Semua Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Sekolah Rendah

Negeri Perak

PEMAKLUMAN SEMULA SKOP PEMBERSIHAN BAGI PEKERJA KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) DI SEKOLAH DAN INSTITUSI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.          Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Permuafakatan Jabatan Pedidikan Negeri Perak Bil. 1 Tahun 2017, dibangkitkan berkenaan skop pembersihan pekerja KBK. Melalui surat Kementerian skop pengurusan kebersihan di makmal merupakan tanggungjawab pekerja KBK di sekolah/institusi pendidikan di bawah KPM. Ini termasuk pembersihan di makmal seperti makmal Sains, Kimia, Fizik, Biologi, Komputer, Bahasa, Sains Tambahan, Sains Sukan dan MPV Kecuali yang melibatkan radas dan bahan kimia.

3.          Bersama-sama ini dikemukakan semua surat yang telah diedarkan.

4.          Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pengurusan dan Perolehan Aset  di talian 05-501 5123 (Pn. Wan Fatimah) dan 05-5015263 (Pn. Rohaida Idris).

Sekian, terima kasih.

b.p. Unit Perolehan dan Pengurusan Aset
        Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan

Attachments:
Download this file (PEMAKLUMAN SKOP PEMBERSIHAN .pdf)PEMAKLUMAN SKOP PEMBERSIHAN .pdf[ ]511 kB
smm reseller panel instagram takipci hilesi Go to top