat panggilan kursus, salinan muka hadapan buku bank (yang tertulis no. Akaun Bank) dan bahan rujukan Matematik yang berkaitan.

4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Penolong PPD Sains dan Matematik) atau pegawai Matematik di Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak (u/p: En. Nor Hisham Bin Fahmi) di talian 05-2414000 sambungan 122.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

 

 

NOTIS PEMBERITAHUAN

 SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KANTIN

JABATAN PENDIDIKAN PERAK

 

 Perkhidmatan Kantin Jabatan Pendidikan Perak

akan tamat pada 31 Disember 2013. 

 

Sebut Harga Perkhidmatan

Kantin Jabatan Pendidikan Perak

bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015

akan dibuka kepada semua pembekal-pembekal (sekitar Ipoh)

yang berminat seperti berikut:

                                        Buka         :        22 Oktober 2013(Selasa)             
 

Tutup        :        30 Oktober 2013(Rabu)

           @ 12.00 tengahari

                                        Tempat     :     Unit Pentadbiran Am

                                                               Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan

                           Jabatan Pendidikan Perak

                      Jalan Tun Abdul Razak

             30640 Ipoh, Perak

 

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada:

 

                                      Datin Hjh Rusli binti Othman                  -  5015047

                                   Puan Hjh Noor Ashikin bt Abd Razak       -  5015275

                                    Puan Hasnah binti Abdul Rahman           -  5015228

 

**  Dimaklumkan bahawa dokumen sebutharga yang diterima lewat tidak akan diproses untuk pemilihan sebutharga.

 

Dimaklumkan bahawa dilampirkan salinan surat Arahan Pemulangan Cek Bagi Peruntukan Bantuan Persekolahan Yang Terlebih Tuntut Disebabkan Tindakan Pelarasan Bulan Jun dan Surat Makluman Tarikh Penyaluran Peruntukan Tambahan Bantuan Persekolahan Disebabkan Pelarasan Bulan Jun Ke Akaun KWK / KWA  dan Akaun Khas PPD.

Sekian, terima kasih.

Dimaklumkan bahawa dilampirkan salinan surat dari KPM bertajuk Penyaluran Peruntukan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) Bagi Skim Perlindungan Insurans Takaful Berkelompok Murid Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Bahagian Kewangan dengan ini telah bersetuju supaya penyaluran peruntukan BBTP-Insurans Takaful disalurkan terus secara pukal ke Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) mulai tahun 2014. Selaras dengan keputusan tersebut, kaedah penyaluran terus ke Akaun KWK Sekolah / Akaun Khas PPD bagi penyaluran bantuan ini akan dihentikan mulai tahun 2014.

Sekian, terima kasih.

Semua Guru Data Negeri Perak,

Sekiranya terdapat ralat 3-34Gbb berkaitan Kod Opsyen Guru JQAF, sila tukar kepada HANYA KOD Opsyen berikut sahaja:

C13 - PENGAJIAN BAHASA ARAB

atau

V50 - PENGAJIAN AGAMA ISLAM

atau

TK0 - PENGAJIAN PENDIDIKAN KHAS / PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

 

Mana-mana Kod Opsyen selain dinyatakan di atas adalah SALAH. Sila tukar.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

 

Semua PPD, Pengetua dan Guru Besar berikut;

Berdasarkan data EMIS Online 18 Oktober 2013, berikut adalah senarai sekolah yang memaklumkan masih wujud KEKOSONGAN JAWATAN GURU DATA (GDM). Memandangkan kutipan data Oktober merupakan data perdana, semua sekolah berikut diminta melantik seorang Guru Data di kalangan Guru Penolong (DC41/DG41/DGA29/DGA32). Sila ambil langkah berikut;

1. Mengisi Borang Pencalonan Guru Data: Borang boleh dimuat turun dari Portal JPN atau boleh dicetak melalui Utiliti Semak Ralat EMIS. Borang pencalonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak (u.p: Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat, ICT.

2. Guru Data yang dilantik hendaklah diistiharkan dalam EMIS Online, rujuk Menu TUGAS KHAS, sebagai (GURU DATA/MAKLUMAT (belum terima surat lantikan sebagai Guru Data).

3. Memantau kerja kemaskini data EMIS, mencetak semakan ralat dan perbetulkan ralat.

Berikut Senarai sekolah yang masih belum mempunyai Guru Data seperti 18 Oktober 2013.

BIL KodPPD PPD KodSekolah NamaSekolah
1 A010 PPD BATANG   PADANG ABD0107 SJK(T) LADANG   BEHRANG RIVER
2 A020 PPD   MANJUNG ABA1029 SK   PANTAI REMIS
3 A040 PPD   KRIAN ABD3068 SJK(T)   LADANG JIN SENG
4 A050 PPD   KUALA KANGSAR AFT4003 SMA   MAAHAD NURUL FADZLIAH
5 A050 PPD   KUALA KANGSAR AFT4005 MADRASAH   IDRISIAH
6 A060 PPD   HILIR PERAK ABD5115 SJK(T)   LADANG NOVA SCOTIA (2)
7 A060 PPD   HILIR PERAK AEA5075 SMK   ULU BERNAM
8 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA ABC6076 SJK(C)   HUA LIAN (3)
9 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA ABC6096 SJK(C)   CHI SHENG (2)
10 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEA6159 SMK   KAMPONG PERAK
11 A070 PPD   LARUT/MATANG/SELAMA AEB6056 SMK   DARUL RIDWAN
12 A080 PPD   HULU PERAK AEA7001 SMK   TAN SRI ABDUL AZIZ
13 A100 PPD   KINTA UTARA AEB2058 SMK   SUNGAI PARI

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Pengetua / Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi Yang Berkenaan

( Sila Rujuk Lampiran )

SEMINAR PENGURUSAN INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Bil

Tarikh

Masa

Tempat

1

21 hingga 22 Oktober 2013

Rujuk jadual yang dilampirkan

Marina Island Resort, Lumut

Untuk maklumat lanjut, jadual seminar dan senarai peserta yang terlibat sila klik di bahagian attachment

 

Semua Penolong/Penyelia ICT PPD,

Semua Pengetua / Guru Besar,

Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

 

Tuan,

 

Status Penamatan Perkhidmatan Internet TM School Broadband (TM SBB) Sehingga 11 Oktober 2013

Sukacita dimaklumkan pihak tuan boleh membuat semakan status penamatan perkhidmatan TM School Broadband (TM SBB) pada LAMPIRAN A . Semakan juga boleh dibuat melalui APLIKASI INTERAKTIF SEKOLAH/GURU di dalam Modul Semakan Penamatan Perkhidmatan Internet.

