FUNGSI SEKTOR
Sektor ini bertanggungjawab melaksanakan inisiatif ICT pengurusan dan tadbiran (PdT) serta menyediakan perkhidmatan sokongan kepada jabatan, PPD dan sekolah-sekolah. Sebanyak tujuh (7) teras perkhidmatan ICT ditawarkan kepada pengguna :
- Pengurusan,selenggaraan dan pemantauan maklumat asas pendidikan;
- Pengurusan selenggaraan peralatan ICT, infrastruktur rangkaian dan internet;
- Perkhidmatan selenggaraan sistem aplikasi dan laman web;
- Kajian pembangunan dan naiktaraf sistem aplikasi;
- Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT;
- Khidmat penyediaan multimedia dan sokongan teknikal persembahan;
- Program pembudayaan ICT dan automasi pejabat;
UNIT-UNIT SEKTOR
Sektor ini terdiri daripada dua (2) unit utama :
- Pengurusan Maklumat (PM)
- Perkhidmatan Teknikal (PT)