Pengetua / Guru Besar
SMK / SK Program Pendidikan Khas Integrasi
Yang Berkenaan
( Sila rujuk lampiran )

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan Tahun 2017.

Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk membenarkan guru dan murid dari sekolah tuan untuk menyertai kejohanan tersebut sebagai wakil negeri Perak seperti butiran berikut :

TARIKH                   :    13 HINGGA 16 OGOS 2017
TEMPAT                  :    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
PESERTA                :    SILA RUJUK LAMPIRAN
PENGANGKUTAN      :    DI SEDIAKAN OLEH JPN PERAK ( DARI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN )

Kerjasama daripada pihak tuan juga adalah dipohon untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa bagi murid yang akan menyertai kejohanan tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan juga adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk maklumat lanjut sila muat turun di bahagian attachments


Go to top