 

Sekian, terima kasih.

 

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),

Jabatan Pendidikan Perak

Semua Pengetua dan Guru Besar Negeri Perak,

Berikut diedarkan surat rasmi perluasan penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak Ruj: BTPN(PK-UPB)8873/1 Jld.8(85) bertarikh 16 Oktober 2013  untuk makluman dan tindakan tuan. Sila muat turun dan cetak surat yang dimaksudkan seperi pautan di bawah.

Sekian, terima kasih.

BAHAN KURSUS DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PRESTASI ( DSKP ) PENDIDIKAN KHAS TAHUN 4 BERMASALAH PEMBELAJARAN

Untuk makluman dan tindakan pihak yang terlibat, sila muat turun bahan di bahagian attachment

 

 

BAHAN KURSUS DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PRESTASI ( DSKP ) PENDIDIKAN KHAS TAHUN 4 BERMASALAH PENDENGARAN

 

Untuk makluman dan tindakan pihak yang terlibat, sila muat turun bahan di bahagian attachment

Semua Guru Data Negeri Perak,

Sejak akhir ini, terlalu ramai Guru Data menelefon PPD atau JPN berkaitan masalah teknikal yang dialami, sedangkan JAWAPANNYA telah ada dalam PENGUMUMAN EMIS Online. Untuk makluman, semua Guru Data dinasihatkan terlebih dahulu sentiasa membaca Pengumuman yang dipaparkan sebelum log-in. Jadikan ia sebagai satu budaya.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan MAklumat (ICT), JPN Perak

Semua Pengetua / Guru Besar

Tuan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pentadbiran ini telah  diarahkan untuk menarik perhatian tuan mengenai Surat Siaran Projek Pembekalan Peralatan ICT Untuk Makmal Komputer Sekolah Dengan Menggunakan Peralatan Chromebook Secara Konsep Makmal Mudah Alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Programme Management Office (Inisiatif ICT)).

 

Butiran lanjut boleh dimuat turun melalui 'attachment' berikut.

Sekian, terima kasih.

 

Untuk perhatian dan tindakan :

 

Pen. PPD (Pengurusan Murid SM) atau Pen. PPD (M)

Pengetua & Guru Besar

Sekolah-Sekolah Negeri Perak

 

 

PROSES PENEMPATAN KE TINGKATAN 1/2014

melalui APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

 

BIL

PERKARA

TINDAKAN

CATATAN

 

1

 

Permohonan Penempatan Tingkatan 1

 

Sekolah

 

1 Ogos – 14 September

 

 

2

 

Kelulusan Penempatan Tingkatan 1

 

PPD

 

23 September – 31 Oktober

 

 

3

 

Cetakan Surat Penempatan Tingkatan 1

 

Sekolah Rendah

 

1 November – 9 November

 

 

4

 

-          Pendaftaran Tingkatan 1

-          Rayuan Secara Atas Talian

 

Sekolah Menengah

 

 

11 November – 23 November

 

5

 

Kelulusan Rayuan Penempatan Tingkatan 1

 

PPD

 

24 November – 7 Disember

 

 

6

 

Cetakan Kelulusan Rayuan Penempatan Tingkatan 1

 

Sekolah Menengah

 

 

9 Disember – 14 Disember

 

7

 

Pendaftaran Kes Rayuan Penempatan Tingkatan 1

 

Sekolah Menengah

 

 

16 Disember – 21 Disember

 

 

Pengurusan Murid (SM)

Sektor pengurusan Sekolah,

Jabatan Pendidikan Perak

 

Pej. : 05-501 5114

H/P : 019 – 565 4251

Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah

Seluruh Negeri Perak

 

MESYUARAT JAWATANKUASA  KERJA PROGRAM JALINAN KASIH PENDIDIKAN KHAS BERSAMA PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) NEGERI PERAK BIL 1/2013

Bil

Tarikh

Masa

Tempat

Pengerusi

Agenda

Pakaian

1

22 Oktober 2013

2.30 Petang

Bilik Gerakan RTC Aras 1, RTC Gopeng

Ketua Unit Pendidikan Khas

Ucapan Pengerusi

 

Pakaian Kerja

Pembentangan Perincian Jawatankuasa Kerja

 

Hal-hal lain

 

Ucapan Penangguhan

 

 

Untuk maklumat lanjut sila klik di bahagian attachment

Salam sejahtera,

 

Perhatian kepada semua Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan.

 

Tuan,

 

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA CINA SPM 2013

Sukacita  saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerja sama Persatuan Kebajikan Guru-guru Bahasa Cina Sekolah Menengah dan Unit Hal Ehwal Bukan Islam Perak Darul Ridzuan akan mengadakan ceramah tersebut dan ketentuan ceramah adalah  seperti berikut :

   

    Tarikh                      :   19  Oktober 2013  ( Hari Sabtu )

Tempat                    :   Dewan  Serbaguna, Bangunan Kerajaan Negeri Perak

Masa                        :   8.00 pagi –  12.30 tengah hari                               

3.         Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan dipohon supaya menghantar seorang guru dan  4 orang pelajar dari sekolah tuan untuk menghadiri ceramah tersebut. Namun begitu pelajar-pelajar lain yang berminat juga dijemput hadir. Guru yang menghadiri ceramah ini boleh dianggap sebagai kursus untuk Latihan Dalam Perkhidmatan.

