Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan,

PERTUKARAN TARIKH PERTANDINGAN RUNNINGMATH NEGERI PERAK 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Merujuk kepada surat terdahulu, dimaklumkan bahawa tarikh pertandingan Runningmath Peringkat Negeri Perak 2017 yang dianjurkan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Management & Science University (MSU) telah ditukar seperti ketentuan berikut:

Tarikh  : 23 September 2017 
 Masa : 8.00 pagi
 Tempat

: Kolej Vokasional Ipoh, Persiaran Brash, 31400  Ipoh, Perak

3.     Pertukaran tarikh ini adalah untuk memberi peluang kepada lebih banyak penyertaan dari sekolah. Sehubungan dengan itu, sekolah tuan dijemput untuk menyertai pertandingan ini. PCG mata pelajaran atau Kumpulan Wang SUWA boleh digunakan untuk pembayaran yuran pertandingan. Maklumat berkenaan pertandingan boleh dimuat turun dari ruangan ‘Attachment’. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zahran bin Zamzuri di talian 05-2414000 sambungan 122.

Sekian. Terima kasih.

En. Zahran bin Zamzuri
Penolong Pengarah Matematik (Menengah)
Sektor Pengurusan Akademik

Go to top