Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan,

PERUBAHAN KADAR YURAN PERDAFTARAN PERTANDINGAN RUNNINGMATH NEGERI PERAK 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Merujuk kepada hebahan terdahulu, dimaklumkan bahawa yuran pendaftaran pertandingan Runningmath Peringkat Negeri Perak 2017 yang dianjurkan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Management & Science University (MSU) adalah RM50 SETIAP KUMPULAN dan bukannya RM50 setiap peserta seperti hebahan sebelum ini. Pembayaran yuran pendaftaran perlu dibuat secara TUNAI semasa hari pertandingan.

3.     Maklumat berkenaan pertandingan boleh dimuat turun dari ruangan ‘Attachment’. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zahran bin Zamzuri di talian 05-2414000 sambungan 122.

Sekian. Terima kasih.

En. Zahran bin Zamzuri
Penolong Pengarah Matematik (Menengah)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Go to top