Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Negeri Perak

 

 

Tuan,

 

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM SESI 2 TAHUN 2017 ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Sukacita dimaklumkan semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2 Tahun 2017 pada 5 hingga 7 September 2017 boleh menyemak keputusan mulai 7 Oktober 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi di laman sesawang https://sisppa.moe.gov.my. Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasj MySisPPA yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store.

2.     Untuk makluman tuan/puan, PERMOHONAN Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia SESI 1 TAHUN 2018 akan dibuka mulai 1 Disember 2017 sehingga 31 Disember 2017.

 

3.     Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Unit Peperiksaan Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi di talian 03-8317 9000.

 

Sekian, terima kasih.

 

"PERAK EXCELLENT"

 

Saya yang menurut perintah,

 

Unit Penilaian Tahap Kompetensi

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

smm reseller panel instagram takipci hilesi Go to top