Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah

Negeri Perak

 

Semua Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Sekolah Rendah

Negeri Perak

 

 

Tuan,

 

TEMPOH PELAKSANAAN (PENILAIAN AKHIR) PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) 2017

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Akhir bagi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sedang berlangsung dan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Penilaian Akhir PBPPP, pihak tuan diarahkan untuk menyelesaikan penilaian akhir PBPPP tersebut secara atas talian melalui sistem eprestasi selewat-lewatnya sebelum atau pada 23 November 2017 (KHAMIS).

 

3.     Bersama-sama ini dilampirkan SURAT ARAHAN TEMPOH PELAKSANAAN (PENILAIAN AKHIR) PBPPP 2017 dan REKOD PENYERAHAN. Mohon kerjasama pihak tuan untuk muat turun surat tersebut pada attachment untuk tujuan rujukan.

 

4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Penilaian Tahap Kompetensi di talian 05-5015065 (Pn. Yamuna) dan 05-5015271 (Pn. Zaliaha).

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Penilaian Tahap Kompetensi

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (PPD.pdf)PPD.pdf[ ]442 kB
Download this file (REKOD  PENYERAHAN.xlsx)REKOD PENYERAHAN.xlsx[ ]37 kB
Download this file (SEKOLAH.pdf)SEKOLAH.pdf[ ]409 kB
Download this file (Senarai_Semak_PP_2017.docx)Senarai_Semak_PP_2017.docx[ ]443 kB
smm reseller panel instagram takipci hilesi Go to top