4.         Untuk makluman, kos perbelanjaan ceramah ditanggung oleh Persatuan Kebajikan Guru-guru Bahasa Cina Sekolah Menengah dan Unit Hal Ehwal Bukan Islam Perak Darul Ridzuan.Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Lim Song Khan di talian 05-2414000 samb 124  atau 010-5343108.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 *Sila rujuk lampiran

Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

 

Tuan,

KENAIKAN KADAR PERUNTUKAN BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP) TAHUN 2013

Dengan hotmatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk maklumat lanjut, sila klik bahagian 'Attachmens' di bawah.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Penyelia Prasekolah

Unit Prasekolah

Jabatan Pendidikan Perak

 

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) & SEKOLAH KAWALAN BAGI TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 MELALUI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

 

1.     Permohonan ditutup pada 15 Oktober 2013.

2.     Pengemaskinian oleh Guru Kelas termasuk markah akademik sehingga 30 Oktober 2013.

3.     Pengesahan oleh Guru Besar / Pengetua sehingga 4 November 2013.

 

p/s :  Guru Kelas dan Guru Besar / Pengetua diharap tidak membuat pengemaskinian / pengesahan sehingga tarikh permohonan ditutup. (Buat selepas 15 Oktober 2013). Sebarang kemusykilan sila berhubung terus dengan En. Muhammad b. Hassan (Pengurusan Murid SM) di talian 05-5015114 atau 019-5654251

 

Pengurusan Murid (SM)

Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pendidikan Perak

 

Semua
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak

Tuan / Puan,

PELAKSANAAN PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT KEPERLUAN ASAS PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2014 MENERUSI e-PERLU

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Semua pihak sekolah diminta supaya melaksanakan pengisian maklumat keperluan asas pembukaan sekolah sesi 2014 menerusi e-PERLU.

3.     Oleh itu, semua sekolah perlulah memberi kerjasama dengan mengisi maklumat tersebut dengan lengkap dan tepat melalui Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) yang boleh dilayari di  http://apdm.moe.gov.my/ Bersama-sama ini juga, kami sertakan Manual pengguna e-PERLU, Surat Makluman e-PERLU dan Surat Makluman e-PERLU daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun di bahagian 'Attachments' di bawah.

4.     Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, bolehlah menghubungi En. Abdul Rahman bin Mohd Yusof (Penolong Pengarah Tingkatan 6) di talian 05-5015117.

 

Sekian, terima kasih.

 

Penolong Pengarah (Pengurusan Tingkatan 6)
Unit Sekolah Menengah,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Perak

Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi

Seluruh Negeri Perak

 

 

BAHAN MESYUARAT INKLUSIF GURU BESAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KHAS INTEGRASI

 

 Berikut adalah bahan mesyuarat Guru Besar yand didakan pada

 03 hingga 04 Oktober 2013 di Hotel Swiss-Inn Sungai Petani, Kedah

 Sila klik di bahagian 'attachment' untuk muat turun bahan tersebut

Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

(seperti lampiran A)

KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 4 PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Dengan ini dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak, telah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru untuk melaksanakan kursus berkenaan kepada guru Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran sekolah rendah yang akan mengajar Tahun 4 pada tahun 2014. Kursus tersebut akan dilaksanakan seperti butiran berikut : -

Bil

Tarikh

Masa

Pendaftaran

Tempat

1

23 hingga

26 Oktober 2013

 

8.00 pagi hingga 4.00 petang

7.30 pagi

SK Taman Palma, Kamunting

 

SJKT (T) Methodist, Malim Nawar

 

Rujuk perincian di lampiran A

 

 

 

 

 

 

 

 

Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan berdasarkan pekeliling kewangan dengan peruntukan vot B14 211 221000 040105 21000 (KSSR & PBS TAHUN 4, 2013) di daerah masing-masing.

 

untuk maklumat lanjut dan senarai peserta yang terlibat sila klik di bahagian attachment

 

Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

(seperti lampiran A)

KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 4 PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENDENGARAN

Dengan ini dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak, telah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru untuk melaksanakan kursus berkenaan kepada guru Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran sekolah rendah yang akan mengajar Tahun 4 pada tahun 2014. Kursus tersebut akan dilaksanakan seperti butiran berikut : -

Bil

Tarikh

Masa

Pendaftaran

Tempat

1

26 Oktober 2013

 

8.00 pagi hingga 4.00 petang

7.30 pagi

Dewan Besar PPD Kinta Utara

Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan berdasarkan pekeliling kewangan dengan menggunakan peruntukan vot B14 211 221000 040105 21000 (KSSR & PBS TAHUN 4 2013) di daerah masing-masing. Semasa menghadiri kursus, pegawai tuan diminta supaya mematuhi Pekeliling Bil.2 tahun 1985 tentang peraturan pakaian yang telah ditetapkan pada masa bekerja.

Untuk maklumat lanjut dan senarai nama peserta sila klik di bahagian attachment

Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

(seperti lampiran A)

TUNTUTAN PERJALANAN JURULATIH UTAMA (JU) MEMBERI CERAMAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 4 PENDIDIKAN KHAS KEPADA GURU-GURU SECARA 'ON-SITE' NEGERI PERAK 2013

Sukacita saya merujuk kepada surat J.Pel.Pk.(AM) 5110/49/Jld 6 (16) bertarikh 17 Mei 2013 adalah berkaitan.

Dengan ini dimaklumkan pegawai tuan seperti di dalam surat tersebut telah diminta untuk memberi ceramah dan bimbingan kepada guru-guru yang akan mengajar mata pelajaran KSSR Tahun 4 pada 2014.

Pegawai tuan layak membuat tuntutan perjalanan berdasarkan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa sekarang dengan menggunakan peruntukan vot.B14 211 221000 040105 (KSSR). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn. Siti Suhaida binti Md Hambari (Penyelia Pendidikan Khas) di talian 05-501 5014.

Untuk maklumat lanjut, senarai nama dan jadual kursus sila klik di bahagian attachment

Surat rasmi jemputan ke Taklimat Kesedaran ini boleh dimuat turun melalui portal ini mulai 16.10.2013.

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak
(Seperti dalam Lampiran A)

Tuan,

TAKLIMAT KESEDARAN PEMBEKALAN CHROMEBOOK BAGI MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH DI SEKOLAH NEGERI PERAK TAHUN 2013

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Projek Perkhidmatan 1BestariNet telah melaksanakan pembekalan ICT menggunakan perkakasan Chromebook untuk konsep makmal mudah alih kepada 268 buah sekolah bagi kategori sekolah bandar, penggunaan VLE yang tinggi, bilangan pelajar yang ramai, sekolah yang belum mendapat penggantian peralatan ICT dan penggunaan teknologi selain daripada VSAT atau OCPE.

