Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak.

Semua Guru Besar,
SK/SJK (C)/SJK(T)/SABK,
Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

Tuan,

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2017

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon melaksanakan program operasi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengambil tindakan;

  1. Membaca surat siaran KPM & JPN dengan teliti
  2. Mengedarkan Surat Kebenaran Ibu Bapa & failkan bagi tahun semasa
  3. Menghantar Surat Pengesahan Data Penerima Yang Layak ke PPD (simpan salinan di fail pejabat sekolah)
  4. Guru Besar hendaklah membaca Lampiran A kontrak PS1M 2017
  5. Sila buat Senarai Semak dokumentasi yang perlu ada dalam fail AM435-pin1/80 (fail putih di pejabat)
  6. Patuhi syarat kelayakan penerima PGK Nasional 2014 seperti surat siaran KPM & rujuk syarat penerima pada dokumen Lampiran A kontrak & surat  Bahagian Kewangan KPM (27 Januari 2016)

Bersama-sama ini disertakan surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bertarikh 12 Julai 2017 & dokumen berkaitan untuk rujukan dan tindakan tuan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tuan boleh berhubung dengan Penolong Pengarah Kesihatan Tn. Hj. Jamil bin Dayan di talian 05-5015135/016-4439840.

Sekian, terima kasih.

b.p. Unit HEM,
       Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Attachments:
Download this file (PENGESAHAN DATA PS1M.jpg)PENGESAHAN DATA PS1M.jpg[ ]515 kB
Download this file (SURAT JPN 1.jpg)SURAT JPN 1.jpg[ ]929 kB
Download this file (SURAT JPN 2.jpg)SURAT JPN 2.jpg[ ]638 kB
Go to top