Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah
Negeri Perak.

Tuan/Puan,

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 1 TAHUN 2018  

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1.    Sehubungan dengan itu, semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 1 Tahun 2018 pada 6 - 7 Mac 2018 boleh menyemak keputusan mulai 7 April 2018 (Sabtu) jam 7.00 pagi di laman sesawang https://sisppa.moe.gov.my. Bagi calon-calon mengulang boleh membuat permohonan semula peperiksaan Sesi 2 Tahun 2018 mulai 1 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018.
  2.    Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, boleh dirujuk kepada Puan Yamuna A/P Rama Loo di talian 05-5015065 / 016-5959172 atau Puan Zaliaha Binti Mohd. Asari 05-501 5271/ 019-4949528.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Tahap Kompetensi,

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

JPN Perak. 

Joomla SEF URLs by Artio