3.   Oleh itu, satu taklimat kesedaran akan diadakan oleh pihak YTL Communications Sdn Bhd dengan kerjasama dari pihak KPM dan JPN Perak. Pentadbiran ini dengan sukacita menjemput tuan atau seorang (1) wakil untuk menghadiri taklimat kesedaran yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      : 17 Oktober 2013 (Khamis)
Masa       : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat    : Dewan SMK Tun Perak,  33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar
Agenda   : Seperti Lampiran B
Pakaian   : Pakaian kerja

4.  Semua tuntutan adalah di bawah tanggungan jabatan masing-masing mengikut pekeliling yang berkuatkuasa pada masa sekarang dan tertakluk kepada kebenaran Ketua Jabatan.

5.  Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung taklimat kesedaran tersebut boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab Puan Suhana Mohd Alias di talian 05-5015199 / e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Surat rasmi jemputan ke Taklimat Kesedaran ini boleh dimuat turun melalui portal ini mulai 16.10.2013.

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Semua Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-sekolah negeri Perak

BAHAN PROGRAM OUTREACH PBS UNTUK PENTADBIR SEKOLAH (PENGETUA DAN GURU BESAR) NEGERI PERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Outreach Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada Pentadbir Sekolah (Pengetua dan Guru Besar) Negeri Perak telah diadakan pada 9 dan 10 Oktober 2013 di Kuala Kangsar.

2.     Bahan program yang tersebut boleh dimuat turun di ruangan Attachement. Bahan juga boleh dimuat turun melalui www.examperak.com

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Penilian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Perak

Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data,

Kepada mana-mana Guru Data yang masih gagal muat turun Utiliti Semak Ralat EMIS versi 5.2.4 kemaskini 15 September 2013 dari portal JPN, bolehlah mendapatkannya dari portal PPD. Semua Penolong PPD/ Penyelia ICT telah dimaklumkan agar dapat membantu mewujudkan kemudahan muat turun utiliti ini dari Portal PPD masing-masing.

Sekiranya semasa proses semakan berlaku "Debug", sila klik butang BANTUAN agar masalah dapat diatasi.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan MAklumat (ICT), JPN Perak

MOHON HEBAHAN BAGI PROGRAM KLINIK SUKAN MEMANAH PARALIMPIK NEGERI PERAK 2013

Adalah dimaklumkan bahawa, Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Perak akan mengadakan klinik seperti ketetapan berikut : -

Tarikh

Tempat

Pendaftaraan

25 – 27 Oktober 2013

Ladang Infoternak Sungai Siput ( U )

3.00 petang – 6.00 petang

Program ini dianjurkan bertujuan untuk mencari bakat baru serta memberi kefahaman dan pengetahuan dari segi teknik-teknik latihan dan peraturan dalam sukan ini. Ia juga sebagai satu usaha untuk melahirkan pelapis atlet paralimpik bermula dari peringkat awal yang dapat menggalas cabaran negara di peringkat kebangsaan.

Segala makan minum dan penginapan adalah ditanggung oleh penganjur. Etika pemakaian adalah berpakaian sukan. Program ini khusus kepada kecacatan anggota sahaja ( mempunyai kekuatan tangan ). Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik pihak tuan untuk membuat hebahan bagi menarik lebih ramai penyertaan di kalangan golongan OKU di seluruh negeri Perak. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan jadual klinik tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila klik di bahagian

Semua Warga Pendidik Negeri Perak

Tuan / Puan,

Hebahan Sektor Psikologi dan Kaunseling : KESERONOKAN BEKERJA

Hebahan berkenaan boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Sektor Psikologi dan Kaunseling.

Guru Besar

Program Pendidikan Khas Prasekolah

Negeri Perak

BENGKEL KERJA PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PRASEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan bengkel kerja tersebut seperti butiran berikut : -

Bil

Tarikh

Tempat

Masa

1

21 Oktober 2013 ( Isnin )

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tasek

d/a SK Tasek

31400 IPOH

8.30 pagi hingga 5.00 petang

 

Sehubungan itu, guru Program Pendidikan Khas Prasekolah sekolah tuan ( seperti lampiran ) dijemput hadir ke bengkel kerja berkenaan. Sebarang tuntutan rasmi adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang dengan menggunakan peruntukan pendidikan prasekolah, kod B41 211 570101 030201 21000.

 

Untuk maklumat lanjut dan senarai guru yang terlibat sila klik di bahagian attachment

Pengetua / Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi Yang Berkenaan

 

BAHAN INKLUSIF MESYUARAT PENGETUA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

 

Berikut adalah bahan mesyuarat pengetua yand diadakan pada

 

26 hingga 27 September 2013 di Hotel Swiss-Inn Sungai Petani, Kedah

 

Sila klik di bahagian 'attachment' untuk muat turun bahan tersebut

 

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah Negeri Perak.
(Seperti dalam Lampiran 3)

 

Tuan,

PELAKSANAAN MENAIK TARAF 467 BUAH SEKOLAH YANG DIBEKALKAN DENGAN PERALATAN HP MULTI SEAT KEPADA MAKMAL BAHASA DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Surat makluman dan lampiran perkara di atas boleh dimuat turun pada ruangan attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

 

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

 

Semua Pengetua,
Sekolah Menengah, Negeri Perak.

LATIHAN PENGUKUHAN 5 & 6 BAHASA MALAYSIA BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Task Force mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013, Jabatan Pelajaran Perak telah menyediakan bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru Bahasa Malaysia di semua sekolah menengah.

Arahan: Latihan Pengukuhan ini boleh dibincangkan di dalam kelas atau sebagai kerja rumah murid.

2.    Sila muat turun di ruangan "Attachments".

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik.

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas. Surat berikut menjelaskan kemusykilan yang timbul berkenaan tuntutan Elaun Gangguan. Muat turun sebagai bahan rujukan.

