Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak.
(Seperti di lampirkan)

Tuan,

Surat Jabatan Pendidikan Perak PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH KPM NEGERI PERAK MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) TAHUN 2015 (Ruj. : BTPN(PK-BEST)/8873/1 Jld.13(3) bertarikh 8 Julai 2015) adalah dirujuk.

2. Sukacita diingatkan bahawa tempoh melaksanakan penarafan secara dalam talian adalah mulai 6 Julai 2015 hingga 21 Ogos 2015.

3. Sehubungan dengan itu, mohon tindakan pihak tuan untuk pelaksanaan penarafan ini di peringkat sekolah dan memastikan selesai dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan.

4. Maklumat lanjut pihak tuan boleh menghubungi Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kelompok masing-masing.

Sekian, harap maklum.

 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Unit Pembestarian Sekolah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. 05-292 4933 (samb.115)/ 013-442 5553

Joomla SEF URLs by Artio