Pengetua,

Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perak.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN "CHORAL SPEAKING" SEKOLAH MENENGAH ANJURAN KPDNKK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Bersama-sama ini disertakan surat berkaitan untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

3. Pihak sekolah yang berminat perlu mematuhi semua peraturan yang terkandung dalam surat pekeliling berkaitan serta kenyataan media terkini yang sedang berkuatkuasa. Penglibatan murid-murid adalah tertakluk di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 (Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah) dan Surat Pekeliling Ikhtisas 9/2004 (Panduan Penglibatan Murid-murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia) berhubung dengan urusan penglibatan sekolah dan membawa murid menyertai aktiviti luar sekolah.

SILA KLIK ATTACHMENTS UNTUK MUAT TURUN BAHAN

Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM"

UNIT KOKURIKULUM,

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Attachments:
Download this file (Surat Choral Speaking KPDNKK.pdf)Surat Choral Speaking KPDNKK.pdf[ ]743 kB
Go to top