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah Negeri Perak.
(Seperti dalam lampiran)

1. Semua urusan pembayaran perkhidmatan internet dalam tempoh interim dan projek 1BestariNet bagi tahun 2013 akan diuruskan oleh pihak BTP dan rangkaian sebagaimana termaktub dalam Arahan Pegawai Pengawal 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

2. Sehubungan dengan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak telah mengedarkan bil perkhidmatan internet dalam tempoh interim bagi bulan Ogos (bil bertarikh 1 September 2013) dan September (bil bertarikh 1 Oktober 2013) ke seluruh Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak.

3. Sekolah yang masih melanggan perkhidmatan internet dalam tempoh interim diminta hadir ke Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing untuk mengesahkan bil tersebut mulai 9 Oktober hingga 18 Oktober 2013.

4. Maklumat lanjut sila hubungi Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing.

Sekian, harap maklum. 

 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH

Unit Perkhidmatan ICT,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. : 05 - 292 4933 sambungan 115

Pengetua / Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Kinta Utara / Kinta Selatan

Sekolah Pendidikan Khas Ipoh ( Seperti Lampiran )

MESYUARAT PROGRAM JALINAN KASIH PENDIDIKAN KHAS BERSAMA PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) NEGERI PERAK 2013

Kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk hadir ke mesyuarat berkenaan seperti ketetapan berikut :-

      Tarikh        : 11 Oktober

      Masa          : 9.00 Pagi

      Tempat      : Bilik Seri Budi, JPN

      Pengerusi    : Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

      Agenda       : Ucapan Pengerusi

                         Pembentangan Kertas Konsep

                         Hal-hal lain

                         Ucapan Penangguhan

     Pakaian        : Pakaian Kerja

untuk maklumat lanjut dan senarai pegawai yang telibat sila klik di bahagian

 

Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data,

SEKOLAH YANG HADAPI MASALAH MUAT TURUN FAIL UTILITI SEMAK PAGI TADI, SILA CUBA MUAT TURUN SEKALI LAGI. HARAP SABAR KERANA SERVER "AGAK SLOW".

Sukacita dimaklumkan, semua sekolah dimohon terus melaksanakan kerja kemaskini data EMIS Online. Data hendaklah disemak menggunakan Utiliti Semak Ralat Data EMIS versi 5.2.4 (kemaskini 15 September 2013).   Sila pastikan semua cetakan disah dan dihantar ke PPD sebelum atau pada 31 Oktober 2013.

Data yang terkini dan sah akan digunapakai untuk sistem ePrestasi 2013. Juga, JANGAN SESEKALI pindahkan data EMIS atas tujuan prestasi. Data EMIS Guru/Staf hendaklah terus berada di sekolah mana sedang bertugas.

Sila muat turun surat arahan dan Utiliti terkini di bawah.

Muat Turun Utiliti Semak Ralat EMIS versi 5.2.4 Office 2007 : Di Sini


Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Semua,

Pengetua Sekolah Menengah.,

Guru Besar Sekolah Rendah,

Negeri Perak.

 

Tuan,

KEY-IN DATA BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS(SPBT) KE DALAM SISTEM MAKLUMAT SPBT EBULK

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk tindakan tuan.

Sekian,terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Kepada yang berkenaan,

Merujuk perkara di atas, para peserta kursus yang telah menamatkan pengajian Program DAPJ Ambilan Tahun 2012 dijemput untuk menyertai Majlis Konvokesyen tersebut yang akan diadakan pada 19 Oktober 2013 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, tuan / puan dikehendaki memaklumkan kepada Urus Setia sama ada hadir / tidak hadir ke majlis tersebut dengan melayari lama sesawang berikut : http://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2012 sebelum / pada 12 Oktober 2013.  Kehadiran adlah diwajibkan bagi mereka yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Sektor Pengurusan Sekolah,

JPN Perak.

 

Kepada,

Semua Guru Besar,

Sekolah-sekolah Rendah Negeri Perak.

 

MAKLUMAN BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 DI SEKOLAH KAWALAN DAN SBP 2013

Adalah dimaklumkan terdapat sedikit masalah berkaitan no. kad pengenalan /sijil lahir pelajar yang digunakan semasa menduduki UPSR dengan no kad pengenalan/ sijil lahir yang terdapat di dalam APDM. Sekiranya terdapat masalah berikut di sekolah tuan, sila emelkan butiran berikut kepada Encik Muhammad bin Hassan (Penyelia SM – Pengurusan Murid) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Butiran yang dikehendaki adalah seperti berikut:

1.            Kod Sekolah dan Nama Sekolah

2.            Nama murid dan kelas

3.            Kad Pengenalan/Sijil Lahir yang didaftarkan dalam UPSR

4.            Kad Pengenalan/Sijil Lahir yang terdapat di dalam data APDM

Dimohon penghantar emel/maklumat memberikan butiran nama dan nombor telefon untuk dihubungi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Muhammad di talian 05-501 5114 / 019-5654251

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

 

Pengetua / Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi Yang Berkenaan

( Sila Rujuk Lampiran )

 

SEMINAR PENGURUSAN INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

 Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan program di atas seperti butiran berikut :

 

Bil

Tarikh

Masa

Tempat

Lokasi

1

9 hingga 10 Oktober 2013

Rujuk jadual yang di lampirkan

Hotel Orient Star, Lumut

Klik sini

Penginapan dan makanan disediakan oleh pihak penganjur. Tuntutan perjalanan boleh dibuat melalui Unit Pendidikan Khas dengan menggunakan kod  B41 211 220100 090104 21000.

 Untuk maklumat lanjut dan senarai pegawai yang terlibat sila klik di ruangan 'attachment'

Semua,

Pegawai Pendidikan Daerah

(u/p: Penyelia SPBT Daerah)

Semua,

Pengetua Sekolah Menengah

Negeri Perak

 

Tuan,

PEMBERITAHUAN ERATA KANDUNGAN BUKU TEKS

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat dan lampiran yang berkaitan untuk tindakan pihak tuan.

Sekian,terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Semua Pengetua,

Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara

 

Tuan,

 

BUKU JAWAPAN SPM.

 

Sukacita dimaklumkan kepada semua sekolah menengah  Daerah Kinta Utara untuk mengambil buku jawapan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Jabatan Pendidikan Perak pada HARI INI, 7 Oktober 2013.

