SEMUA KETUA SEKTOR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

SEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
NEGERI PERAK

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 
NEGERI PERAK

 

Tuan,

PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA KUMPULAN PELAKSANA (CBBPDBKP)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Bersama-sama ini dikepilkan sesalinan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan Pelawaan Kemudahan Penajaan untuk Kumpulan Pelaksana bagi mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (TVET), Diploma dan Ijazah Pertama Sesi 2018. Surat siaran ini mempelawa anggota kumpulan pelaksana untuk memohon cuti belajar mengikut kelayakan masing-masing.

Proses permohonan telah dipertanggunjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bagi memproses dan memperakukan permohonan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebelum dipanjangkan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) dan seterusnya JPA. 

Mohon kerjasama tuan/ puan untuk memanjangkan perkara tersebut kepada kakitangan di bawah seliaan tuan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak untuk mendapatkan sokongan Ketua Jabatan (bahagian/JPN) dan dihantar ke BPG pada atau sebelum 15 September 2017.

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh;

Moderator,
Unit Latihan dan Kemajuan Staf
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (cuti belajar (kum.pelaksana(ppp).pdf)cuti belajar (kum.pelaksana(ppp).pdf[ ]117 kB
Go to top