Semua Pengetua

Sekolah Menengah

Negeri Perak

 

Tuan,

 

PENGAMBILAN PUTERA MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN TAHUN 2018 – 2019

 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bertarikh 17 Ogos 2017 [No. Rujukan : KPM.60 – 10/22/6 Jld. 46 (92)] adalah berkaitan.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Maktab Tentera Diraja (MTD) akan menawarkan peluang serta mempelawa murid lelaki Tingkatan Tiga dari seluruh Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti pengajian Tingkatan Empat di MTD sebagai Putera MTD pada tahun 2018.

               

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 10 Ogos 2017 sehingga 20 September 2017 melalui laman web rasmi MTD di www.rmc.edu.my.

 

  1. Pengambilan Putera MTD akan dibuat berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan PT3. Calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya 5A layak memohon bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dank o-kurikulum.

 

  1. Hebahan iklan pengambilan ini telah dibuat menerusi media cetak, media elektronik, facebook rasmi MTD dan laman web rasmi MTD (www.rmc.edu.my).

 

  1. Bersama-sama ini dilampirkan syarat-syarat kemasukan serta pusat Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal seluruh Malaysia untuk rujukan dan tindakan pihak tuan.

 

  1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03-8946 5565 atau

03-8965 5562.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT SEKOLAH MENENGAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Attachments:
Download this file (Pusat Temuduga MTD.pdf)Pusat Temuduga MTD.pdf[ ]87 kB
Download this file (Syarat Kemasukan MTD.pdf)Syarat Kemasukan MTD.pdf[ ]98 kB
Go to top