 

Unit SPM,

Sektor Pengurusan Penilaian Dan Peperiksaan,

Jabatan Pendidikan Perak

 

Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri Perak,

Penolong Pengarah Unit Perjawatan & Perkhidmatan,

Pegawai Eksekutif Tinggi Unit Perjawatan & Perkhidmatan,

Pegawai Eksekutif Kanan Unit Perjawatan & Perkhidmatan,

Pegawai Eksekutif Unit Perjawatan & Perkhidmatan

 

Tuan,

 

LAPORAN PERATUSAN PENGISIAN REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN BAGI JABATAN PENDIDIKAN PERAK, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH-SEKOLAH MENGIKUT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAGI BULAN OGOS 2013

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.                                                                                           

 

2.         Bersama-sama ini disertakan perkara berikut untuk perhatian dan tindakan  tuan selanjutnya.

2.1       Status data pengisian Rekod Peribadi di JPN, PPD & Sekolah sehingga 31 OGOS 2013;

2.2       Status data pengisian Profil Perkhidmatan di JPN, PPD & Sekolah sehingga 31 OGOS 2013;

2.3       Status data pengisian Rekod Peribadi di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mengikut PPD sehingga 31 OGOS 2013; dan

2.4       Status data pengisian Profil Perkhidmatan di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mengikut PPD sehingga 31 OGOS 2013.

 

3.         Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama  tuan untuk meningkatkan lagi peratus pengisian Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan untuk mencapai sasaran KPI 100 peratus bagi setiap elemen.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit HRMIS,

Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan,

Jabatan Pelajaran Perak

Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Data,

Sukacita dimaklumkan, pihak BPPDP, KPM telah melaksanakan pemanbahbaikan terhadap EMIS Online mulai Oktober 2013. Ini menyebabkan data Emis5.zip tidak dapat diimport dan digabung. Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Guru Data agar menangguhkan kerja kemaskini data sehingga versi 5.2.4 diedarkan mulai 7 Oktober 2013.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengrusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
JPN Perak

Semua Pengetua
Sekolah Menengah Rancangan Khas
Negeri /  Daerah
Perak Darul Ridzuan

Tuan, 

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH DAN KELAS RANCANGAN KHAS NEGERI PERAK 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Dimaklumkan bahawa Sektor pengurusan Sekolah bersama Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah Rancangan Khas akan menganjurkan majlis tersebut pada ketentuan seperti berikut :

                                   Tarikh       :      28 Oktober 2013 ( Isnin )
                                   Masa         :      2.00 - 5.00 petang
                                   Tempat     :      Excellsior Hotel, Ipoh  

3.      Sehubungan itu, tuan / puan perlu melengkapkan borang pencalonan anugerah cemerlang  bagi pelajar-pelajar di sekolah tuan mengikut kriteria yang telah ditetapkan di dalam borang permohonan yang di sertakan. Tuan / Puan boleh mencetak borang tersebut dan juga surat panggilan di bahagian 'Attachments' di bawah.

4.       Semua borang pencalonan yang telah lengkap perlu dikembalikan dengan segera kepada pihak urusetia iaitu SMK Seri Kampar melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 10 Oktober 2013.
 

Sekian,  terima kasih.

 

Unit Sekolah Menengah

( Projek Khas / SBP / Kluster )

Sektor Pengurusan sekolah

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah Negeri Perak.
(Seperti dalam lampiran)

1. BTPN Perak mendapati bahawa pihak sekolah telah menandatangani User Acceptance Test (UAT) perkhidmatan internet di bawah Projek 1BestariNet seperti dalam Lampiran 1. Pihak Internet Servis Provider (ISP) juga masih menghantar bil internet interim bagi penggunaan bulan Ogos 2013 (tarikh bil 01 September 2013).

2.Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk menamatkan perkhidmatan internet interim SERTA MERTA dan menghubungi ISP bagi memastikan perkhidmatan tersebut ditamatkan.

3.Untuk makluman tuan, BTPN Perak akan menamatkan pembayaran perkhidmatan internet interim sekolah tuan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak tuan untuk menjelaskan pembayaran perkhidmatan tersebut sekiranya pihak tuan enggan membuat penamatan. 

 

Sekian, harap maklum. 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH

Unit Perkhidmatan ICT,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. : 05 - 292 4933 sambungan 115

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Negeri Perak Darul Ridzuan

Tuan,

1.  KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE SEKOLAH KERAJAAN.
2.  PERTUKARAN MURID BUKAN WARGANEGARA DARI SEBUAH SEKOLAH YANG TELAH DILULUSKAN KE SEKOLAH LAIN
3.  PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA TAHUN 6 KE SEKOLAH MENENGAH

Bersama-sama ini disertakan surat makluman mengenai perkara di atas boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN PERAK

Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak,

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

Merujuk perkara di atas, Surat Pekeliling berkenaan perkara di atas boleh di muat turun di ruangan Attachments di bawah. Semua Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah dimohon mengemukakan tuntutan pegawai-pegawai terlibat sebelum atau pada 15 Oktober 2013.

Sekian, terima kasih.

Unit Pentadbiran Am,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan.

 

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak

Tuan/Puan,

PERINGATAN - PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PPPLD DAN PPS BUKAN EX-PPPLD (MENGGUNAKAN SISTEM ePANGKAT) 1 JULAI HINGGA 31 DISEMBER TAHUN 2013

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Surat Peringatan, Lampiran G dan Slide urusan Kenaikan Pangkat TBBK menggunakan ePangkat boleh dimuat turun di ruangan Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Pengetua,

Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan

Negeri Perak

(seperti dalam lampiran)

 

Tuan,

Bengkel Teknik Menjawab Kertas Kesusasteraan Bahasa Tamil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peringkat Negeri Perak 2013

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Dengan ini dimaklumkan bahawa, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Guru-Guru Bahasa Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak dan Persatuan Guru-Guru Kesusasteraan Bahasa Tamil Malaysia  akan mengadakan satu bengkel teknik menjawab kertas kesusasteraan Bahasa Tamil (SPM) peringkat negeri Perak.

