Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Tuan,

PERINGATAN MESRA : URUSAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) DALAM SISTEM HRMIS (SKIM BUKAN GURU) BAGI TAHUN 2017 PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Adalah dimaklumkan bahawa Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi skim BUKAN GURU di dalam sistem HRMIS merupakan KPI bagi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi tahun 2017. Berikut adalah peratusan KPI SKT Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi tempoh 4 Tahun :-

i ) 2014    -    100%

ii ) 2015    -    100%

iii ) 2016    -    100%

iv ) 2017    -    99.34%

2. Sehubungan itu,berikut dilampirkan senarai nama pegawai/staf yang terlibat dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2017 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Pohon juga semua Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan Pegawai Penilai Pertama (PPP) yang terlibat untuk membuat tindakan dengan KADAR SEGERA TANPA GAGAL SEBELUM 18 JULAI 2017 (SELASA).

3. Bagi senarai nama yang terlibat di dalam Draf (SKT Tidak Disahkan atau cadangan SKT Baru Tidak Disahkan) / Tiada SKT, pegawai yang dinilai (PYD) itu sendiri haruslah menyelesaikan dan menghantar Sasaran Kerja Tahunan (SKT) tersebut didalam HRMIS dan bagi senarai nama yang terlibat di dalam Pegawai Penilai Pertama (PPP) perlulah mengesahkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) kepada pegawai yang dinilai (PYD).

Sekian, terima kasih.

Unit HRMIS,
Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan

Go to top