Semua Pengarah Kolej Vokasional
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 1999 hingga kini dengan pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan.

3. Bagi pelaksanaan tahun 2017, semua sekolah diminta menghantar laporan pelaksanaan Program NILAM adalah seperti berikut :

3.1 Laporan sehingga 31 Julai 2017 (hantar sebelum 11 Ogos 2017
3.2 Laporan sehingga 31 Oktober 2017 (hantar sebelum 10 November 2017)

4. Laporan pelaksanaan Program NILAM hendaklah menggunakan Borang NILAM 2017 seperti dilampirkan dan dihantar ke Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing.

5. Maklumat lanjut berkaitan laporan ini boleh diperolehi daripada Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing.

Sekian, terima kasih.

NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Unit Pengurusan Sumber Pendidikan,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Go to top