Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pengetua Sekolah Menengah
Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL 8 TAHUN 2017: FORMAT INSTRUMEN MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN DAN MAHARAT AL-QURAN
PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) mulai tahun 2014, maka format instrumen bagi mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran peperiksaan SPM akan dilaksanakan mulai tahun 2018.

3.     Format instrumen mata pelajaran 5301 Hifz Al-Quran SPM mengandungi tiga kertas iaitu Kertas 1 (Ujian Hafazan), Kertas 2 (Ujian Tahriri) dan Kertas 3 (Ujian Prestasi). Manakala format instrumen mata pelajaran 5302 Maharat Al-Quran SPM merangkumi dua kertas iaitu Kertas 1 (Ujian Tilawah) dan Kertas 2 (Ujian Bertulis). Sijil Tahfiz KPM akan dianugerahkan kepada murid KBT di samping Sijil SPM sebagai nilai tambah dan pengiktirafan.

4.     Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 8 Tahun 2017 untuk makluman dan tindakan tuan.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan

Go to top