Pengetua
Sekolah Pusat Tingkatan Enam 
Negeri Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TINGKATAN ENAM YANG TELAH MENERIMA SURAT LANTIKAN DAN TAGGING BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAGI SESI JANUARI 2018

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumakan bahawa permohonan pertukaran guru Tingkatan Enam yang telah menerima surat lantikan dan guru Tingkatan Enam Tagging Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (tagging BPSM) bagi sesi Januari 2018, akan dibuka mulai 20 September hingga 16 Oktober 2017. Pemohon perlu mengisi, melengkapkan dan menghantar borang permohonan e-Gtukar secara manual/ luar talian (offline) beserta salinan surat arahan penempatan pemangkuan (APP) bagi yang memangki dan Arahan Penempatan (AP) hakiki yang mencatat mata pelajaran yang diajar, salinan surat kenaikan pangkat secara Time-based berasaskan kecemelangan (TBBK) dan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan. 

3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar beserta surat iringan melalui ketua jabatan kepada PPD/JPN mengikut ketetapan berikut : 

 

TARIKH PERMOHONAN

PERMOHONAN

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

20 SEPTEMBER HINGGA 16 OKTOBER 2017----->

DALAM DAERAH    ----->

PPD MASING-MASING

ANTARA DAERAH  ----->

PPD / JPN

ANTARA NEGERI   ----->

JPN

 

4. Sehubungan dengan itu, tuan di minta memuat turun Surat Siaran KPM di bahagian 'Attachment' di bawah.

 

 

Saya yang menjalankan tugas,

HAFIZ NOORHAKIM BIN HASAN

Sektor Pengurusan Sekolah,

Unit Sekolah Menengah,

Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Go to top