Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak

 

Semua Pengetua dan guru Besar

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak

 

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN BAGI MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bernombor rujukan KPM.100—13/6/2 Jld.3 ( 33 ) bertarikh 7 Ogos 2017 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang diadakan pada 25 – 27 Oktober 2017. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak menjemput pegawai-pegawai dan guru-guru dari pejabat dan sekolah tuan untuk menyertai Konvensyen KIK KPM tahun 2017. Garis panduan dan borang penyertaan boleh dimuat turun di attachment di bawah atau di url goo.gl/qtHQ1Y.

3. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke Sektor Jaminan Kualiti, JPN Perak selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2017 (Jumaat) untuk tujuan pengesahan, pengumpulan dan penghantaran ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi Pn. Tan Phik Hui di talian 05-2414000 atau 010-886 3520.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Sektor Jaminan Kualiti

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (kik 2017.rar)kik 2017.rar[ ]318 kB
Go to top