3.       Sehubungan dengan itu, bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

        Tarikh              :          12 Oktober 2013 (Sabtu)

        Masa               :          8.00 pagi hingga 4.30 petang

        Tempat           :           Bilik Gerakan,Tingkat 2, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Greentown, Ipoh

4.       Untuk makluman pihak tuan, segala perbelanjaan makan dan minum bengkel ini akan ditanggung oleh kedua-dua persatuan yang tersebut di atas.  Walau bagaimanapun segala perbelanjaan pengangkutan adalah berdasarkan kepada kemampuan peruntukan kewangan sekolah masing-masing. Jabatan Pendidikan Perak tidak menyediakan sebarang pengangkutan ke tempat bengkel.  Oleh itu pengangkutan guru dan pelajar ke tempat bengkel adalah di bawah tanggungan sekolah masing-masing.

5.      Kerjasama pihak tuan adalah diharapkan untuk memaklumkan bilangan guru dan pelajar yang akan mengambil bahagian dalam bengkel ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 9 Oktober 2013 (Rabu) bagi tujuan pengurusan bengkel  ini. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus  dengan En. Chandrasegaran a/l Narasimaloo, Penolong Pengarah (Bahasa Tamil) di talian 017-5822248 atau 05-2414000 sambungan 151 untuk maklumat lanjut.

 Sekian, terima kasih.

MESYUARAT PENYELARASAN JURULATIH UTAMA KURSUS ORIENTASI PELAKSANAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) PENDIDIKAN KHAS TAHUN 4 KSSR 2014

Dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan mesyuarat seperti tajuk di atas.

Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memberi kebenaran kepada pegawai dari sekolah tuan (seperti di lampiran) untuk hadir ke mesyuarat tersebut seperti butiran berikut :

Bil

Tarikh

Tempat

Masa

1

07 OKTOBER 2013

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA

9.00 PAGI – 5.00 PETANG

 Untuk maklumat lanjut dan senarai pegawai yang terlibat sila klik di ruangan ' attachment '


2 Oktober 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor

Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Muat Turun Senarai Nama Peminjam Tegar di ruangan Attachment

Sekian, terima kasih.

 
Diterbitkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan

Semua Warga Pendidikan Negeri Perak.

PERHATIAN

 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG ARAHAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK MEMBERI SENARAI NAMA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH BAGI TUJUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PANGKALAN DATA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. OLEH YANG DEMIKIAN DIHARAP SEMUA SEKOLAH TIDAK MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN MENYALURKAN MAKLUMAT TERSEBUT KEPADA INDIVIDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG MEMINTA MAKLUMAT MENERUSI EMEL SEKOLAH MASING-MASING.

WALAU BAGAIMANAPUN, BAGI SEKOLAH YANG TELAH MENGEMUKAKAN MAKLUMAT TERSEBUT, ADALAH DIPOHON UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS SEGERA BAGI MEMBOLEHKAN SIASATAN LANJUT DIBUAT.

 

 

BAHAGIAN AKAUN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kepada:

Semua Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Negeri Perak.

Tuan,

Status Ujian Kompetensi ICT Perak.

Berikut adalah data guru sehingga jam 1.15 tgh. pada 1 Oktober 2013.

DAERAH BELUM MULA SEDANG MENJAWAB SELESAI MENJAWAB
BATANG PADANG 1032 159 2455
HILIR PERAK 1495 216 2468
HULU PERAK 824 119 1206
KINTA SELATAN 1236 160 1389
KINTA UTARA 2026 368 6616
KERIAN 1481 164 2042
KUALA KANGSAR 1070 177 2366
LMS 2084 261 3495
MANJONG 1297 140 2552
PERAK TENGAH 1043 113 1026

Tahniah kepada semua guru yang telah menjawab dengan penuh integriti.

b.p.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik.

Semua Ketua Sektor
Semua Ketua Penolong Pengarah
Semua Penolong Pengarah


Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah
Menengah dan Rendah Negeri Perak

Tuan,

PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI GRED DG41 KE DG44 DAN DG44 KE DG48 EX-PPPLD (TANPA MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT) 1 JULAI HINGGA 31 DISEMBER TAHUN 2013

Surat makluman dan lampiran perkara di atas boleh dimuat turun pada ruangan attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Semua Ketua Sektor
Semua Ketua Penolong Pengarah
Semua Penolong Pengarah


Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah
Menengah dan Rendah Negeri Perak

Tuan,

PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PPPLD DAN PPPS BUKAN EX-PPPLD (MENGGUNAKAN SISTEM ePANGKAT) 1 JULAI HINGGA 31 DISEMBER TAHUN 2013

Surat makluman dan lampiran perkara di atas boleh dimuat turun pada ruangan attachments di bawah.

Sekian, terima kasih.

Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Kepada:

Semua Pengetua, Guru Besar,

Sekolah-sekolah Negeri Perak.

UJIAN KOMPETENSI ICT KPM UNTUK SEMUA GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

1. Minta kerjasama untuk mengingatkan guru-guru yang masih belum menjawab Ujian Kompetensi ICT agar membuatnya secepat mungkin bagi mengelakkan kesesakan talian pada saat-saat akhir.

2. Guru-guru boleh menjawab ujian ini secara dalam talian di alamat URL http://ict-kpm.azurewebsite.net menggunakan pelbagai peranti sepeti telefon pintar, ipad, tablet, komputer riba dan sebagainya.

3. Tempoh menjawab akan berakhir pada jam 12.00 tengah malam pada 2 Oktober 2013.

Kerjasama dan tindakan sewajarnya daripada pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

b.p.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik.

Pegawai Pendidikan Daerah/Pengetua/Guru Besar Sekolah

 

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

Kepada semua pegawai lantikan secara kontrak (contract of service) yang tidak dapat dihabiskan cuti rehat tahunan demi kepentingan perkhidmatan akan DIBAYAR WANG TUNAI sebagai gantian (Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 pada ruangan 'attachment').

2.      Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas pihak tuan boleh menghubungi dengan pegawai yang bertanggungjawab Y. Bhg. Datin Rusli Binti Othman di talian 05-5015047.

