Semua Pengetua Sekolah PTJ Negeri Perak

Tuan,

GARIS PANDUAN AGENSI UNTUK PERSEDIAAN PELAKSANAAN PEROLEHAN KERAJAAN MELALUI SISTEM EPEROLEHAN BAHARU

Dimaklumkan bahawa Sistem ePerolehan (eP) Baharu akan beroperasi bagi menggantikan Sistem eP sedia ada mulai 1 Januari 2018. Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding Kerajaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya menggunakan Sistem eP Baharu mulai tarikh tersebut.

Semua Agensi diminta mengambil langkah-langkah persediaan dan perancangan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan Sistem eP Baharu ini berjalan lancar apabila ia beroperasi kelak.

Surat Persediaan PTJ Ke arah Pelaksanaan Sistem ePerolehan Baharu.

Sila muat turun Garis Panduan Agensi Untuk Persediaan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem eP Baharu di sini.

Bahan taklimat juga boleh dimuat turun di pautan berikut :

1. Taklimat Persediaan PTJ Bagi Sistem ePerolehan Baharu
2. Sistem ePerolehan Baharu

Sekian, terima kasih.

b.p. Unit Kewangan,
       Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan

smm reseller panel instagram takipci hilesi Go to top