www.hdfilmsitesi2.org
PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DST 2018) - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak

nakliyat istanbul evden eve nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat istanbul nakliyat istanbul evden eve nakliyat nakliyat depolama nakliye

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah Negeri Perak,

Tuan,

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DST 2018)

Pengenalan

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Digital Storytelling Animation 2018. Pertandingan ini telah dijalankan saban tahun bermula tahun 2013 – 2017 dan menjangkau tempoh 5 tahun pelaksanaannya.

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi serta menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi dalam PdP selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Anjakan 7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan juga dalam Inisiatif Ketiga Digital Malaysia (DM) yang bercita-cita untuk memastikan bahawa semua belia Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital dan kecekapan yang diperlukan untuk tenaga kerja masa depan pada tahun 2020.

Objektif pertandingan DST Animation adalah seperti berikut:

  • Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan bahan animasi kreatif
  • Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan bahan animasi kreatif
  • Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan animasi kreatif
  • Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif

Pelaksanaan

Surat Siaran Pertandingan

Maklumat Pertandingan

Terma dan Syarat Pertandingan

Tuntutan Hak Cipta

Borang Penyertaan Peserta Sekolah

Borang Penyertaan Negeri

Penutup

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Nurul A'syiqin Haris di talian 03-20817777 di Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan.

Link berkaitan : http://btp.moe.gov.my/article/204

Untuk pertanyaan dan penyelarasan peringkat Negeri Perak termasuk perbengkelan teknikal sila hubungi En. Megat Fuad Bin Megat Zainudi 05-2924933-114

Sekian, terima kasih.

b.p. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Go to top

evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat istanbul nakliyat şirketleri nakliyat maslak evden eve nakliyat sisli evden eve nakliyat kartal evden eve nakliyat silivri evden eve nakliyat pendik evden eve nakliyat kozyatagi evden eve nakliyat bahçeşehir evden eve nakliyat