 

 

 

Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan,

Jabatan Pendidikan Perak

Kesemua penjawat awam yang belum mengisi maklumat LNPT pada Bahagian II: Kegiatan dan Sumbangan di Luar Tugas Rasmi/ Latihan adalah dikehendaki berbuat demikian pada 30 September 2013 bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi. KLIK SIMPAN sebagai draf terlebih dahulu. CO adalah diingatkan supaya TIDAK KLIK HANTAR.

* Yang terlibat hanya peringkat JPN dan PPD sahaja.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

URUSETIA HRMIS JPN PERAK

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

 

Tuan/Puan,

 

 

AKTIVITI PENGUJIAN PRESTASI HRMIS MELALUI PENGISIAN LNPT 2013

 

 

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui surat edaran bertarikh 11 September 2013 telah meminta semua penjawat awam menyertai aktiviti pengujian user stress test melalui pengisianLNPT 2013.

 

3.         Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk mengisi maklumat sebenar yang dikehendaki di Bahagian II LNPT iaitu Kegiatan dan Sumbangan di Luar Tugas Rasmi bermula Januari 2013 sehingga tarikh surat dikeluarkan dalam tempoh bermula 12 - 20 September 2013. Bersama-sama ini disertakan surat edaran JPA(BPM)(S)201/2 klt. 2 (1) untuk makluman dan perhatian tuan/puan.

 

* Yang terlibat hanya peringkat JPN dan PPD sahaja.

 

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

URUSETIA HRMIS JPN PERAK

Semua PPD, Guru Besar dan Guru Data

Berikut adalah garis panduan pengisian data EMIS Online yang dikeluarkan oleh BPPDP, KPM bagi Guru J-QAF Interim penempatan 17 September 2013 (tamat pengajian Jun 2013);

Skim Perkhidmatan : Siswazah
Gred Gaji   : DC41
Jawatan Luar Norma  : JQAF
Taraf Jawatan   : SMB/Ganti/Interim
Pengisian Jawatan : Sementara
ELAUN      : ITKA - RM 300.00  
               : COLA - Ikut Kawasan
               : Bayaran Insentif Pedalaman - Jika Ada

Tarikh : Tarikh Sekolah Semasa dan Tarikh Lapor Pertama sahaja

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Semua Pengetua/Guru Besar

Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Tuan,

PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009 DI KANTIN SEKOLAH DAN PERMIS PEMBEKAL MAKANAN (RMT)

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk tindakan pihak tuan.

Sekian,terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Kepada :

Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak

(U/P : Guru Matematik Tambahan - untuk KPMT 2013)

Sepertimana dimaklumkan sebelum ini dalam Jadual Pelaksanaan KPMT 2013 bahawa pada 20hb Mei 2013 akan dimuatnaik 'PANDUAN GURU' . Sila rujuk attachment yang dilampirkan di bawah.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pelajaran Perak

Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak membuka tawaran bagi guru-guru di sekolah rendah seluruh negeri Perak untuk berkhidmat di Program Pendidikan Khas Integrasi ( Menengah ).

Guru-guru yang layak berdasarkan syarat-syarat di bawah adalah dipelawa untuk membuat permohonan : -

1.   Guru sekolah rendah yang telah dilantik ke Gred DG 41

2.   Guru yang sedang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi Rendah

                                                 atau

      Guru sekolah rendah aliran perdana dengan Ijazah Pendidikan Khas OUM

3.   Mendapat kelulusan daripada Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah

4   Bersetuju ditempatkan di mana-mana sekolah dalam daerah berkenaan

** Untuk maklumat lanjut sila muat turun di pautan "attachments"

Sukacita dimaklumkan bahawa Borang Permohonan Ke Politeknik Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pendengaran) bagi Sesi Disember 2013 boleh dimuat turun melalui laman sesawang Portal Bahagian Pendidikan Khas di -

http://www.moe.gov.my/bpkhas    bermula 15 Julai hingga 28 Julai 2013.

Syarat kelayakan pelajar adalah seperti berikut : -

1.        Kategori Bermasalah Pendengaran

2.       Telah menduduki dan mendapat keputusan SPM 2012 atau tahun sebelumnya atau tamat persekolahan

          Tingkatan 5 (keutamaan yang memperolehi Sijil SKM) dari SMPK Vokasional atau SM Teknik.

** Sebarang pertanyaan atau maklumat yang diperlukan, sila hubungi talian 03-888 49152 / 03-888 49494 atau 03-888 49186 **

** Untuk maklumat lanjut sila muat turun di pautan 'attachments' **

 

MAKLUMAT PENTING - UNTUK PESERTA KURSUS ORIENTASI PELAKSANAAN DSKP TAHUN 4 KSSR PENDIDIKAN KHAS

Kepada semua peserta KURSUS ORIENTASI PELAKSANAAN DSKP TAHUN 4 KSSR PENDIDIKAN KHAS,

tuan/puan dipohon menghantar BORANG TUNTUTAN yang telah dilengkapkan di sekolah masing-masing pada atau sebelum 10 OKTOBER 2013. BUTIRAN BERIKUT PERLU DISERTAKAN DALAM TUNTUTAN TERSEBUT

( sila muat turun butiran yang di perlukan di ruangan attachment )

 

Pengetua /  Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi Yang Berkenaan

( Sila Rujuk Lampiran )

MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS

Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Pendidkan Khas, Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan mesyuarat seperti berikut :

Bil

Tarikh

Masa

Tempat

Pengerusi

1

30 September 2013

9.00 pagi

hingga

5.00 petang

PPD Kinta Utara

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

 

Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk membenarkan guru dari sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Senarai nama adalah seperti di lampiran.

 

Tuntutan perjalanan boleh dibuat melalui Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak dengan menggunakan kod B41 211 220100 090104 21000.

Untuk maklumat lanjut dan senarai guru yang terlibat sila klik di ruangan attachment

Semua Pengetua

SMK Kerajaan / Swasta

Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Tuan

KURSUS PENYEBARAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (CPD) GURU

BAGI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN 3 TAHUN 2013

NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

 

Surat siaran dan jadual kursus yang berkenaan boleh dimuat turun di ruangan Attachments.

 

2.            Sebarang pertanyaan mengenai kursus di atas bolehlah pihak tuan menghubungi Unit